Ahad, 30 Mac 2014

Khayalanku tentang MH370

Ini pendapat aku. Semua ini 'kalau'. Aku ulang, "KALAU". Kali ketiga, KALAU. Kalau benarlah Amerika yang melakukan semua ini. Banyak faedah yang dia dapat akibat dari peristiwa ini.

Ini kes pertama. Umumnya kita tahu bahawa Selat Melaka dikawal oleh Indonesia dan Malaysia. Dan Amerika sudah beberapa kali mahu meluaskan kuasanya di Selat Melaka. Dan Singapura amat menyokong kehadiran tentera US di Selat Melaka. Tetapi Malaysia dan Indonesia membantah keras akan campur tangan ini, dan menolak tawaran Amerika secara terhormat.

Kes kedua. Amerika bermusuh dengan China dari segi ekonomi dan ideologi. Kapitalis dan Komunis. Di rantau ini, pengaruh China memang kuat. Dalam banyak-banyak pangkalan tenteranya di luar US, hanya Asia Tenggara sahaja US tidak ada pangkalan tentera yang sempurna untuk memantau dan mengekang pengaruh China.

Kes ketiga. Perebutan Spratly. Ini juga menyumbang saham dalam konflik. Kepulauan Spratly dituntut oleh ,Malaysia, Taiwan, Vietnam, Brunei, China dan Filipina. Kalau China berjaya dalam tuntutan hampir keseluruhan kawasan di Spratly itu, pengaruh dan kuasa China di rantau ini akan menjadi lebih kuat. Ini juga menggusarkan US.

Walaubagaimanapun, US masih lagi tidak dapat beroperasi di rantau ini secara bebas lantaran perairan ini merupakan perairan yang cukup panas dari segi hubungan diplomasi dan ketenteraan. Malah sempadan-sempadan laut antara negara-negara di sini dekat-dekat saja (compact) dengan pelbagai jenis ideologi yang negara bersempadan ini anuti. Untuk dia mengukuhkan pengaruhnya di rantau Asia Tenggara ini, Amerika memerlukan SESUATU yang akan menjemput dia dapat campur tangan di kawasan ini secara terhormat. Satu-satunya sekutu rapat US di sini ialah Singapura sahaja. Walaupun US menjalinkan hubungan diplomasi dengan

Malaysia dan lain-lain, namun komitment Singapura terhadap US adalah yang paling tinggi. Tetapi Singapura negaranya kecil dan dihimpit oleh Indonesia dan Malaysia. Jadi sekutunya ini juga bukanlah jaminan bagi US untuk sentiasa mengekalkan keberadaannya di rantau ini. Ia memerlukan pangkalan dan tempat yang lebih besar dan stabil. Kalau boleh, dia mahu letak pangkalannya di Malaysia. Kerana kedudukan Malaysia sangat strategik dari sudut geografi. Dia boleh pantau Selat Melaka, dia boleh pantau Laut China Selatan.

Oleh kerana cara halus yang mereka guna untuk meluaskan kuasa di rantau ini nampaknya seperti kurang berkesan atau lambat impaknya untuk timbul, (melalui propaganda dan pelbagai jenis perjanjian perdagangan dan politik), mereka memerlukan sesuatu yang lebih radikal. Maka idea WTC 9/11 digunakan semula. Sendiri buat, tuduh orang lain. Maka, terjadilah peristiwa MH370.

Kenapa pesawat MAS MH370 pada tarikh 8 Mac dan kenapa Malaysia yang dipilih?

Jika diperhatikan dalam banyak-banyak negara di Asia Tenggara, Malaysia adalah negara yang paling terkawal dari segi pentadbiran negara, dan kaya dengan sumber keperluannya. Selain itu, China juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Malaysia. Umumnya kita tahu bahawa tahun ini merupakan tahun melawat Malaysia. Malah tahun ini juga adalah tahun mem'boost-up'kan hubungan diplomasi,perdagangan dan pelancongan antara kedua-dua negara. Malah Malaysia adalah negara perdagangannya yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Walaupun Malaysia bukan komunis, dan China komunis, hubungan pelik ini kelihatan begitu erat. Ini sangat membimbangkan US. Dalam usaha mengekang kuasa pengaruh ekonomi China di rantau ini, US sedaya-upaya cuba memaksakan perjanjian perdagangan TPPA ke atas Malaysia. Perjanjian perdagangan yang bahaya ini juga adalah lanjutan dari kegagalan terhadap FTA. Nampaknya rata-rata rakyat Malaysia masih sedar dan menolak penjajahan ekonomi dari US walaupun pemimpin Malaysia masih lagi berunding (entah apa yang nak dirundingkan lagi aku pun taktau.). Pengaruh China di sini memang agak kuat.

Jadi, US perlu memusnahkan hubungan ini demi menguatkan pengaruh dan kuasanya. Dan memusnahkan reputasi Malaysia. Maka terjadilah peristiwa 8 Mac. Jadi KALAU benar MH370 itu dipintas oleh Amerika secara rahsia ke Diego Garcia dengan bantuan Zionis. Kita lihat apa faedah yang akan US dapat.

1. Hubungan Malaysia dan China akan menjadi keruh. (kerana banyak rakyat China dalam pesawat itu.) Bila sudah keruh, China akan mula menekan Malaysia dari segi diplomasi dan ketenteraan. Maka waktu ini Amerika masuk campur menawarkan tawaran untuk melindungi Malaysia dari tekanan China. Seterusnya mungkin mereka akan memaksa Malaysia menerima tawaran untuk membina pangkalan tenteranya di Malaysia.

2. Kenapa Malaysia? Sebab rakyat Malaysia antara manusia paling lantang di atas muka bumi ini mengutuk segala tindakan Zionis dan segala bentuk kezaliman ke atas umat Islam di negara-negara luar. Peristiwa MH370 ini juga adalah sebagai hukuman terhadap rakyat Malaysia yang lantang tersebut dan memburuk-burukkan mereka. Ini kita dapat lihat pada siaran2 media di US dan Eropah yang mula cuba mengaitkan Islam dengan kejadian ini.

3. Di samping itu, mereka juga mungkin berharap peristiwa 8 Mac ni akan menyebabkan perang meletus di rauntau ini jika China akan marah yang terlampau dan mula bertindak secara agresif ke atas Malaysia. Semestinya Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina akan meminta bantuan US untuk menyekat China. Memang aku cakap para jeneral tentera US akan ketawa besarla kat meja pejabat mereka. Sebab dengan ini, lagi senang mereka akan masuk campur. Sebab kita sendiri yang menjemput mereka.

Kenapa teori mengatakan pesawat Amerika yang merampas MH370 itu agak kuat? Anda tidak nampakkah sebaik sahaja peristiwa ini terjadi, kerajaan Amerika memberi tumpuan yang berlebihan terhadap peristiwa ini dengan menghantar pelbagai jenis wakil-wakil agensinya ke sini termasuk FBI kononnya untuk membantu (atau cuba mengawal Malaysia dari mengetahui hal sebenar dengan menutup sebarang bukti atau unsur-unsur yang membolehkan konspirasi mereka terbongkar). Malah Obama sendiri mengumumkan pada 19 Mac lalu bahawa "Search for MH370 plane are top priority". Malah media2 barat juga memberi fokus yang luar biasa terhadap insiden ini secara tiba-tiba. Seolah-olah mereka seperti sudah bersedia untuk melancarkan kempen ini sebaik sahaja insiden ini terjadi. Mereka berkempen memburuk-burukkan dan menyalahkan Malaysia dalam peristiwa ini secara meluas dan luar biasa!

Pelbagai teori mula direka-reka mereka untuk menyalahkan pihak Malaysia akibat insiden ini, terutamanya pilot yang membawa pesawat MH370, Kapten Zaharie dan co-pilotnya Fariq Abdul Hamid. Seolah-olah mereka sememangnya sudah bersedia untuk memberi liputan negatif terhadap Malaysia sebelum insiden 8 Mac ini terjadi. False flag tactic.

Ya, pihak media juga ada saham dalam insiden ini. Ingat mereka suka2 nak buruk2 Malaysia. Ada sebabnya. Mereka mahu membina persepsi antarabangsa yang negatif terhadap Malaysia. Bila persepsi ini mula mencapai kematangannya, mereka akan spin kebohongan ini menjadi kebenaran palsu dan agenda mereka yang seterusnya akan berjalan dengan lancar. Fokus mereka ialah, mereka cuba merudumkan hubungan Malaysia dan China seteruk-teruk yang boleh. Mereka mahu menimbulkan satu persepsi yang sangat negatif dari Kerajaan China terhadap Malaysia sehingga kalau boleh membawa kepada peperangan (itulah yang paling teruk) sebelum US boleh masuk campur dengan lebih kuasa, (nampaknya keadaan masih lagi terkawal). Bukan setakat itu saja, mereka juga mengarahkan ejen-ejen mereka di China supaya membangkitkan api kemarahan rakyat China terhadap Malaysia agar strategi mereka berjalan dengan lebih lancar. Pembentukan persepsi adalah lebih berkesan jika dilakukan dari luar dan juga dari dalam.

Dalam pada itu, jangan ingat China pun tidak dapat keuntungan terhadap insiden ini. China akan memanipulasi peristiwa ini untuk melakukan campurtangan dalam pemerintahan Malaysia dengan lebih dalam dengan alasan mereka tidak percaya akan ketelusan siasatan pihak berkuasa Malaysia (kerana dipengaruhi oleh media-media Barat yang menuduh Malaysia menyembunyikan maklumat tentang insiden MH370). Kita sudah boleh nampak perkara ini di mana China mahu Malaysia menyerahkan semua data-data radar dan satelit yang kita ada ketika operasi pencarian dilakukan (sebab yang organize dan leading operasi cari bangkai pesawat ini adalah Malaysia). Malah dia boleh mengambil kesempatan ini untuk menekan dan mengugut Malaysia dalam isu perebutan kepulauan Spratly. Untuk pengetahuan anda, wilayah tuntutan China terhadap kepulauan Spratly menghampiri sampai ke Miri Sarawak (Gila ka hapa!). Dan China juga mengambil kesempatan dari peristiwa ini untuk melakukan intipan secara intensif ke dalam wilayah Malaysia dengan menghantar aset-asetnya ke dalam perairan Malaysia dan Vietnam (sambil selam minum air).

Namun ada sesuatu yang sedikit menarik di sini, Jepun. Jepun dengan berbesar hati menghulurkan bantuan terhadap Malaysia. Dalam keadaan Malaysia dihentam teruk oleh China dan media barat, pasukan Jepun tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang sebaliknya. Mereka memuji usaha Malaysia dalam operasi mencari ini. Malah mereka kata Malaysia sangat sistematik dalam mengurus operasi mengesan MH370 (gitulah lebih kurangnya mereka puji.). Adakah Jepun pun ada udang di sebalik mee? Ya. Jepun ada. Kita tahu hubungan Jepun dan China sangatlah tidak baik. Apatah lagi mereka juga ada krisis perebutan kepulauan Senkaku yang mempunyai hasil sumber bumi yang tinggi. Malah kepentingan Jepun di Malaysia juga agak kritikal kerana Malaysia diantara penyumbang penting sumber mineral dan bahan mentah ke negaranya. Jepun menggunakan insiden MH370 ini sebagai platform untuk turut masuk campur dalam operasi ini dalam menyeimbangkan pengaruh China demi kepentingannya di Malaysia dan menyekat pengaruh China secara keseluruhan di rantau ini.        Jika China menguasai keseluruhan kepulauan Spratly, ini satu petaka bagi Jepun kerana pintu masuk untuk ke Asia Tenggara bagi kapal-kapal dagangnya telah dikuasai China. Risikonya ialah, jika hubungan

Jepun dan China tentang perebutan kepulauan Senkaku itu semakin parah, China boleh menyekat kapal-kapal dagang Jepun yang mahu ke Asia Tenggara. Ini pasti akan menyukarkan pihak Jepun. Lalu Jepun mahu tidak mahu, mereka terpaksa turut serta dalam operasi ini bagi menyeimbangkan dominasi pihak China terhadap operasi ini.

Thailand mungkin sudah menghidu perkara ini dari awal, jadi penglibatan mereka dalam operasi ini tidaklah agresif. Jangan hairan dengan sikap Thailand, kerana demi keselamatan mereka, mereka sanggup membiarkan askar-askar Jepun masuk dalam wilayahnya untuk menyerang Tanah Melayu ketika Perang Dunia 2 dulu. Ditambah lagi dengan sekarang ini mereka mengalami pergolakan politik yang meruncing,tentu mereka tidak mahu terlibat di dalam perkara yang boleh memudaratkan lagi negara mereka.

Selain kepentingan politik komunis dan kapitalis yang menghangatkan suasana, kita perlu tahu bahawa Laut China Selatan juga menyimpan simpanan petroleum yang besar. Menurut kajian Jabatan Maklumat Tenaga Amerika (EIA), Laut China Selatan mempunyai simpanan sejumlah 105 bilion tong petroleum. Ini pendapat saya jika dikaji bab material dan pengaruh politik. Jika masuk perkara yang berkaitan dengan agama Islam pulak, analisis ini akan jadi lebih panjang dan saya dah tak larat nak menaip. Jadi, di mana kedudukan Malaysia dalam insiden MH370 ini?

Malaysia hanyalah kambing hitam demi nafsu besar serigala-serigala di luar. Yang kasihannya adalah penumpang-penumpang pesawat MAS MH370 yang tak bersalah itu termasuk dengan bayi-bayi.                                                

Terdapat beberapa kemusykilan tentang pendapat yang mengatakan MH370 itu dipintas sebab US mahu merampas kembali kargo mereka yang dikatakan hendak diseludup ke China. Kalau benar mereka memintas pesawat MH370 itu betul-betul pada point titik serahan kod dari penerbangan Malaysia ke penerbangan Vietnam dan terus ke Diego Garcia dengan tahap halimunan yang tinggi.                                              

Ini bermakna pihak US sudah merancang dengan teliti rampasan ini sebelum MH370 terbang lagi. Yang musykilnya ialah, kenapa mereka tidak pintas saja kargo mereka itu ketika masih di darat. Mereka boleh saja mendapatkan kerjasama Malaysia dalam memeriksa barangan mereka yang dikatakan hendak diseludup ke China itu ketika di lapangan terbang lagi. Kenapa harus memintas ketika MH370 sudah terbang?

Aku berpendapat sebenarnya pihak US sengaja membiarkan pihak China menyeludup kargo itu menaiki kapal terbang itu dulu. Dan kemudian memanipulasi insiden ini untuk strategi mereka ke atas Malaysia yang saya cerita awal-awal tadi. Dalam mereka merampas kembali kargo mereka, mereka juga menjalankan taktik mereka untuk mewujudkan ketegangan di rantau ini dengan memanipulasi insiden. Tidak mengejutkan juga jika insiden ini sememangnya dirancang Amerika dengan membiarkan Taliban dapat merampas kargo mereka sendiri sebelum Taliban menjualnya kepada China. Huh. Dah letih dah  aku menaip. Tak larat dah ni. Wallahualam. Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Malaysia agar selamat dari ancaman-ancaman luar.

*jangan percaya apa yang aku tulis. Aku mengarut sahaja kat atas tu. Semuanya fiksyen semata-mata. Dan tolong jangan kopi pes dan share. Sebab ia hanyalah khayalan aku di malam hari. Ketika menanti mimpi menari.