Rabu, 18 April 2012

Apabila seorang peladang menjadi pengarah hospital


Ya, apa akan terjadi jika seorang peladang ditempatkan ke jawatan pengarah sebuah hospital? Tentu sekali pentadbiran sebuah hospital itu akan menjadi huru-hara. Doktor mahu tambah stok paracetamol, si pengarah suruh beli baja organik. Doktor minta ditambah ruang untuk wad baru, dibinanya jelapang padi. Doktor minta alatan pembedahan yang canggih, dia suruh beli mesin gergaji pokok.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, tentu sekali keadaannya akan menjadi huru-hara. Jadi hendaklah kita meletak orang yang dalam ahlinya ditempat yang sepatutnya, dan kita juga patut mendengar pendapat orang yang dalam ahlinya lebih dari orang yang bukan ahlinya.

Anda ada ilmu dan berkelayakan dalam bidang pustakawan. Tetapi bos anda sangatlah jahil tentang ilmu pustakawan ini kerana dia pakar dalam bidang korporatan.

Bos anda yang tidak pernah menjejakkan kaki ke perpustakaan itu berkata kepada anda dalam satu mesyuarat: "Library kita beli buku macamana?"

Anda menjawab: "Orang tengah"

Bos anda berkata lagi: "Saya tak mahu pakai orang tengah dah. Saya nak 'deal' terus dengan 'publisher'. Tolong carikan saya 5 publisher yang terkenal di Malaysia dan buat appointment dengan saya."

Anda yang pelik dengan permintaan itu berkata dalam hati: "Tak mahu pakai orang tengah? Library kita kecik saja. Bukannya besar pun. Luas sikit saja dari rumah kos rendah. Kita bukannya beli banyak buku pun. Satu dua tajuk saja dari satu publisher, lepas tu nak deal terus dengan publisher? Ingat publisher nak layan ke?"

Sambil menguis-nguis di I-Padnya kononnya nampak stail, Bos anda bersuara lagi: "Bagaimana cara awak cari judul-judul buku terbaru untuk perpustakaan?"

Anda menjawab: "Dari Internet dan mana-mana penulis dan penerbit buku yang sudah terkenal saya akan sentiasa ikuti perkembangannya. Selain itu kami cari di pesta-pesta buku."

Bos anda yang jahil itu berkata: "Oh, pesta buku banyak buku-buku lama yang dah tak laku. Itu dah ketinggalan zaman. Sekarang orang beli online sahaja."

Sekali lagi anda berasa pelik dengan jawapan yang pelik itu, kalbu anda sekali lagi berbisik: "Pesta buku ketinggalan zaman? Buku lama? Bos pernah pergi pesta buku ke tak?"

Dia bercakap lagi dengan gaya yang sangat 'bossy': "Bagaimana pengunjung perpustakaan cari buku?"

Anda menjawab: "Kami masih menggunakan kad katalog, tetapi sistem kad katalog itu sedang ditukar ke dalam bentuk sistem komputer secara berperingkat."

Bos anda bertanya:" Sistem itu dapat mana?"

Anda menjawab: "Perpustakaan Negara ada menyediakan sistem katalog berkomputer yang khusus untuk perpustakaan-perpustakaan kecil di Malaysia dan ia percuma. Kalau perpustakaan yang besar mereka akan gunakan sistem OPAC."

Bos anda meminta: "Kita gunakan OPAC, carikan saya lima pembekal OPAC untuk saya."

Sekali lagi anda pelik dengan kejahilan bos anda: "Bos, sistem OPAC tu kita kena minta nasihat dari perpustakaan negara dulu baru boleh dilaksanakan."

Bos anda yang jahil itu berkata lagi: "Sistem OPAC Perpustakaan Negara tidak semestinya bagus!"

Pada masa ini anda teringin sangat mencabai mulut bos anda yang jahil tetapi berlagak pandai itu. Di sini baru anda nampak kaitan antara cili hijau kat atas dengan tajuk entri kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan