Ahad, 28 Jun 2009

Kinta






Aku baru saja selesai menonton sebuah filem gaduh-gaduh buatan Malaysia iaitu Kinta. Filem tu sebenarnya dah lama keluar di pawagam. Tapi aku tunggu keluar dvd nya baru aku nak tonton. Aku merupakan seorang yang tidak gemar menonton filem di pawagam. Aku tak suka tonton filem ramai-ramai, aku rasa serabut. Habeh-habeh koman, tak lebih dari lima orang jer had yang ditetapkan ke atas diri aku sendiri untuk menonton filem.


Aku menonton filem bukan sekadar hiburan semata-mata, aku menonton dengan fikiran yang kritis dan menghayati dari segenap aspek persembahan sesebuah filem itu. Bukan kerana pelakon yang kacak dan cantik semata-mata, aku menghayati filem dari sudut pengarahannya, sinemotografinya, kualiti bunyi, props, plot, kajian subjek yang diketengahkan oleh filem itu, muzik runut, aargh dan berbagai lagi argh!.



Fikiran aku agak terganggu dan kurang penghayatan untuk aku menikmati sesebuah filem itu bila tonton ramai-ramai. Seingat aku, hanya sekali saja dalam seumur hidup aku pergi ke pawagam pada tahun 90an. Aku pi ngan pak aku. Kami tonton filem Malcolm X yang dilakonkan oleh seorang pelakon reputasi tinggi di Hollywood, Denzel Washington. Sapa tak kenal Denzel! Sekarang ni aku dok tunggu filemnya yang terbaru, tak silap aku tajuknya, The Taking of Pelham 123. Dalam filem ini dia akan bergandingan dengan sorang lagi pelakon macho Hollywood, John Travolta (Broken Arrow). Aku dah tengok trailer dia, cam bagus jer… Tapi,bila aku selidik lebih lanjut tentang filem tersebut dan apa yang dipaparkan oleh trailer tu,ceritanya nak macam sebuah filem aksi Korea, The Tube. Kebetulan atau memang kitar semula?





Melalut jauh dah ni, berbalik kepada Kinta, bagi aku ini adalah antara filem Malaysia yang agak bagus, kerana apa? Kerana aku dah muak dengan filem-filem Malaysia (Melayu) dewasa ini yang tiada langsung membangkitkan semangat aku untuk menyokong industri perfileman Malaysia. Balik-balik cintan-cintun, menangis sana-menangis sini, kecewa sana-sini, runtuh akhlak, rempit, bohsia, komedi bodoh. Tu tak kira lagi penggunaan bahasa Melayu yang tak sempurna (cakap rojak), kononnya moden, elitis, korporat, bijak, aargh pi mampos!! Kadang-kadang aku berasa malu apabila mengenangkan warga-warga negara luar yang menonton filem-filem Melayu kita. Hanya segelintir saja filem-filem Melayu yang bagus macam, Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Puteri Gunung Ledang. Tu pun banyak-banyak tahun, satu yang diterbitkan.


Selain dari Puteri Gunung Ledang, Kinta lah bagi aku merupakan filem Malaysia yang mempunyai teknik sinemotografi yang penuh berseni. Kadang-kadang terasa macam menonton iklan kat TV, tapi aku suka lah. Selain itu, Kinta juga dapat mengurangkan sedikit kedahagaan aku untuk menonton filem aksi mempertahankan diri buatan Malaysia. Walaupun tema penceritaannya berkenaan dengan kehidupan masyarakat pelombong cina di Malaysia, aku layan saja!! Nak harap penerbit-penerbit filem Melayu menghasilkan filem-filem aksi seni mempertahankan diri masyarakat Melayu, aku rasa tunggu musang berjanggut la kot. Tak pun kucing bertanduk atau bulan jatuh ke riba.


Dengar kata Raja Mukhriz nak hasilkan sebuah filem yang akan mengangkat martabat silat Melayu, kalau tak silap nama filem tersebut Ransan. Aku dok ikuti jugaklah perkembangan mengenai filem tersebut. Makin lama- makin suram jer cerita dia. Hari tu dengaq kata sapa tah nak hasilkan filem Bunian: Mahkota Raja Helang, tup-tap-tup-tap, tak jadi plak!! Yang terbaru pulak aku dapat tau ada mamat nak hasilkan filem Empayar: Dendam Taming Sari. Jangan berhenti sekerat jalan sudah. Pastu kalau jadi plak, jangan dok tumpu kat cinta semata-mata, macam PGL, adegan pertarungannya sikit sangat. Yang aku suka tegok waktu M.Nasir belasah dengan mamat-mamat kuang hajaq kat pasar, tu jer yang aku suka. Tapi nak buat camana, dah tema cerita tu pun pasal cinta. Waargh!! Bosan aku!

Ni ada lagi, usahasama diantara produksi Malaysia dan Rusia nak hasilkan sebuah filem aksi yang diberi nama, Mantera (Manusia+ Jentera). Aku harap-harap jadi lah. Yang aku sedih sikit, heronya Tomok.

Berbalik kepada Kinta, aku agak bangga apabila ada mamat-mamat di Hong Kong yang meminta untuk menayangkan filem tersebut di sana. Nasib baiklah depa minta tayang Kinta, bukan Cicakman. Keseluruhannya, walaupun dikatakan sebuah filem mempertahankan diri, tetapi adegan pertarungannya agak kurang dan banyak sangat imbas kembali. Tapi aksi pertarungannya memang boleh tahan, terutama pertarungan akhir antara Tiger dengan sapa tah mamat tu, aku lupa plak nama dia. Memang mantap!! Kalau dipanjangkan lagi aksi pertarungan itu, mesti best banget!! Grafik mulanya pun cun.

Walaubagaimanapun, filem itu masih banyak kelemahan, terutama dari segi kesan khas. Kesan darah memancut tu tak menjadi langsung. Aku rasa kalau ditiadakan mesti lagi ngam. Satu lagi susun atur penceritaannya yang agak colang-caling, aku tengok dua kali baru lebih faham apa yang cuba ingin disampaikan filem tersebut. Selebihnya memang mantap. Permainan cahaya yang mempesonakan dan shot-shot penggambaran yang penuh dengan seni-seni fotografi. Memang aku suka yang itu. HAAA!! lagi satu, kualiti lakonan para watak-watak utama cerita tu agak kurang memberansangkan, dan aku rasa mereka boleh mempertingkatkan lagi kualiti tersebut. Tak mengapa, kita beri mereka sedikit ruang kerana pada asalnya mereka bukan pelakon, tetapi pakar-pakar Wushu dan Tai Chi sebenar.






Mikhail



Mikhail merupakan salah seorang pembunuh hasilan projek khas konspirasi satu pertubuhan rahsia antarabangsa (Freemason?) yang telah lama wujud di dunia ini. Dia melaksanakan tugas-tugas khas bagi menjaga kepentingan pertubuhan tersebut setelah mereka di cuci otak. Mikhail pada asalnya seorang pemuda Melayu bernama Mahmud yang telah dijual oleh abangnya sendiri Tahir kepada seorang lelaki Inggeris yang dipanggil Tuan Sadon. Kemudian telah dididik menjadi seorang pembunuh yang cekap lagi merbahaya.


Keseluruhannya, novel ini agak kurang meninggalkan kesan kepada aku berbanding sebuah lagi novel Ramlee yang mempunyai konsep cerita yang lebih kurang sama, iaitu Hatiku Di Harajuku. Bagi aku, Hatiku Di Harajuku lebih meninggalkan kesan. Aku tak taulah sebab apa, aku rasa Mikhail ni macam agak hambar persembahannya. Gaya bahasa seperti seperti yang kita semua jangkakan,memang gaya Ramlee. Bagi aku gaya dia memang dah bagus, cuma dari sudut pengolahan cerita dan perencah-perencahnya rasanya boleh diperbaiki lagi.


Tapi! aku suka akan adegan serbuan Mikhail ke atas kapal Cruise yang menyusuri Sungai Nil di Kaherah Mesir untuk membunuh Mr Sundram. Walaupun adegan tu pendek jer, tapi aku rasa mantap lah.


Nak kata novel ini kurang bagus, tak lah. Bagi aku masih lagi berbaloi aku melabur RM 19.90 untuk memilikinya. Cuma aku rasa ia boleh dipertingkatkan lagi tahap kualiti penceritaannya.


Apa-apa hal pun, teruskan berkarya saudara Ramlee Awang Murshid. 9 Nyawa ku hitung harinya!



Ahad, 14 Jun 2009

BLADE OF THE IMMORTAL









Aku baru saja habeh melayan 13 episod anime Blade of The Immortal yang diadaptasi dari manga Hiroaki Samura dengan judul yang sama. Ia mengisahkan seorang pemedang yang bernama Manji juga digelar sebagai Pembunuh Seratus Orang yang berazam untuk membunuh 1000 manusia jahat bagi menebus dosa-dosa silamnya. Tubuh Manji mempunyai keistimewaan di mana terdapat sejenis cacing kessen-chu yang hidup didalam tubuhnya. Kessen-Chu berupaya menyembuhkan luka-luka dan kecederaan yang dialami Manji dalam tempoh yang sangat pantas walaupun kecederaan itu amat parah! Alaa.. macam Wolverine laa.. Di dalam mencapai azamnya itu, dia membantu seorang gadis yang bernama Rin memburu ahli-ahli kumpulan Itto-Ryu yang telah membunuh keluarganya disebabkan dendam silam.





Keseluruhannya, aku tidak beberapa puas hati dengan kualiti animasi yang ditonjolkan. Dari pergerakan watak sehingga ke aksi pertarungan. Aku tak tau lah macam mana nak cakap, tapi aku rasa kualitinya boleh dipertingkatkan lagi. Aku bandingkannnya dengan kualiti anime Basilisk atau Samurai Champloo, Blade of The Immortal agak terkebelakang kualitinya. Perkara ini juga telah menjejaskan reputasi tinggi manganya yang dilabelkan sebagai karya mesti dibaca oleh majalah Times, kalau tak silap aku la.




Bila aku selidik dengan lebih mendalam, rupa-rupanya anime ini dihasilkan oleh studio Bee Train yang terkenal dengan siri anime .hack dan Tsubasa Reservoir Chronicle. Kedua-dua anime itu bercorak fantasi dan bukan samurai. Aku rasa tanggungjawab untuk menghasilkan anime BOTI patutnya diserahkan kepada studio Madhouse ataupun Gonzo Digimation, mesti lebih gempak!! Reputasi Madhouse memang telah terbukti dengan anime Devil May Cry dan juga siri anime samurai yang terkenal, Ninja Scroll. Begitu juga dengan Gonzo yang telah memancung para peminat anime dengan Basilisk, Samurai Champloo dan Afro Samurai.






MALANG!!

Malang! Itu yang boleh aku definisikan kepada nasibku sendiri apabila menerima keputusan final exam baru-baru ni. Malang sekali. Malang! Malang! Malang! Warghfasdkalnwaaanrgheqwwakmndlfna!!!!!


Sakit hati betul aku! Nasib baik satu subjek saja aku yang gagal dan aku tahu apa punca kegagalan itu. AKU TAHU, AKU TAHU, DAN AKU TAHU!!!! Wargaha waaarhghfaaffgrwaarGhFF!!!!


Aku tak pernah gagal walau satu subjek pun sebelum ni dan aku tak kisah kalau kegagalan itu berpunca 100% dari aku sendiri, tapi ia menyakitkan hati bila kegagalan itu berpunca di atas orang lain dan aku nampak dengan jelas sekali! GRRgargfffsfrwaargfagr!


Astaghfirullah al azimm…… (Sebut dalam nada arab). Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Pengalaman ini mengajar aku agar lebih berhati-hati, diulangi, LEBIH BERHATI-HATI dalam memilih ahli kumpulan.

Khamis, 11 Jun 2009

ATB - FUTURE MEMORIES



WAAARGHFAARGHAAG!!!


DJ no 1 aku sudah melancarkan album terbaru pada bulan lahir aku. Tajuk album terbaru dj Jerman ini ialah Future Memories. Aku dah dengaq sebahagian dari 26 lagu yang terkandung dalam album itu. Album ini ada dua cd, menurut kata atb, dalam album kali ini, dia kembali kepada penggunaan teknik synthesizer yang lebih dominan berbanding dengan albumnya yang lepas, Trilogy. Dalam album Trilogy, dia banyak bereksperimetasi dengan percussion.


WAArghgh!

Aku tak kisahlah hang nak guna teknik apa pun, sebab setiap trance sentuhan hang memang betul-betul MEMUKAU telinga dan segala neuron-neuron otak aku, membuatkan aku betul-betul terbang. Di antara trance yang betul-betul meribut dalam Future Memories ialah What About Us. Walau pun rancak habis lagu tu tapi rentak atb itu masih dapat dirasai. Memang aku dapat rasa bezanya kerancakan trance atb dengan lain-lain dj, terutama sekali tiesto dan Armin Van Buuren.

















Sebut pasal Armin Van Buuren, album terbarunya yang aku dah dapat adalah Imagine. tapi aku taktau la tu album tu lama atau baru. Nak kena surf internet la nak pastikan. Diantara track yang aku suka In and Out of Love. Dalam lagu ni, DJ Belanda ni bergandingan dengan Sharon Den Adel, vokalis kumpulan symphonic metal Within Temptation. Memang gempak habis gandingan mereka berdua, dengan suara gemersik Sharon di adun dengan trance Armin yang unik dan segar, memang layan.




Sharon Den Adel terkenal dengan kemampuannya bernyanyi dengan dua jenis vokal. Satu suara lunak, gemersik, dan bersifat klasikal, nak macam suara Enya. Satu lagi suara garang dan penuh bertenaga seperti Amy Lee. Maksud aku, bukanlah suara mereka sama. tapi jenis suara tu. Itu lah yang menyebabbkan Sharon menjadi satu fenomena di Eropah. Dalam lagu In and Out Of Love, dia menggunakan suara yang halus dan gemersik bagi disesuaikan dengan jenis trance yang dimainkan Armin.