From Paris With Sampah. Itulah yang dismskan oleh adik aku setelah menonton buah tangan terbaru dari pengarah Pierre Morel dan penerbit filem-filem aksi yang terkenal Luc Besson.
"Takdak apa!" Aku membalas kembali.
"Kosong! Kesian si botak tu!" Dia membalas kembali. Yang dimaksudkannya adalah John Travolta. Maksudnya kesian John Travolta kerana berlakon dalam sebuah filem yang hampeh! Memburukkan reputasinya.
Seusai sudah menonton filem ini secara percuma, tiada apa yang boleh aku katakan melainkan sebuah filem yang buruk, sangat buruk. Sama buruk dengan The Hurt Locker, The Siege dan filem-filem yang sewaktu dengannya. Sebuah filem yang dihasilkan secara tergesa-gesa untuk menghina Islam. Tiada yang lain aku nampak selain untuk menghina Islam semata-mata. Sengaja dihasilkan untuk memarakkan lagi api Islamophobia yang sedang panas melanda Eropah lebih-lebih lagi Amerika, Perancis, Sweden dan Denmark.
Ringkasnya filem ini mengisahkan ............ err.. sila baca sinopsis yang aku tiru dan tampal ini. Malas nak tulis.
A personal aide to U.S. Ambassador in France, James Reece (Jonathan Rhys Meyers) has an enviable life in Paris and a beautiful French girlfriend, but his real passion is his side job as a low-level operative for the CIA. All James wants is to become a bona fide agent and see some real action. So when he's offered his first senior-level assignment, he can't believe his good luck until he meets his new partner, special agent Charlie Wax (John Travolta) - a trigger-happy, wisecracking, loose cannon who's been sent to Paris to stop a terrorist attack. Wax leads James on a white-knuckle shooting spree through the Parisian underworld that has James praying for his desk job. But when James discovers he's a target of the same crime ring they're trying to bust, he realizes there's no turning back...and that Wax himself might be his only hope for making it through the next forty-eight hours alive.
Mari kita lihat dari sudut apa filem ini dikatakan menghina Islam.
Filem ini banyak memaparkan sisi-sisi negatif para pendatang asing Perancis dan ianya sengaja ditonjolkan begitu. Umumnya tahu bahawa kebanyakkan pendatang-pendatang Perancis adalah orang-orang Islam. Kebanyakkannya datang dari Czech, Algeria, dan Turki. habis semuanya mereka tampilkan sebagai penjahat sama seperti dalam Taken. Wanita Pakistan yang ditembak mati di meja makan oleh John Travolta, lelaki Arab yang memakai jubah yang membiarkan kekasihnya mendekati Jonathan Rhys untuk mengorek maklumat rahsia. Kemudian sebuah apartmen yang kononnya menjadi sarang segala jenayah yang dihuni oleh para pendatang termasuk wanita Pakistan itu.
Di apartment itu juga John Travolta berzina dengan wanita Pakistan itu dalam tandas. Ya! Satu penghinaan terhadap wanita Pakistan. Pakistan sebuah negara yang sinonim dengan Islam, dengan memaparkan adegan zina itu juga sudah menunjukkan ia menghina wanita Islam secara keseluruhan. Kononnya wanita Islam yang terlibat dengan aktiviti jihad ini adalah sundal! Murah dan sanggup melacurkan diri demi jihad! Jihad yang sengaja disalah tafsir oleh orang-orang kafir.
Filem ini juga membawa mesej Jihad boleh dicapai dengan pelbagai cara walaupun cara itu sebenarnya dilarang oleh Islam. Contohnya wanita Perancis yang memeluk Islam itu sanggup mendekati Jonathan Ryhs dan bermesra-mesra dengan bukan mahramnya itu demi mengorek maklumat sulit untuk tujuan serangan pengeboman berani mati yang akan dilakukan oleh kekasih Arabnya dan dirinya sendiri.
Kemuncaknya ialah adegan Jonathan Ryhs Meyers menembak ke arah bekas kekasih wanita Perancisnya selepas gagal memujuknya supaya menyerah diri dari melakukan pengeboman berani mati di satu persidangan. Wanita itu ditembak dalam keadaan berjubah dan bertudung. Dia mengenakan pakaian tersebut bagi melindungi bom yang diikat pada tubuhnya. Mari kita analisis babak ini.
Pertama sekali yang mesej tersembunyi yang aku dapat dari babak ini ialah. Pihak berkuasa Perancis mesti mengetatkan undang-undang pengharaman tudung dan segala identiti yang menunjukkan nilai-nilai Islam. Kerana dengan pakaian itu wanita muslimah boleh menyembunyikan bom pada tubuh mereka dengan pakaian mereka yang longgar dan bertudung itu.
Kedua, cuba anda bayangkan adegan ini, seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah wanita muslimah yang lengkap berjubah dan bertudung. Adegan ini membawa maksud supaya keganasan terhadap wanita muslimah yang lengkap bertudung adalah perlu dilakukan. Ia menggalakkan lagi mereka-mereka yang begitu benci dan fobia terhadap Islam untuk bertindak lebih ganas terhadap muslimah-musilmah yang memakai tudung dan kalau boleh menembak saja mereka jika terjumpa mana-mana wanita muslimah yang bertudung!
Adegan ini sengaja diwujudkan untuk menunjukkan kebencian mereka terhadap Islam. Ingat kes Marwa El Sherbini di Jerman? Seorang wanita muslimah yang sedang hamil 3 bulan ditikam oleh seorang lelaki warga Jerman berketurunan Russia bernama Alexander W dan Marwa ditikam sebanyak 18 kali!! Manakala reaksi lambat pihak pemerintah Jerman dan media telah memburukkan lagi kes ini (memang sengaja dilambatkan kerana kesalahan terletak diatas bahu orang Eropah. Bagaimana kalau situasinya terbalik?). Dan mungkin juga filem ini seperti mahu menjustifikasikan tindakan Alexander itu, tetapi yang pastinya filem ini melahirkan lebih ramai lagi Alexander W.
Baik, mari kita tolak idea anti-Islam yang terdapat di dalam filem ini dan kita nilai ia dari piawai filem-filem arus perdana. Masih juga tiada apa-apa yang boleh diambil atau yang boleh diberi penilaian. Banyak persoalan tak terjawab. Aku rasa plotnya longgar. Bagaimana perempuan Perancis yang dilatih untuk menjadi pengebom berani mati dan perisik itu dengan mudah meninggalkan lakaran jubah dan tudung untuk digunakan ketika menyeludup masuk ke persidangan itu sehingga ia berjaya dijumpai oleh Jonathan secara tak sengaja? Jika seorang perisik itu menjalankan tugasnya, semestinya dia akan mengahpuskan segala bukti atau tanda-tanda yang boleh mengagalkan plannya. Apatah lagi dia menjalin hubungan dengan seorang pembantu di kedutaan US di Perancis yang juga seorang perisik. Senang-senang saja dia meninggalkan bukti-bukti yang boleh menyebabkan beliau disyaki. Tak logik!
Keduanya, bagaimana Jonathan boleh bercinta dengan perempuan itu tanpa menyelidiki latar belakang perempuan tersebut. Ketika dia disoal oleh John Travolta mengenai latar belakang perempuan tersbut dia tidak mengetahui apa-apa langsung, konon-kononnya pada waktu itulah dia baru tersedar mengenai kesalahannya, chis!. Bagi seorang perisik itu adalah satu sikap yang tak logik, kerana tidak menyiasat LANGSUNG mengenai latar belakang perempuan itu yang datang entah datang dari mana terus saja bercinta dengannya. Macam bodoh!!
Kedua ialah babak John Travolta ketika mengejar kereta pemuda Arab yang ingin melakukan pengeboman kereta ke arah konvoi pegawai US ke Perancis, kalau tak silap. Tiba-tiba saja ada pelancar roket dalam kereta yang dinaikinya. Peh, macam tak logik langsung! Maka ditembaklah kereta pemuda Arab itu dengan pelancar roket, nampak seperti AT4. Dan banyak lagilah persoalan-persoalan tak terjawab.
Kenapa hal-hal ini terjadi. Berlainan benar dengan filem Taken yang juga diterbit dan di arah oleh orang yang sama. Taken juga memaparkan idea yang serupa dengan From Paris With Sampah, iaitu menghina para pendatang, tetapi ia tidak menyerang secara terus seperti FPWS ni. Kita masih nampak dengan jelas apakah jalan cerita sebenarnya. Apa yang menyebabkan sesuatu perisitwa itu terkait diantara satu sama lain setiap kali ketika Liam Neeson cuba menyelamatkan anaknya yang diculik oleh penjenayah yang terdiri dari para pendatang. Jika ditolak idea anti-pendatang itu, Taken lebih berkualiti dari From Paris With Sampah.
Aku berpendapat, banyak persoalan tidak terjawab di dalam FPWS ini adalah kerana para penghasilnya (penerbit, penulis, pengarah) terlalu menumpukan subjek bagaimana untuk menerapkan idea menghina atau memperlekehkan Islam didalam filem ini sehingga ia mengabaikan kualiti sebenar sesebuah filem (atau mereka tak ambil kisah pun asalkan matlamat mereka tercapai).
Filem ini juga memang sengaja dihasilkan untuk memaksa pemerintah Perancis supaya bertindak lebih tegas dalam mengawal perkembangan umat Islam dan pendatang asing di Perancis dalam segenap sudut dan kalau boleh menghalau terus mereka keluar dari bumi Perancis. Filem ini juga sengaja dihasilkan bagi menaik kemarahan umat Islam, khususnya di Perancis, kerana apa? Kerana jika umat Islam bangkit dan marah, mereka mula menuduh umat Islam di Perancis mula naik kepala, tak kenang budi, perkauman dan sebagainya dan ini akan memberi nilai tambah kepada golongan Islamophobia untuk menyerang balas dan bertindak lebih jauh dengan sokongan pihak berkuasa sendiri yang anti-Islam. Perkara ini senada dengan apa yang berlaku di Belanda dan Sweden cuma saluran pencetus provokasinya berlainan, ada yang guna akhbar dan juga filem. Amerika tidak usah diperbincangkan, itu memang kita sedia maklum.
Kenapa kebelakangan ini banyak sangat provokasi-provokasi yang berterusan dari orang-orang barat? Terutamanya dalam bentuk perfileman dan akhbar. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengacah umat Islam sehingga kita sudah tidak tertahan lagi dengan penghinaan-penghinaan itu sehingga kita mengangkat senjata. Pada ketika itulah mereka akan membantai kita habis-habisan atas alasan mahu mempertahankan diri. Ya, sama alasan yang selalu digunakan oleh rejim Zionist. Kes ini semakin lama semakin kerap, lebih-lebih lagi bermula pada ketika kontroversi filem Fitna Geert Wilders. Adakah ini SALAH SATU CARA untuk mencetuskan huru-hara besar akhir zaman menjelang 2012? Perang dunia ketiga?
Dan yang bestnya, tiada pula umat Islam (Malaysia khususnya) yang membuat bantahan besar-besaran terhadap filem ini From Paris With Sampah ini berbanding kontroversi yang dicetukan filem Fitna Geert Wilders. Aku sebagai umat Islam cukup terasa dan tersinggung dan marah dengan filem ini. Kerajaan kita pula dengan selamba meluluskan tayangannya. Malah iklan gambar besar-besar di dada-dada akhbar arus perdana yang berbahasa Melayu khususnya.
Teringat dalam salah satu ceramah oleh Presiden Teras Pengupayaan Melayu tak lama dulu, Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid. Dia pernah mendedahkan di antara kandungan perbincangan FTA Rafidah dengan wakil Amerika ialah, Malaysia mesti meluluskan tayangan filem-filem Amerika untuk ditayangkan di Malaysia dan stesen-stesen TV tempatan dan rancangan-rancangan terbitan Amerika (filem, drama, rencana dll) mesti menguasai sebanyak 80% tayangan di stesen tv tempatan, dan semuanya tanpa tapisan! Kalau saya tak silap dengar pada malam itu. Perkara ini sangat ditegaskan oleh wakil-wakil perunding FTA Amerika. Cuba anda lakukan sendiri statistik kandungan rancangan tempatan dan amerika dan barat yang disiarkan oleh stesen TV kita. Dan anda cuba kaji bentuk apakah kandungan filem-filem terbitan barat yang selalu disiarkan di stesen TV kita, sama ada bercorak budaya, atau pengetahuan atau penggalak hedonisme. Kalau boleh sila hantar kepada saya statisk tersebut untuk memberi nilai tambah kepada pengetahuan saya kerana TV sudah diharamkan di dalam rumah saya lebih kurang 11 tahun lepas oleh bapa saya. TV yang ada sekarang adalah khusus untuk saya melanyak PS2.
Walaupun FTA dengan Amerika masih lagi di peringkat perundingan dan masih lagi tidak terlaksana dengan rasminya, tetapi seperti sudah nampak kesan-kesannya terutamanya dari segi penjajahan nilai-nilai budaya dan akhlak seperti pempopularan aktiviti pasukan sorak yang cukup bertentangan dengan nilai-nilai Islam, malah kalau tak Islam pun nilai-nilai timur pun tak ada aktiviti yang suruh perempuan terlompat sana- terlompat sini, terkangkang sana-terkangkang sini dengan pakai skirt pendek dan baju ketat, ditonton pula oleh kaum lelaki ramai-ramai. Apa ni?! Tarian Zapin dan Inang pun tak macam tu. Siap dipopularkan lagi dengan penerbitan drama bertujuan untuk menggalakkan lagi muslimah Malaysia terbabit dengan budaya bertentangan ini, Lima Oren? Lima Jingga? Silat, permainan gasing taknak pulak dipopularkan!
Jangan dikira pula dari segi ekonomi, liberalisasi ekonomi, pembubaran MeCD, kes APCO Worldwide lagi. Adakah FTA sudah dilaksanakan secara bawah tanah dengan bantuan ahli-ahli Freemason dan Illuminati di kalangan orang-orang berpengaruh di dalam negara kita. Saya tak tahu. Anda boleh kaji sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan