Memaparkan catatan dengan label Cetusan neuron. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cetusan neuron. Papar semua catatan

Ahad, 12 Ogos 2012

Takdir


Takdir. Apakah itu takdir? Novel Hilal Asyraf? Oh, bukan Takdir yang itu. Walaupun Takdir itu sangat menakjubkan, tetapi takdir yang hendak aku ceritakan ini adalah dari sudut pemahaman aku sebagai manusia jahil terhadap apa itu Takdir. Hmm.. sudah lama rasanya label Cetusan Neuron aku ini kontang dari sebarang entri. Baik, saya akan menyuburkannya kembali dengan entri Takdir ini.

Sebenarnya saya teringin sangat mahu mengulas Takdir Hilal Asyraf itu, tetapi masih belum kecukupan masa untuk itu lantaran mehnah hidup yang seringkali melintang di hadapan yang sekaligus membantutkan kekreatifan aku dalam mencoretkan sewarkah cetusan tentangnya. Begitu juga dengan Duyung Pulau Kenchana, maaf ya saudara Masdaliafadzlie. Warkah Duyung akan dihampar tidak lama lagi. Walauapapun, Cempaka Suri tetap di hati.. Echeeeh.. Tetapi, mahkotanya seperti dicabar pula oleh Dahlia Desa. Oh, mana satu pilihanku ini?

Takdir menurut pemahaman aku adalah satu kewujudan ketentuan nasib yang telah dirangka rapi oleh Allah S.W.T untuk kita. Untuk apa pula takdir itu diwujudkan? Ia diwujudkan untuk menjadikan dunia ini lebih bewarna-warni. Jangan disalah faham pula maksud warna-warni itu di sini. Yang dimaksudkan Takdir itu menjadikan dunia bewarna-warni ialah, ia membolehkan kita mendapat pahala dari ketentuan Takdir yang telah ditakdirkan oleh Allah terhadap kita. Contoh, Takdir telah menjadikan Abdul Rahman Bin Auf seorang manusia yang kaya, maka dia dapat berbuat banyak pahala dengan berbuat kebajikan kepada manusia-manusia yang telah ditakdirkan miskin.  Manusia miskin juga dapat pahala dengan takdirnya apabila dia bersifat sabar dan redha dengan kemiskinannya.

Jadi Takdir diwujudkan oleh Allah untuk kebaikkan manusia juga. Jadi hendaklah kita redha dengan Takdir yang telah ditetapkan oleh Allah itu walaupun kita tidak menyukainya. Jika dibincangkan tentang Takdir, ia akan mesti bersangkutan dengan soal Qada' dan Qadar. Eh, Takdir tu Qada' dan Qadar la kan?

Pengalaman telah banyak mendedahkan aku tentang betapa berkuasanya kuasa Takdir ini. Sebagai contoh, semasa bersekolah rendah dahulu aku ada seorang kenalan yang muda setahun dari aku. Memang aku tidak rapat dengan beliau dan beliau juga tidak rapat dengan aku. Sekadar bertegur sapa gitu-gitu sahaja. Walaupun bersekolah menengah di sekolah yang sama, masih juga buat-buat tak gheti (cakap Kedah sikit no).

Namun siapa sangka apabila aku mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, aku tinggal di rumah sewa sekali dengan beliau di satu negeri yang jauh dari kampung kami. Dan tiba-tiba sahaja jadi kamceng semacam. Malahan aku siap menolong beliau dalam urusan mencari jodoh lagi, dan berjaya pulak tu??!

Sewaktu di sekolah rendah dulu juga aku mempunyai dua-tiga orang sahabat yang rapat. Sangat rapat sehingga aku sudah biasa tidur di rumah mereka dan mereka tidur di rumah aku. Namun, semakin diriku beranjak dewasa, semakin renggang pula hubungan dengan mereka itu sehingga satu tahap menjadi agak janggal untuk bersembang dengan mereka.

Takdir juga telah melahirkan aku dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan dan juga menghadiahkan aku seorang ayah yang sangat garang. Kanak-kanak mana yang tidak terngiur melihat rakan-rakan yang berada mempunyai peralatan-peralatan permainan yang canggih-canggih dan mahal. Kehidupan yang serba kekurangan ini juga membuatkan masakan sedap-sedap yang kami makan itu sangat boleh dihitung dengan jari sahaja dalam setahun.

Tetapi ada sebab Allah S.W.T telah memberi aku Takdir yang sebegitu. Sinaran hikmahnya terbias ke mata aku apabila baligh mula dicapai umur. Ayah yang garang itu telah berjaya menyebabkan aku mengkhatam Al-Quran dengan bertajwid sewaktu aku darjah tiga. Pada masa itu, aku tidak rasa apa-apa pun. Namun difikir-fikir balik, itu satu perkara yang luar biasa bagi aku. Kehidupan serba kekurangan ini juga menyebabkan semua makanan yang masuk ke dalam perut aku aku adalah dari sumber yang bersih dan sihat kerana ibuku sendiri yang memasaknya. Ibu dan bapa aku cukup pantang aku makan makanan ringan dan air gas. Cuma dah besar-besar ni baru nak rasa. Takdir serba kekurangan ini juga menyebabkan idea kreatif aku menjadi lebih berkembang. Seingat aku, sewaktu umur aku darjah dua aku sudah memaku dan menggergaji.

Selain itu Takdir juga telah banyak menemukan aku dengan manusia-manusia yang pada ketika dahulu aku tidak bermimpi langsung untuk berjumpa dan bersembang dengan mereka.

Anda lihat! Kuasa Takdir itu sangat besar!! Ia sangat besar! Jika anda merancang hendak balik ke kampung pada Aidilfiri kali ini dengan membeli tiket bas pada tarikh 16/8/2012 ini, anda tidak akan dapat balik jika Takdir menyuruh anda beraya di kampus anda.

Takdir juga menjadikan kita hensem atau cun. Takdir juga menjadikan kita tak hensem atau tak cun. Takdir menjadikan kita kuat, takdir menjadikan kita lemah. Takdir menjadikan kita pemimpin, Takdir juga menjadikan kita hamba. Kuasa Takdir itu besar! Jangan anda tahu anda itu tak hensem (aku la tu), tapi anda cuba berlagak hensem. Hodoh jadinya. Anda tak hensem, buat cara tak hensem. Jangan buat perangai yang menambah lagi ketidak-henseman anda itu. Sebagai contoh anda tak hensem, anda jangan pergi mencuri, melepak tak tentu hala, mengorat tak tentu hala, malas bekerja, hodoh kelaku! (perangai bahasa Kedah) Perangai-perangai ini akan menjadikan ketidak-henseman anda itu menjadi lebih buruk.

Anda tak hensem, anda hiaskan ketidak-henseman anda itu dengan akhlak yang baik, sifat-sifat mahmudah. Banyakkan amal ibadat. Sesungguhnya orang yang tak hensem yang ikhlas dan redha dengan Takdirnya itu lebih hensem di sisi Allah S.W.T berbanding lelaki hensem yang playboy.

Bebalik ke tajuk utama, Takdir juga berupaya untuk menjadikan seorang manusia yang paling jahat dalam dunia itu menjadi seorang hamba Allah yang paling dicintai-NYA. Takdir juga berupaya merubah seorang yang muslim yang warak menjadi alpa, ingat kisah Tsa'labah?

Anda lihat! Kuasa Takdir itu sangat besar! Ia sangat besar!! Jadi kenapa kita tidak gunakan kuasa Takdir yang besar ini untuk kebaikkan diri kita? Untuk kebaikkan keluarga kita? Untuk kebaikkan sahabat-sahabat kita. Adakah kita boleh memanipulasi kuasa Takdir? YA! Kita boleh! Bagaimana?

Sebagai contoh, anda membeli rumah dari satu pemaju. Sewaktu anda melihat-lihat rumah yang hendak disiapkan itu, anda ada idea untuk mengubahsuai sedikit rumah tersebut. Anda tidak ada kuasa untuk merubah rumah itu, tetapi anda ada kuasa untuk mengusulkan permohonan kepada pemaju. Pemaju mempunyai kuasa untuk mengubahsuai rumah itu.

Sama juga dengan merubah Takdir, kita tidak berkuasa merubah Takdir, tetapi kita berupaya untuk berdoa! Berdoa itukan senjata kita? Jadi bermohonlah kepada Allah agar dikurniakan Takdir yang terbaik untuk diri kita, untuk ibu bapa kita, untuk sahabat-sahabat kita, dan seluruh umat  Islam sedunia. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Rabu, 18 April 2012

Apabila seorang peladang menjadi pengarah hospital


Ya, apa akan terjadi jika seorang peladang ditempatkan ke jawatan pengarah sebuah hospital? Tentu sekali pentadbiran sebuah hospital itu akan menjadi huru-hara. Doktor mahu tambah stok paracetamol, si pengarah suruh beli baja organik. Doktor minta ditambah ruang untuk wad baru, dibinanya jelapang padi. Doktor minta alatan pembedahan yang canggih, dia suruh beli mesin gergaji pokok.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, tentu sekali keadaannya akan menjadi huru-hara. Jadi hendaklah kita meletak orang yang dalam ahlinya ditempat yang sepatutnya, dan kita juga patut mendengar pendapat orang yang dalam ahlinya lebih dari orang yang bukan ahlinya.

Anda ada ilmu dan berkelayakan dalam bidang pustakawan. Tetapi bos anda sangatlah jahil tentang ilmu pustakawan ini kerana dia pakar dalam bidang korporatan.

Bos anda yang tidak pernah menjejakkan kaki ke perpustakaan itu berkata kepada anda dalam satu mesyuarat: "Library kita beli buku macamana?"

Anda menjawab: "Orang tengah"

Bos anda berkata lagi: "Saya tak mahu pakai orang tengah dah. Saya nak 'deal' terus dengan 'publisher'. Tolong carikan saya 5 publisher yang terkenal di Malaysia dan buat appointment dengan saya."

Anda yang pelik dengan permintaan itu berkata dalam hati: "Tak mahu pakai orang tengah? Library kita kecik saja. Bukannya besar pun. Luas sikit saja dari rumah kos rendah. Kita bukannya beli banyak buku pun. Satu dua tajuk saja dari satu publisher, lepas tu nak deal terus dengan publisher? Ingat publisher nak layan ke?"

Sambil menguis-nguis di I-Padnya kononnya nampak stail, Bos anda bersuara lagi: "Bagaimana cara awak cari judul-judul buku terbaru untuk perpustakaan?"

Anda menjawab: "Dari Internet dan mana-mana penulis dan penerbit buku yang sudah terkenal saya akan sentiasa ikuti perkembangannya. Selain itu kami cari di pesta-pesta buku."

Bos anda yang jahil itu berkata: "Oh, pesta buku banyak buku-buku lama yang dah tak laku. Itu dah ketinggalan zaman. Sekarang orang beli online sahaja."

Sekali lagi anda berasa pelik dengan jawapan yang pelik itu, kalbu anda sekali lagi berbisik: "Pesta buku ketinggalan zaman? Buku lama? Bos pernah pergi pesta buku ke tak?"

Dia bercakap lagi dengan gaya yang sangat 'bossy': "Bagaimana pengunjung perpustakaan cari buku?"

Anda menjawab: "Kami masih menggunakan kad katalog, tetapi sistem kad katalog itu sedang ditukar ke dalam bentuk sistem komputer secara berperingkat."

Bos anda bertanya:" Sistem itu dapat mana?"

Anda menjawab: "Perpustakaan Negara ada menyediakan sistem katalog berkomputer yang khusus untuk perpustakaan-perpustakaan kecil di Malaysia dan ia percuma. Kalau perpustakaan yang besar mereka akan gunakan sistem OPAC."

Bos anda meminta: "Kita gunakan OPAC, carikan saya lima pembekal OPAC untuk saya."

Sekali lagi anda pelik dengan kejahilan bos anda: "Bos, sistem OPAC tu kita kena minta nasihat dari perpustakaan negara dulu baru boleh dilaksanakan."

Bos anda yang jahil itu berkata lagi: "Sistem OPAC Perpustakaan Negara tidak semestinya bagus!"

Pada masa ini anda teringin sangat mencabai mulut bos anda yang jahil tetapi berlagak pandai itu. Di sini baru anda nampak kaitan antara cili hijau kat atas dengan tajuk entri kali ini.

Selasa, 11 Oktober 2011

Pemerintah Pakistan Dan Taliban Berdamai

Perdana Menteri Pakistan Yusuf Raza Gilani, mengatakan pemerintah Pakistan siap melakukan pembicaraan damai dengan Taliban Pakistan, dan malaksanakan rujuk (rekonsiliasi). Hal ini bersamaan dengan terjadinya perubahan hubungan antara Pakistan-Amerika Serikat, yang akhir-akhir ini memburuk.

Kelompok Gerakan Taliban Pakistan mempertimbangkan perundingan perdamaian dengan pemerintah, kata laporan lokal, Senin kemarin.

Pemimpin Pakistan sebelumnya menggelar pertemuan dengan semua partai dihadiri oleh pejabat militer dan intelijen bulan lalu, dan mereka bersepakat akan mencari rekonsiliasi dengan pejuang Taliban untuk mengakhiri pemberontakan.

Perdana Menteri Yusuf Raza Gilani dikutip oleh surat kabar yang mengatakan pemerintah siap untuk membicarakan perdamaian. "Kami dewan syura akan memutuskan, apakah kita bisa melakukan pembicaraan dengan pemerintah dan militer," kata Maulvi Wali-ur-Rehman Mehsud, pemimpin wakil Taliban Pakistan, mengatakan kepada Tribune Ekspres.

"Tapi saya pikir kami ingin melibatkan negara-negara kita percaya ... mereka berada di dunia Arab Katakanlah Arab Saudi.."

Tehrik-e-Taliban Pakistan, atau Gerakan Taliban Pakistan (TTP), dibentuk pada bulan Desember 2007 sebagai aliansi kelompok-kelompok perjuangan di Pakistan.

Nampaknya Pakistan tidak lagi menggubris permintaan AS, yang menginginkan pemerintah Pakistan melakukan serangan militer terhadap kubu pertahanan beberapa kelompok di perbatasan Afghanistan telah gagal untuk melemahkan kelompok-kelompok.

Ribuan tentara Pakistan, polisi dan warga sipil telah tewas dalam konflik itu. Karena permintaan Amerika Serikat. Nampaknya Pakistan sudah tidak butuh lagi Amerika Serikat. (mh/tm)

__________________________________________________________

Nampaknya titik tolak perkembangan konflik di Afghanistan akan mula berubah dengan berita ini. Ingat dahulu bahwa ISI sendiri sering memberi maklumat salah atau dituduh oleh AS telah bekerjasama dengan Taliban dengan memberi maklumat-maklumat kenteraan AS yang berada di rantau itu? Berita ini juga memungkinkan penjajahan AS di Afghanistan akan mula berkembang ke Pakistan (sebenarnya memang sudah berkembang ke Pakistan dengan pencerobohan Predator dan Reaper AS ke dalam wilayah Pakistan).

Nampaknya konflik pertembungan dunia Islam dan musuh-musuhnya semakin panas dan menimbulkan debar, Turki mula melobi dan mengembangkan pengaruhnya ke rantau negara-negara Arab, terutamanya Mesir dan nampaknya akan terus mengambil pendekatan keras terhadap Israel. Manakala kebanyakkan pemimpin-pemimpin bertaraf diktator dan pro Israel dan Barat seperti Hosni Mubarak, Ben Ali dan Muammar Gaddafi mula jatuh dari kekuasaan mereka . Adakah Pakistan mengambil pendekatan damai dengan Taliban setelah mengamati senario yang berlaku sekarang ini?

Jumaat, 25 Mac 2011

Salibis Perancis ancam Muslim Arab Saudi rasakan yang sama dengan Libya



Hanin Mazaya

Jum'at, 25 Maret 2011 06:19:41



PARIS (Arrahmah.com) - Menteri Luar Negeri Perancis, penjahat perang Juppe Allen, sebenarnya mengancam pada konferensi pers Kamis (24/3/2011) akan membombardir Arab Saudi dan Suriah dari udara.

Teroris ini mengatakan bahwa perang salib di Libya harus menjadi contoh bagi Arab Saudi, Suriah dan negara-negara lain, lapor Al Jazeera.

Ia menekankan bahwa serangan terhadap Libya bisa berlangsung selama berhari-hari, berminggu, tapi tidak berbulan-bulan.

Dalam konteks ini bahwa pernyataan dari menteri luar negeri, yang secara terbuka mengancam dengan membombardir Arab Saudi yang dianggap sebagai "sekutu terpercaya Amerika Serikat", dapat digambarkan sebagai sensasi politik.

Tentara salib telah menyerang Libya, dan pernyataan kementrian luar negeri Perancis menunjukkan bahwa aliansi negara Barat yang dipimpin oleh teroris

Amerika, sebenarnya mendeklarasikan delegitimasi dari apa yang disebut hukum internasional, salah satu pilar yang merupakan prinsip kedaulatan negara.

Sejak saat itu, tidak ada negara di dunia, anggota PBB, dilindungi oleh "hukum internasional".

Kelompok aliansi Barat yang dipimpin oleh negara penjajah AS, telah menetapkan secara de facto tatanan dunia baru di mana rezim berdarah Obama dan kroni-kroninya akan menghukum atau memaafkan semua orang yang mereka inginkan saat ini. (haninmazaya/arrahmah.com)



Sumber: http://arrahmah.com/

_________________________________________________________

Anda sudah nampak di sini? Anda sudah nampak permainan dan percaturan mereka? Ya! Trend sekarang sememangnya menunjukkan bahawa perang dunia ke 3 semakin hampir. Perang Afghanistan masih belum selesai, di Iraq masih belum stabil, Chechnya makin membahang, Palestin setiap hari panas dengan darah, Islamophobia menjadi ombak besar yang tidak boleh dihalang lagi di negara-negara barat. Berlaku pula pergolakan di negara-negara Arab. Libya pula menjadi medan tempur terbaru tentera Barat. Mungkin pagi 2012 agaknya bermula musim baru bagi perang Salib. Di mana kita pada waktu itu?

Selasa, 19 Oktober 2010

Akhirnya, Iran Bersekutu Dengan Amerika Soal Afghanistan



Selasa, 19/10/2010 07:35

Akhirnya, Iran dengan terang-terangan bersekutu juga dengan AS, NATO, Uni Eropa dan PBB untuk membicarakan Afghanistan.

Negeri yang dipimpin oleh Mahmoud Ahmadinejad—dikenal sangat vokal dalam menyumpahi Amerika—itu bergabung dalam pertemuan tingkat tinggi di Roma, Italia pada Senin (18/10).

Tanggapan Amerika? Sama sekali tidak masalah.

"Kami ditanya apakah kami punya masalah dengan keterlibatan Iran, dan kami katakan 'Tidak,'" kata Holbrooke, wakil khusus AS untuk Afghanistan dan Pakistan.

"Kami menyadari bahwa Iran memiliki peran dalam penyelesaian situasi damai di Afghanistan. Jadi Amerika Serikat tidak ada masalah dengan keterlibatan mereka. "

Iran juga mengirim utusan khusus untuk Afghanistan dan Pakistan, Mohammed Ali Ghanazadeh. Selain dari Iran, 10 negara anggota Organisasi Konferensi Islam (OKI) juga diundang. (sa/wb)


_______________________________________________________________________

Tu diaaaaaa!!!

Aku dari dulu memang tak percaya kat Iran ni. Kritik Israel, buah-buahan dari Israel boleh pulak masuk ke pasaran Iran. Sinagog-sinagog Yahudi dan gereja bersepah di ibu kota Tehran, tapi masjid Sunni satu pun takdak! Orang-orang sunni nak solat Jumaat pun tidak dibenarkan! Walaupun di pinggiran kota. Hentam Amerika, askar-askar syiah pula siap menyertai tentera AS serang Afghanistan. Hipokrit betul.

Fikir balik, kenapa Hamas yang menang pilihanraya secara telus Amerika tak mahu jumpa dan pandang, sebaliknya Iran yang lantang mengkritiknya dan kekasihnya Israel mahu juga dia pandang dan dengar apa yang mahu dikatakan Iran. Dengan Hamas tak boleh pandang langsung walaupun Hamas hanya mengancam Israel bukannya AS. Baca diantara dua garis (read between the line). Mereka semua hanya bersandiwara. Ayat mahu menyerang Iran sudah bertahun-tahun dilagukan Israel dan Amerika, tetapi mana tindakannya. Diplomasi sana, diplomasi sini. Sewaktu melanggarAfghanistan dan Iraq, mana ada diplomasi-diplomasi, kata dua je bagi, tak setuju serang terus! Ha!! Ni boleh duduk semeja pula hal Afghanistan.

Kepala Polisi Dubai: Tersangka Pembunuh Mabhuh Ditangkap di Kanada


Selasa, 19/10/2010 15:49


Kepala kepolisian Dubai Dahi Khalfan Tamim mengklaim bahwa salah satu tersangka yang terlibat dalam pembunuhan pejabat tinggi Hamas Mahmud al-Mabhuh telah ditangkap di Kanada, seperti dilaporkan situs Al Jazeera Selasa (19/10). Namun Khalfan tidak memberikan rincian lebih lanjut tentang penangkapan tersebut.

Informasi ini datang hanya beberapa hari setelah Khalfan menyatakan bahwa tersangka pembunuh Mabhuh ditangkap di salah satu negara Barat beberapa waktu yang lalu, tanpa diumumkan, ia menjelaskan bahwa negara barat tersebut tidak memberikan informasi apapun yang menyatakan bahwa terdakwa masih dalam tahanan mereka atau tidak.

Tiga minggu lalu, kepala polisi Dubai ini mengumumkan bahwa tersangka lain juga telah ditangkap pada bulan Januari lalu.

Majalah Der Spiegel Jerman, yang pertama kali mengungkapkan adanya penangkapan seorang tersangka dalam kasus pembunuhan Mabhuh, setelah lebih dari lima bulan dirinya ditemukan tewas di sebuah hotel di emirat Teluk.(fq/aljzr)
___________________________________________________________________________


Anda berharap bahawa ahli komplot untuk membunuh Mabhuh itu akan dapat didakwa dan dikenakan hukuman setimpal? Tunggulah kucing anda yang bernama tompok itu tumbuh tanduk. Kenapa pihak berkuasa barat tidak memaklumkan penahanan para suspek kepada pihak polis Dubai? Kerana mereka semua memang mahu Mabhuh mati. Agen-agen Mossad ini memang telah melakukan apa yang mereka mahu. Perlu ingat, negara-negara Barat sememangnya penyokong kuat Israel. Jadi sekarang giliran pihak barat pula memainkan peranan untuk menenggelamkan isu pembunuhan Mabhuh. Penangkapan itu bertujuan untuk melindungi mereka dari ditangkap oleh pihak berkuasa Dubai dan mereka yang benar-benar mahu menuntut bela atas kematian Mabhuh dari segi jalan keras atau melalui undang-undang penghakiman. Sekarang mereka terpaksa bermain tali kerana ketua polis Dubai iaitu Dahi Khalfan Tamim begitu berusaha keras untuk menjejak para agen-agen Mossad itu.


Ingat tidak lama dulu, ketua polis Dubai ini telah diberi ancaman bunuh (aku syak agen Mossad) agar membatalkan niatnya untuk meneruskan siasatan kes pembunuhan Mabhuh. Mahu mengharapkan Interpol? Fikir balik, siapa yang mengawal Interpol?

Ahad, 5 September 2010

Apa isunya?




Entri ini sebenarnya sudah lama ditaip, tetapi aku masih berfikir-fikir mahu menerbitkannya atau tidak. Setelah difikir agak mendalam, aku mengambil keputusan untuk menerbitkannya atas alasan-alasan yang aku tidak mahu beritahu. Maaf jika bahasanya sedikit kasar.

___________________________________________________________________________________

Orang bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid? Kerana mencemar kesucian Islam? Tidak menutup aurat? Berhadas besar? Apa yang hangpa merepek ni? Habis tu Sayidina Omar Al Khattab masuk Islam di depan Rasulullah di mana? Habis tu Kristian Najran yang mahu menemui Baginda Rasulullah untuk berhujah dengan baginda berkenaan kenabian di mana? Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Ishak (Lihat buku Religious Minority From Shariahs Perspective oleh Dr Yusuf Al Qardhawi).

Ohohoho..! Habis tu mereka semua yang bukan Islam tu bukan berhadas besar ke? Habis tu setiap kali upacara akad nikah di masjid yang disertai oleh beberapa wanita muslim yang tidak menutup aurat di dalam masjid tu apa cerita? Hukum menutup aurat tu wajib ke atas siapa sebenarnya? Habis tu hasil keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-90 yang bersidang pada tahun 1 Mac 2010 hangpa mahu tendang ke mana?

Berkenaan tidak membenarkan orang bukan Islam tidak boleh masuk ke masjid dan ruang solat atas alasan mahu menjaga kesucian agama Islam tu atas hujah apa sebenarnya? Islam yang diturunkan oleh Allah SWT ke atas umat manusia ini sudah lengkap. Faham tak maksud lengkap tu? Lengkap dengan semua aspek (tak payah kot aku nak huraikan di sini kerana kita semua sudah sedia maklum) termasuklah aspek-aspek yang menjaga kesucian agama Islam itu sendiri. Maksudnya Islam itu juga dilengkapi dengan aspek-aspek keselamatan (security) untuk menjaga kesuciannya dari ternoda, dan sistem keselamatan itu akan terjana dengan automatik jika kita ikut saja segala perintah Allah melalui Al Quran dan Al Hadis dengan ikhlas. Segala-galanya yang dibenarkan dan dilarang oleh Islam itu adalah sudah cukup untuk menjaga kesucian Islam dari dinodai tanpa perlu dirombak oleh manusia.

Jadi jika kita melanggar sesuatu yang telah dilarang oleh Islam itu atau mengharamkan sesuatu yang telah halal dalam Islam, maksudnya secara automatik juga kita telah mematikan sistem keselamatan yang menjaga kesucian agama Islam dan membuatkan Islam nampak BURUK! Walhalnya Islam tidak mengajar apa yang kita lakukan itu. Kita yang BURUK itu! Dua dosa kita dapat, dosa melanggar larangan agama dan dosa memberi tanggapan yang buruk ke atas agama Islam.
Jika Islam membenarkan masjid boleh dimasuki oleh orang bukan Islam, ini bermakna masuknya seorang yang bukan Islam itu ke dalam masjid itu tidak langsung mencemarkan kesucian Islam. Jadi siapa yang mengada-ngada mengatakan orang bukan Islam yang masuk ke dalam masjid dengan niat yang baik itu sebagai mencemar kesucian Islam itu sebenarnya telah mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan oleh Islam.

Setiap sesuatu yang dibenarkan dan diharamkan oleh agama Islam itu ada hikmah disebaliknya. Begitu juga dengan kebenaran ke atas orang bukan Islam yang mahu masuk ke dalam masjid, tentu ada hikmahnya. Terutama dalam aspek dakwah, ini akan memberi mereka peluang melihat bagaimana umat Islam beribadat dan membuka hati mereka untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Jadi? Apa ISUNYA? Amat malang ada pula individu yang terus marah dan menjatuhkan hukum atas nasihat sebelah pihak tanpa mendengar pendapat sebelah pihak lagi. Perlukah aku membuka kembali kisah mengenai keadilan hakim di dalam kes Sayidina Umar Al Khattab dan perisainya itu? Tepuk dada, tanyalah Iman.

Jumaat, 30 Julai 2010

Maraknya Tato Ataturk Di Turki Menolak Negara Islam



Jumat, 30/07/2010 05:26

Tato tanda tangan Mustafa Kemal Ataturk, Bapak Sekuler Turki yang membabat Islam di masa lalu, sekarang tengah populer di kalangan kaum muda Turki. Ada apa?

"Tato ini semakin populer setiap hari, terutama di kalangan kaum muda," kata Murat Arti, seorang seniman tato dan pemilik kios Tattoo Murat di distrik Sisli Istanbul.

"Mereka (kaum muda Turki yang sekular, Red) pikir pemerintah sedang mencoba untuk membuat mereka lupa akan Ataturk. Pemerintah bahkan mencoba untuk mengubah konstitusi sekarang."

Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP), partai yang berkuasa di Turki saat ini memiliki akar dalam Islam politik, dan telah memperburuk kekhawatiran di kalangan oposisi anggota partai sekuler yang memiliki rencana jangka panjang untuk mengubah negara ini dari sekuler menjadi negara republik Islam.

Frekuensi pembuatan tato tanda tangan "K. Ataturk" meningkat datang sebagai reaksi terhadap referendum konstitusi di Turki.

AKP mengusulkan referendum agar amandemen konstitusi berlangsung, dan dengan demikian, ini membuat oposisi lebih waspada bahwa jika referendum memilih "ya" akan memberikan AKP kekuasaan terlalu besar atas Mahkamah Konstitusi dan dewan tertinggi jaksa penuntut umum dan hakim dan selanjutnya konsolidasi partai kekuasaan.

Maraknya tato ini jelas merupakan sebuah usaha sekular yang ingin Turki tetap sekular. (sa/aby)
_____________________________________________________________________


Tangan-tangan yang tersembunyi (The Hidden Hand) mula mengatur langkah untuk menjatuhkan kerajaan Turki pimpinan mereka-mereka yang berhaluan Islam. Mereka mula mempergunakan anak-anak muda Turki yang hanyut dengan arus sekular untuk mendesak para pemimpin politik haluan sekular agar mencari jalan bagaimana untuk menyekat pengaruh Islamisasi di dalam pentadbiran Turki yang sedang berkemabang pesat. Terutamanya selepas tragedi Kapal Mavi Marmara yang telah mengorbankan beberapa warga Turki, tragedi yang berjaya membangkitkan semangat Islam yang sudah lama pudar kesan dari proses sekularisasi puluhan tahun. Ia juga salah satu cara juga yang digunakan oleh The Hidden Hand dalam siri-siri awal kempen mereka untuk menjatuhkan Khilafah Othmaniah dahulu.

Mengapa AKP mengusulkan amandemen konstitusi berlangsung? Ini boleh memberi mereka kuasa yang lebih besar dalam melakukan operasi Islamisasi besar-besaran di dalam pentadbiran Turki dan seterusnya menjadi Turki sebuah kuasa baru dunia Islam. Ini sangat-sangat memanaskan punggung para puak-puak sekularis dan kemelis dan juga segala anak-anak Satanism.
Apa yang mereka takut? Suka sangatkah mereka 'kebebasan' yang mereka banggakan sangat-sangat itu. 'Kebebasan' yang hanya dicedok dari takrif kebebasan ala humanism atau dari takrif kalangan bukan Islam? 'Kebebasan' yang membuatkan maksiat dan kejahatan berleluasa? Itu bukan kebebasan, itu adalah bala! Bala yang bakal mengundang bencana dari Rabbul Jalil jika tidak diubah situasinya oleh rakyat-rakyat Turki yang bertanggungjawab. Ia adalah Fardhu Kifayah bagi rakyat Turki yang beragama Islam. Adakah mereka tidak mengambil iktibar dari Bosnia-Herzegovina?

Taliban: Dokumen? Dokumen Apa? Kami Sedang Berperang!


Jumaat, 30/07/2010 12:50

Menanggapi rilisan WikiLeaks terkait puluhan ribu halaman dokumen rahasia militer tentang perang di Afghanistan, seorang komandan tingkat tinggi Taliban menolak laporan yang menyatakan bahwa Taliban punya hubungan dengan agen mata-mata Pakistan.

"Dengar, kami ini sedang berperang dan berharap mendapatkan bantuan dari siapa pun untuk melawan Amerika Serikat dan sekutunya yang menyerang tanah air kami," kata Sirajuddin Haqqani.

Pada intinya, Taliban sendiri tidak peduli sama sekali dengan kebocoran dokumen itu tapi lebih memersalahkan keberadaan Amerika dan sekutunya di negeri mereka.

Menurut The New York Times, laporan militer yang bocor menunjukkan bahwa Pakistan, yang setidaknya menerima lebih dari $ 1 miliar per tahun bantuan dari AS telah bekerja sama langsung atau tidak langsung dengan Taliban dan afiliasinya di Afghanistan.

Para pejabat Amerika baru-baru ini membuat kesiempulan yang lebih kuat bahwa ada jalinan hubungan antara ISI (Pakistan's Inter-Services Intelligence) dan kelompok-kelompok yang dicap sebagai teroris seperti yang tercantum dalam laporan oleh Dewan Hubungan Luar Negeri.

Sebagai contoh, dalam sebuah wawancara dalam acara CBS’ 60 Minutes tahun lalu, Menteri Pertahanan Robert M. Gates, menyatakan ISI memiliki hubungan dengan Taliban karena berbagai alasan strategis dan mereka bermain kedua belah pihak.

Haqqani, yang berbicara melalui telepon dari sebuah lokasi yang dirahasiakan, adalah anak tertua dari veteran pemimpin Taliban Maulvi Jalaluddin Haqqani.

"Ini hanya 30 persen dari kekejaman yang AS dan pasukan NATO lakukan terhadap orang-orang Afghanistan selama sembilan tahun pendudukan mereka," kata Haqani. "Beberapa orang kuat yang mendukung AS, kecewa dengan kekejaman mereka ... Mereka tidak pernah mengakui kesalahan mereka atau penyesalan terhadap korban jiwa yang tidak bersalah dalam pemboman." (sa/dailybeast)

_________________________________________________________________________________________

Adakah ini merupakan tanda-tanda awal bagi Amerika dan NATO untuk meluaskan kempen perang melawan keganasannya atau melawan Islam ke atas negara Pakistan? Teorinya senang,Pakistan's Inter-Services Intelligence atau (ISI) dikaitkan dengan Taliban. Tindakan ISI juga mungkin mencerminkan fikrah atau halatuju pemikiran para mereka yang berkuasa ke atas agensi itu dan akhir sekali mesti dikaitkan dengan pemerintah Pakistan itu sendiri. Bagi Amerika, Taliban itu pengganas kerana menyokong Osama Ben Laden. Bila ISI dikatakan menjalinkan kerjasama dengan Taliban, ini juga bermaksud Pakistan menyokong Taliban dalam diam. Dan akhir ceritanya, Pakistan juga adalah negara pengganas kerana menyokong Taliban. Lalu mereka mempersiapkan pula armada perang untuk melanggar Pakistan.

Mungkin perancangan untuk melanggar Pakistan bukanlah dalam masa terdekat, mungkin tahun-tahun yang akan datang. Walaubagaimanapun mereka perlu cetuskan sesuatu yang dapat mengeruhkan hubungan di antara Pakistan dan Amerika dan sekutunya pada masa sekarang supaya bila sampai hari yang dijadualkan untuk menyerang Pakistan, maka Amerika ada satu justifikasi untuk memulakan kempennya dan tidaklah terlalu nampak sangat kejahatannya setelah melanggar Iraq dan Afghanistan.Takkan lepas langgar Afghanistan dan Iraq dia mahu segera meluaskan kempen perang ke atas Pakistan pula, ini akan menampakkan dengan jelas (sememangnya dah jelas pun) yang mereka sememangnya mahu menghancurkan semua-semua negara-negara umat Islam di dunia ini (kempen dajjal?). Wallahualam.

Jumaat, 18 Jun 2010

Goldman Sachs dan Rothschild




June 18th, 2010


Sesuatu yang perlu diketahui oleh ahli ekonomi Malaysia ialah penyebab kejatuhan ekonomi Greece baru-baru ini adalah berpunca dari Goldman Sachs. Apakah Malaysia mahu perkara itu terjadi di negara ini?


Goldman Sachs memang sangat berpengaruh dalam penguasaan keputusan-keputusan ekonomi peringkat kerajaan. Mereka mampu membuli pelabur dan bank-bank tempatan mengikut dasar-dasar zionis mereka tanpa sebarang ancaman.

Di Amerika sahaja kita dapat melihat bagaimana Lehman Brothers yang dikatakan gergasi ekonomi dunia boleh mengikut arahan Lloyd Blankfein (CEO Goldman Sachs) agar memindahkan semua dana bantuan USD5 billion yang diperoleh dari kerajaan Amerika kepada Kementerian Pertahanan Israel.

Pada Oktober 2008, Mexico mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk sehingga mengakibatkan puluhan ribu rakyat berdemonstrasi di jalanan bagi menentang pentadbiran Presiden Manuel Lopez Obrador. Semuanya berpunca dari mainan kotor Goldman Sachs yang menguasai bank-bank tempatan melalui agennya iaitu Menteri Kewangan Mexico yang dikatakan berdarah campuran Argentina-Israel.

Pada 16 April 2010, Suruhanjaya Sekuriti Amerika (SEC) membuat pertuduhan rasmi bahawa Goldman Sachs Group telah menipu sebahagian besar pelabur-pelabur di Amerika melebihi nilai USD1 billion.

Tapi di Malaysia, kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SEC) tetap meneruskan lesen kebenaran kepada Goldman Sachs untuk beroperasi di sini.

Pengerusi Goldman Sachs bagi rantau Asia Tenggara ketika hadir dalam satu majlis di Petaling Jaya telah mengeluarkan kenyataan berikut;

“The future outlook for Malaysia’s capital markets and its asset management industry is very positive and through our local presence we look forward to playing a larger role in their development.”

(dinyatakan dalam akhbar The Star, 9 Disember 2009)

Permainan ekonomi dari gengster-gengster Goldman Sachs ini mungkin menjadi lebih mudah kerana syarikat bapa konspirasi mereka, Rothschild Malaysia sudah menetap di Malaysia sejak 2006.

Rothschild Malaysia Sdn. Bhd.

Kemasukan Rothschild di Malaysia bermula dari pembukaan pejabat Rothschild di Singapura pada dengan nama NM Rothschild & Son. Syarikat gergasi tersebut mempunyai seorang wakil Malaysia yang menjadi ahli lembaga pengarahnya iaitu Pn. Rosnah Omar, bekas Pengarah Urusan Bank Bumiputera Malaysia Bhd.


(Gambar atas) Pn. Rosnah Omar (bertudung) juga menganggotai jawatankuasa LOFSA pada 2003.

NM Rothschild & Son (Singapura) memilih Rosnah menyertai mereka pada 1998 kemungkinan disebabkan pengalamannya yang luas dalam bidang perbankan di London dan New York selama lebih 8 tahun dalam syarikat Prudential Bache Securities, Bankers Trust International dan Security Pacific Hoare Govett.

Bermula tahun 2005, NM Rothschild & Son (Singapura) telah membuka cawangannya di Kuala Lumpur dengan melantik beliau sebagai pengarah cawangan. Andaian yang boleh dibuat ialah Rothschild cuba memanipulasi karismatik dan kepakaran rakyat Malaysia ini bagi menaruh kepercayaan kerajaan dalam membawa masuk gengster-gengster bank dari Amerika bagi membuli bank-bank tempatan.

Ini ditegaskan sendiri oleh Rosnah dalam satu ucapannya;

“With our (Rothschild) historical background, strength in M&A, international exposure and role in a growing number of cross-border deals, we believe we can work with local banks.”

Perlantikan Rosnah Omar sebagai Director General bagi Labuan Offshore Financial Service Authority (LOFSA) pada Julai 2003 juga merupakan satu perkara yang perlu diperhatikan oleh pakar-pakar ekonomi. Kita sedia maklum bahawa LOFSA berhubung terus dengan Menteri Kewangan memberi laporan dan nasihat dalam pengurusan bank-bank offshore.

Teori PRU 2011 : Pakatan Rakyat VS Rothschild

Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU13 yang dijangka pada 2011, maka realiti pertama yang bakal dihadapi oleh kepimpinan tertinggi ialah pengaruh agen-agen Rothschild yang menguasai sistem ekonomi di Malaysia.

Dengan pengaruh ini, bermakna PR terpaksa menghadapi krisis ekonomi yang bakal dicetuskan oleh gengster-gengster bank dari Rothschild jika sekiranya dasar-dasar ekonomi yang diminta oleh mereka (gengster) tidak dipenuhi oleh kerajaan PR.

Kejatuhan ekonomi mendadak selepas kemenangan PR 2011 akan mewujudkan krisis kepercayaan yang kronik terhadap kredibiliti kepimpinan Pakatan Rakyat.

Ilmu ekonomi dunia yang dibina oleh Yahudi Zionis bermula dengan bank. Bank dijadikan sumber kekuatan dan kayu ukur kepada kejayaan ekonomi sesebuah negara walaupun negara tersebut mempunyai minyak. Menguasai bank-bank dalam sesebuah negara bermakna menguasai keseluruhan nyawa ekonomi negara tersebut. Ini kerana bank memegang poket simpanan rakyat dan geran-geran harta rakyat yang dicagarkan.

Kesimpulannya, sekiranya PR menang, ia belum boleh lagi menarik nafas lega kerana seluruh ekonomi Malaysia dikuasai gengster-gengster asing.

Selain itu, pemimpin-pemimpin PR juga harus meneliti semula mesej ucapan dari Baron David de Rothschild tentang Malaysia pada Mac 2006 lalu;

“This new office reinforces our long term presence and commitment to Malaysia. We have great confidence in the Malaysian economy and look forward to growing our business.”

P/S : maklumat-maklumat tentang Rothschaild Malaysia tidak sulit, ia boleh didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan majalah-majalah ekonomi tempatan.



dipetik dari blog ibnu yaacob
____________________________________________________________________________________

Adakah ini salah satu tindakan yang memang telah dirancang oleh Perdana menteri kita yang tersayang menerusi projek liberalisasi ekonominya. Ya Allah, selamatkan Malaysia!

Selasa, 8 Jun 2010

Nekad ke Gaza, Israel Ancam Akan Bunuh Erdogan


Gerah oleh tindak tanduk Erdogan yang keras mengecam Zionis Israel, rezim Rezim zionis Israel mengancam bakal membunuh perdana menteri Turki tersebut.

Sebagaimana yang diberitakan oleh kantor berita Iran IRNA, mengutip pernyataan Mantan Wakil Kepala Staf Militer Gabungan Rezim Zionis Israel, Uzi Dayan yang mengatakan: "Jika Erdogan menembus Gaza dengan konvoi kapal Freedom Flotilla untuk mematahkan blokade terhadap Gaza, maka kami akan menenggelamkan kapalnya".
Ia menambahkan, "Dengan tegas saya katakan, jika tim investigasi internasional ingin memaksakan penyelidikan mereka kepada kami, maka kami pun akan menyeret Erdogan ke mahkamah internasional".

Mantan wakil kepala staf militer gabungan Israel itu menegaskan, "Jika posisi saya sebagai Shimon Peres, saya pasti akan menyadarkan Erdogan bahwa jika ia nekad datang ke Gaza, nasibnya bakal seperti sembilan warga Turki yang tewas dalam kapal Marvi Marmara".

Uzi Dayan menilai jika kedatangan Perdana Menteri Turki ke Gaza bersama rombongan kapal Freedom Flotilla sama artinya dengan mengumumkan perang dengan Israel. Dia menambahkan, "Jika kami gagal menguasai kapal yang membawa Erdogan, niscaya kami akan menenggelamkannya".

Namun informasi terakhir menyebutkan bahwa Erdogan tidak akan ikut serta dalam konvoi armada kebebasan berikutnya yang akan menuju Gaza dengan membawa bantuan kemanusiaan.(fq/irib)
_____________________________________________________________________
Aku yakin bahwa Israel sedang bersiap sedia merancang untuk membunuh Erdogan. Mungkin dengan teknik sabotaj. Naiknya Kelompok Erdogan sangat-sangat merugikan bagi Israel. Malah serangan ke atas kapal bantuan Turki itu berkemungkinan ada cerita di sebalik cerita. Kerana Israel telah mempunyai senarai lengkap aktivis yang perlu dibunuh ketika menyerang kapal itu. Siapakah sebenarnya aktivis-aktivis itu. Komando Turki yang menyamar?

Ahad, 11 Oktober 2009

Pemerintahan Idaman (1)



Seorang pemimpin kerajaan yang benar-benar bertakwa dan memahami Islam akan melahirkan sebuah kerajaan dan pentadbiran yang amat mementingkan kebajikan rakyat tanpa menolak pembangunan material selagi ia tidak bercanggah dengan Islam. Apakah yang diinginkan lagi oleh rakyat sesebuah negara itu selain kebajikan hidupnya yang terbela. Cukup makan-minumnya, tempat tinggal yang selesa, mudah mencari rezeki, beribadat dalam keadaan aman dan tenteram, keselamatan hidup yang terjamin, serta bebas untuk mengeluarkan pendapat masing-masing (selagi pendapat yang di suarakan itu tidak berniat jahat).

Kerajaan yang dirahmati ini seboleh-bolehnya akan mengelakkan diri dari melaburkan wang rakyat keatas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyatnya sendiri. Fikirkanlah wahai para pemimpin, adakah wang rakyat yang kamu kutip dari pelbagai jenis cukai itu telah kamu laburkannya dengan penuh amanah. Bila dikatakan mendatangkan faedah kepada rakyat itu adalah, setiap lapisan rakyat yang berada di bawah tanggungjawab kerajaan mendapat akan manfaatnya tanpa ada diskriminasi. Jika seorang rakyat yang layak itu dinafikan haknya untuk menikmati manfaat dari projek yang dijalankan, itu adalah kezaliman.

Kezaliman bukan seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Kadangkala mereka sendiri tidak faham apakah maksud sebenar kezaliman itu. Di dalam Islam, zalim didefinisikan sebagai ‘meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya’. Sebagai contoh, membuang sampah ke dalam parit. Adakah tempat sampah itu di dalam parit? Semestinya tidak, tempat sampah di dalam tong sampah. Jika seseorang itu telah membuang sampah ke dalam parit bermaksud dia telah berlaku zalim kepada keharmonian dan kebersihan alam sekitar. Jika membuang sampah ke dalam parit sudah dikatakan zalim, bagaimana pula undang-undang yang menahan manusia tanpa diberi peluang untuk membuktikan kesalahan dan bicara. Adakah ia tidak zalim. Riwayat Tarmizi pernah meriwayatkan “…kesilapan pemerintah di dalam memberi kemaafan adalah lebih baik daripada kesilapannya dalam memberikan hukuman.” Ini bermaksud, hakim yang tersilap melepaskan seorang pesalah adalah lebih baik daripada tersilap menjatuhkan hukuman. Jika dia tersilap menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak bersalah, dia telah menganiayai dan menzalimi seorang manusia. (Ada lagikah hakim yang sebegitu itu sekarang? Si bilis tertangkap, sang jerung terlepas.)

Mari kita renungkan sebuah kisah teladan Sayidina Umar Al Khattab yang saya pasti ramai di antara kita pernah mendengar kisah ini dalam pelbagai versi. Satu hari Khalifah Umar Al Khattab bersiar-siar di pasar meninjau kehidupan rakyatnya. Kemudian beliau singgah di sebuah kedai senjata milik seorang Yahudi, dalam asyik melihat-lihat barangan yang dijual, dia terpandang sebuah perisai perang miliknya. Lantas dia bertanyakan kepada si penjual itu di manakah dia mendapat perisai itu, adakah dia mengutipnya di medan perang? Tetapi si Yahudi itu menafikan dakwaan Sayidina Umar. Sayidina Umar tetap yakin bahawa perisai itu adalah miliknya yang tercicir di medan perang.

Akhirnya kes ini di bawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Setelah kedua-dua pihak berhujah, hakim mendapati Sayidina Umar tidak ada bukti yang kukuh kerana dia hanya mengecam perisai itu sahaja tanpa ada bukti dan saksi yang sah. Hakim memutuskan bahawa perisai itu adalah milik Yahudi itu. Si Yahudi berasa amat kagum dan takjub dengan apa yang dilaluinya ini. Bagaimana seorang ketua negara akur kepada keputusan mahkamah tanpa berasa hina dan tidak menggunakan kedudukannya sebagai khalifah untuk mengambil perisai itu kembali. Dia juga kagum dengan hakim yang tegas dan tidak ada diskriminasi dalam memutuskan keputusan walaupun yang akan kalah itu adalah khalifahnya sendiri. Ini membawa sinar hidayah kepada si Yahudi dan akhirnya dia memeluk Islam.

Nah, di sini sudah menunjukkan betapa pentingnya sebuah perbicaraan yang adil itu di dalam Islam. Ia memberi ruang untuk mengelakkan seseorang itu dari teraniaya.

Kerajaan idaman juga berupaya untuk memberi pendidikan yang secukupnya kepada rakyatnya. Pendidikan yang diberi mestilah melahirkan seorang manusia yang beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. Sekali lagi diulangi, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia. Kerana ini adalah kunci kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Apa perlu seorang pelajar itu bijak di dalam akademik, cergas di dalam ko-kurikulum tetapi kosong dalam pengetahuan dan amalan kerohanian, juga buruk tingkah-laku atau akhlak. Seringkali pelajar-pelajar kita sama ada di peringkat rendah, menengah, mahupun peringkat tinggi dimomokkan dengan kepentingan pelajaran akademik dan ko-kurikulum sehinggakan telah terukir di pemikiran mereka bahawa kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum sahaja yang akan menjamin kehidupan yang baik, dan dilihatnya kepentingan aspek kerohanian tidak menjamin apa-apa. Ini akan melahirkan manusia-manusia yang hanya akan bernafas di atas dasar keuntungan kebendaan semata-mata (materialistik) tanpa mengambil kira tanggungjawab sosial mereka. Terdapat juga ramai diantara pelajar-pelajar kita yang belajar membaca Al-Quran dan Fardhu Ain selepas selesainya sesi persekolahan tetapi tidak menghayati dan mengamalkannya dan masih juga mereka terjebak di dalam gejala-gejala yang tidak elok seperti membuang masa dengan melepak, minum arak, merokok, zina dan sebagainya. Mengapa ia terjadi?

Ini disebabkan apabila pembelajaran agama ini hanya dianggap sebagai sebahagian dari adat turun temurun. Bukan berpunca dari kesedaran diri mengenai pentingnya peranan agama Islam dalam membentuk syakhsiah diri dan sebagai pendinding diri dari terjerumus ke lembah kejahatan dan kemaksiatan. Mereka tidak memahami sepenuhnya akan konsep dosa dan pahala, syurga dan neraka. Pembelajaran agama hanya dipelajari sekadar menunaikan tuntutan adat ini adalah salah faham yang agak meruncing dalam masyarakat tradisional Melayu Islam amnya. Tidak semuanya begitu tetapi majoritinya begitu.

Bagi yang mempelajari asas-asas agama Islam pun boleh jadi begitu, bagaimana pula mereka yang tidak mempelajarinya pula. Tentu lebih teruk. Hanya Islam pada nama tetapi tidak pada perbuatan. Ini juga bukan kesalahan mereka seratus-peratus. Mungkin penekanan aspek agama ini tidak ditekankan oleh ibu-bapa mereka kerana mereka juga jahil akan kepentingan pengisian kerohanian. Ibu-bapa mereka juga jadi begitu kerana disebabkan oleh atuk dan nenek mereka yang begitu. Jadi, di manakah puncanya?

Puncanya adalah kerana sistem pendidikan yang memperlekehkan kepentingan pengisian agama Islam. Mereka yang mendalami bidang ini dianggap usang,tidak elit, ketinggalan zaman dan pelbagai lagi tanggapan-tanggapan negatif yang lain. Yang senantiasa yang ditekankan ialah sains, Bahasa Inggeris, ekonomi, dan saban hari penekanan ini diulang-ulang di media massa. Tidak dinafikan bahawa semua yang disebutkan itu tadi sememangnya penting tetapi pengabaian pendidikan kerohanian Islam ke dalam diri pelajar akan menghasilkan para profesionalis yang tidak beretika dan gagal untuk menahan diri dari terlibat dalam gejala najis rasuah, penyelewengan, pecah amanah, dan salah guna kuasa walau dalam apa sahaja kerjaya yang mereka ceburi atas merit kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum semata-mata. Cuba bayangkan apabila mereka ini yang akhirnya akan menjadi pemimpin kita.

Selasa, 7 Julai 2009

Pemimpin Idaman




Agama Islam di utuskan kepada manusia sebagai satu cara dan panduan untuk hidup dalam suasana aman dan harmoni serta sentiasa bernafas dalam keredhaannya. Agama Islam menyediakan panduan hidup kepada manusia dalam semua sudut kehidupan, baik duniawi mahupun ukhrawi, baik lahiriah mahupun batiniah. Yang difahami oleh sesetengah golongan manusia ialah agama Islam sekadar terhad kepada ritual-ritual ibadah semata-mata seperti solat, puasa, menunaikan zakat dan mengerjakan haji.


Jika disebut agama Islam satu CARA HIDUP, ia merangkumi makan, tidur, berjalan, duduk, berkumuh, bergaul, berkahwin dan pelbagai lagi aktiviti seharian kita. Islam telah memberi panduan yang jelas bagi umat manusia untuk menjalani kehidupan sehari-hari. Bila disebut cara CARA HIDUP lagi, Islam juga telah menyediakan cara-cara untuk menguruskan hal-hal ekonomi, hal-hal pentadbiran, hubungan antara masyarakat, politik, hal-hal keselamatan dan hal-hal kebajikan.


Dalam Ekonomi Islam, riba diharamkan, zakat dikenakan bagi yang berkemampuan. Dasar ekonomi Islam amat mementingkan kebajikan dan keikhlasan dan juga amat memusuhi dasar ekonomi yang menindas. Dalam masa yang sama, dasar ekonomi Islam tidak menghalang umatnya mengejar kekayaan duniawi selagi jalan yang diambil tidak bercanggah denagn syarak (melalui jalan yang haram atau zalim). Sebagai contoh, dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz berjaya menghapuskan kemiskinan di kawasan pemerintahannya hanya dalam masa beberapa bulan sahaja (kalau tak silap tiga bulan) selepas dia memegang tampuk kuasa. Diriwayatkan sehingga wang baitul mal sudah tidak tahu lagi kepada siapa untuk diberi.




Di dalam hal kepimpinan dan pentadbiran, seseorang pentadbir dan pemimpin yang betul-betul menjiwai Islam akan semestinya memiliki iman yang teguh, akhlak yang terpuji, dan penuh amanah. Ini kerana dia benar-benar beriman kepada perkara-perkara ghaib seperti pembalasan atas apa yang dikerjakan semasa hidup di dunia. Dia benar-benar beriman kepada konsep dosa dan pahala. Pemimpin dan pentadbir yang begini sahajalah yang dapat mengatasi segala dugaan dan cabaran sepanjang kerjaya dan hidupnya. TERUTAMANYA gejala najis rasuah (telah dilunakkan dengan istilah politik wang). Pemimpin yang beginilah boleh diletakkan harapan untuk membaiki sistem pentadbiran negara yang sudah bercelaru, kerajaan yang dijana dengan sistem-sistem yang menindas rakyat, sistem keadilan yang mudah dijual-beli dan menjadikan dasar pilih bulu sebagai teras perjalanan, juga pasukan keselamatan yang sudah lari dari matlamat asal penubuhannya.


Pemimpin yang benar-benar mencontohi Rasulullah SAW tidak akan mudah untuk dijual beli, dicaturkan dan dibonekakan oleh musuh. Pemimpin yang bertuhankan Allah SWT juga tidak akan membiarkan kezaliman dan penyelewengan berlaku di dalam bidang kuasanya. pemimpin begini akan dapat memahami bagaimana kerajaan Islam pimpinan Rasulullah SAW berjaya ditubuhkan dengan penduduk-penduduknya tidak semuanya beragama Islam. Dia juga akan mengerti jiwa besar Salahuddin Al Ayyubi yang cukup lembut hati mengirim doktornya bagi merawat penyakit Richard The Lionheart (kalau tak silap penyakit kusta). Dalam masa yang sama bertindak tegas dan garang membunuh Reynold yang telah menyerang rombongan jemaah haji dan menghina Rasulullah SAW.



Pemimpin dan pentadbir beriman ini juga seterusnya akan mencontohi sikap amanah Sayidina Omar Al-Khattab yang menggunakan dua lampu berasingan didalam pejabatnya. Sayidina Omar akan menggunakan lampu kerajaan jika melakukan tugas-tugas sebagai ketua kerajaan. Satu lagi lampu adalah miliknya yang digunakan bagi melakukan tugas-tugas peribadi yang tidak bersangkut paut dengan urusan kerajaan. Dia takut akan dipersoalkan di akhirat kelak kerana menyalahgunakan harta milik rakyat untuk urusan peribadi.

Pemimpin yang amanah ini akan menitiskan air mata apabila mendengar kisah Sayidina Omar yang tidak dapat melelapkan matanya jika terdengar berita yang seseorang telah jatuh dari kudanya akibat permukaan jalan yang tidak elok di mana isu itu dibawah kuasanya. Pemimpin itu akan menangis kerana tidak berupaya untuk mengikuti sikap ultra-perihatin Sayidina Omar tentang kebajikan rakyatnya.


Sesungguhnya, hanya pemimpin yang ikhlas, tidak SOMBONG dan bertakwa sahaja yang dapat mengemudi bahtera negara dengan lurus, betul, dan berhikmah. Jika pemimpin-pemimpin begini yang memenuhi setiap jawatan dalam pentadbiran sesebuah kerajaan, Insya Allah, kerajaan itu akan diberkati dan dirahmati. Islam tiba untuk membawa rahmat kepada seluruh makhluk dan alam ciptaan Allah ini.