Rabu, 9 Mei 2012

Syria - Libya Kedua



Krisis Syria sehingga kini masih belum selesai sejak peristiwa kanak-kanak yang diseksa polis itu berlaku. Rupa-rupanya Syria tidak menggemari penyelesaian masalah yang lebih lembut seperti yang dilakukan Ben Ali, Ia lebih suka pendekatan keras Gaddafi dalam menangani revolusi di negaranya itu. Sebenarnya banyak unsur-unsur yang terlibat dalam menyalakan api revolusi di Syria selain faktor utamanya iaitu tempias revolusi di negara-negara jirannya yang dikenali dengan nama 'Arab Spring'.

Aku tidak mahu mengulas isu Syria dari segi sejarah sama ada bermula dari era Bandar Ebla yang bermula lebih kurang 3000 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S atau ketika kegemilangan bangsa Assyria atau juga pada waktu ia dikenali sebagai Sham pada ketika Baginda Rasulullah S.A.W. berdagang barang-barang Siti Khadijah, kerana itu akan memakan muka surat yang berjela-jela.

Aku mahu membicarakan perkara-perkara yang menyumbang kepada perang dalaman yang berlaku di Syria pada masa ini. Bashar Al-Assad dilahirkan dalam persekitaran yang penuh dengan politik cara parti Ba'ath. Parti Ba'ath yang lama kelamaan menjadi seolah-olah satu fahaman ini juga yang dianuti dan disertai oleh Saddam Hussein. Ideologi Ba'ath adalah bertunjangkan semangat KEBANGSAAN Arab, bukan berasaskan Syariat Islam. Sejarah telah menunjukkan sesiapa yang menganut fahaman Ba'ath ini selalunya akan bertindak kejam terhadap penentang mereka sekalipun yang ditentang itu adalah ahli keluarga sendiri (lebih kurang macam Nazisme).

Jadi Bashar membesar dalam fahaman 'kekejaman adalah perlu untuk mewujudkan perasaan gerun rakyat kepada pemerintah' seperti yang diamalkan oleh parti bapanya. Pengunaan state of fear menjadi salah satu kaedah utama yang digunakan Parti Ba'ath untuk mengawal rakyat berbanding kaedah memenangi hati rakyat (winning heart), salah satu kejayaan kaedah yang digunapakai oleh Rejim Assad ini adalah tragedi Hama pada Februari 1982 yang telah berjaya menutup mulut rakyatnya atas kekejamannya itu, sehingga tiada seorang yang berani bangun melawannya. Bayangkan tragedi Hama itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10,000 rakyat Syria manakala menurut Pertubuhan Hak Asasi Syria menjangka 20,000 yang terbunuh.

Jadi semakin Assad membesar, fahaman Ba'ath semakin sebati dengan pemikiran beliau. Ideologinya diburukkan lagi dengan anutan Syiah Nusairiyahnya (lebih sesuai dipanggil agama) , yang sememangnya memusuhi golongan Sunni. Persaudaraan Syiah itu juga membuatkan Iran dan Hizbullah dengan mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan memberi sokongan penuh dan jitu kepada tindakan kejam rejim Syria ke atas rakyatnya. Pentadbiran Assad ke atas Syria sendiri telah menunjukkan diskriminasi yang sangat ketara ke atas Muslim Sunni yang mencakupi 84% dari rakyat Syria. Hampir 84% dari susun-atur kepimpinan Bashar Assad dijawat oleh kaum keluarga mereka yang terdiri dari tiga keluarga besar. Diantara orang penting di sebalik pembunuhan beramai-ramai Hama itu didalangi oleh Jeneral Rifaat Al-Assad, adik kepada presiden Assad. 6% lagi kepimpinan Syria dipegang oleh kaum Ajam dan 10% lagi golongan agama selain Islam dan Syiah. TIADA langsung wakil kepimpinan dari kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Terdapat juga segelintir masyarakat Islam yang menyokong Syria atas alasan Barat sangat takut akan ancaman Syria dan sedang mencucuk jarum ke atas negara-negara Islam supaya bertelagah sesama sendiri dan ini melemahkan mereka, jadi kita mesti menyokong kerajaan Syria dalam menekan dan membunuh rakyatnya supaya Amerika dan Barat gagal menjatuhkan negara yang konon Islam itu. Alasan itu kurang tepat untuk isu ini (Syria), kerana hal ini lebih menjurus kepada isu jatuh bangun sebuah kekuasaan yang berusia hampir puluhan tahun tanpa bertukar dan isu ideologi.

Diantara bukti menunjukkan betapa assobiyah dan gila kuasanya rejim Assad ini, sehinggakan beberapa pemimpin Fatah ditahan tentera Assad di kem pelarian Palestin yang bersempadan dengan Syria kerana mengecam kekerasan Bashar Assad ke atas rakyatnya sendiri. Mereka sebenarnya tidak ambil kisah langsung apa yang terjadi kepada Palestin, malah terdapat beberapa laporan tidak rasmi yang mengatakan tentera Syria menceroboh khemah pelarian Palestin untuk menjejaki mereka yang mengecam tindakan kerajaan Syria. Malah kini mereka pergi lebih jauh dengan cuba bermain api dengan Turki pula.
Selain itu, ketebalan ideologi Syiah-Baathisme Bashar Assad ini juga telah diindoktrinisasikan secara intensif ke atas semua pihak berkuasa bersenjata Syria, terutamanya pihak tentera. Pengindoktrinasasiannya secara total fahaman Syiah dan Baathisme itu telah melahirkan ketumbukan pihak berkuasa yang sangat tidak berakhlak dan kejam. Hasilnya, maka kita dapat lihat banyak peristiwa-peristiwa yang merobek dan merogol akidah Umat Islam Sunni Syria!

Terdapat mereka-mereka yang ditahan Tentera Syria telah dipaksa mengucap dua kalimah syahadah yang telah diubahsuai dengan mengatakan Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Basyar Assad! Jika enggan mereka akan disiksa atau dibunuh. Kita sebagai Umat Islam, merupakan satu keluarga yang besar! Tidakkah naluri kemanusiaan kita tersentuh melihat saudara-saudara se-Islam kita yang dilayan seperti anjing kurap oleh pemerintah mereka sendiri dan dirogol Akidahnya seperti kain-kain buruk yang dipijak-pijak!

Keganasan tentera-tentera Syria juga telah mengorbankan 19 orang doktor dan 40 pesakit di sebuah  Hospital di wilayah Dogma. Terdapat juga wanita-wanita yang diculik setelah dirogol didepan keluarga-keluarga mereka. Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr. Ali As-Sobuni dan Rabitah Ulama Sedunia telah memfatwakan kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka dari keganasan Tentera Syria hatta walaupun sebilah pisau dengan berdalilkan hadis berikut:


“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”

dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Baniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

Jangan diharap PBB ataupun negara-negara kuasa besar akan menyelesaikan masalah di Syria. China dan Russia awal-awal lagi sudah memveto sebarang campur tangan luar ke atas Syria. Itu tidak menghairankan kerana Komunis dan Baathisme adalah adik beradik. Dengan alasan veto juga Amerika memutuskan untuk tidak masuk campur tangan dalam krisis Syria. Sebenarnya Amerika sendiri kurang berminat untuk menceroboh Syria kerana Syria sebenarnya adik beradik Israel. PBB atau United Nation, ini juga tidak boleh diharap. Lihat apa yang berlaku ketika krisis Bosnia Herzegovina dahulu, dimana bantuan-bantuan kritikal lewat tiba (atau sengaja dilewatkan kerana yang diserang adalah orang Islam).


 Dan akhirnya, kita tetap menyokong Bashar Assad atas alasan ini adalah konspirasi Barat untuk menjatuhkan negara Islam Syria (kononnya) dengan menghantar memorandum sokongan kepada Kerajaan Syria di kedutaannya, DAN kita membutakan mata kita terhadap kekejaman Kerajaan Syria ke atas rakyatnya yang hanya menuntut hak, maruah dan Akidah Islamiyah mereka yang telah dicabul hanya kerana mereka bukan penganut Syiah dan Baath! Yang pada asalnya mereka hanya menuntut mayat KANAK-KANAK yang telah ditangkap pihak berkuasa Syria kerana menconteng ayat 'rakyat mahu jatuhkan kerajaan' di dinding sekolah mereka. Ya, kita pandang mengikut kacamata teori-konspirasi dulu dari sudut pandang ilmu Wahyu.                                                                                                                                                      

                        

6 ulasan:

  1. Ini adalah pandangan saya. Allah memberi kita aqal untuk berfikir. Jadi kita gunakannya untuk menghadam maklumat sebaik mungkin. Namun pembacaan yang luas amat penting bagi kita mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

    Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut.” (Surah al-Hujurat, 49: 6)

    BalasPadam
  2. jap awak ni... xda FOLLOWER ke d blog awak ni? cmna nak FOLLOW..ok ^___^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh..eh.. saya adalah follower. Jangan cakap macam tu, sedih woo.. Cuba Cik Farah tengok satu kolum kat sebelah kanan yang tajuknya 'Penjejak-penjejak yang sejuk!', itulah kolum follower saya. Cuma saya sudah tukar perkataan 'follower' tu kepada 'Penjejak-penjejak yang sejuk'. Kerana bagi saya, siapa yang menjejak blog saya itu semua manusia cool! chee..wah!

      Nak follow, ada dua cara. Pertama Cik Farah sign in kat kolum tu. Kedua, Cik Farah tekan butang 'Add'

      kat bawah reading list di dashboard blog Cik Farah dan tampal (paste) URL ni, http://wwwc4-torpedo.blogspot.com/. Pehtu, blog Cik Farah akan tanya, nak ikut secara anonymous atau public, terpulang kepada Cik Farah nak pilih yang mana satu. All right?

      Padam
    2. OKKK .. done follow you.... hehe.. masa tu x perasan ada follower tepi tu.. sori tau.... ^________^

      Padam
    3. YEAH! No problem, (^^) Okay saya pun dah follow awak lama dah, mula-mula anonymous, malulah kononnya. Haha.. Ni baru nak publicly. Oyeah!

      Padam