Isnin, 15 Mac 2010

Mujahidin: Kamilah Yang Memberantas Narkoba Di Afghanistan




Senin, 15/03/2010 16:54 WIB



Siapa bilang kaum Mujahidin Taliban yang mengedarkan narkoba di Afghanistan? Yang ada kenyataannya, kaum Mujahidinlah yang selama ini giat memberantas penyebaran narkoba. Hal ini ditegaskan oleh Khaled Abdullah Qaziz, salah satu juru bicara Mujahidin.
Bahkan baru-baru ini sebuah peristiwa unik terjadi. Qaziz mengatakan saat itu pihak berwenang Afghanistan sedang mengejar beberapa kendaraan yang dicurigai dan meminta para sopirnya untuk berhenti. "Sopir-sopir itu tidak berhenti. Pasukan kami kemudian mengikuti kendaraan mereka dan menangkap para sopir. Mereka membawa 73,3 kilogram ganja," katanya.



Qaziz mengatakan pasukan Mujahidin juga kerap menggagalkan upaya penyelundupan narkoba di Bani Malik. "Setelah melalui proses pemeriksaan kendaraan, petugas kami menemukan hal tersebut dengan membawa sembilan kilograms ganja," katanya.
"Kami menangkap semua kendaraan mencurigakan dan menyerahkan mereka kepada polisi keamanan untuk diselidiki," kata Qaziz. (sa/arabnews)
eramuslim.com


_________________________________________________________________________


Biasalah, hidup dalam perjuangan ini penuh dengan fitnah dan ujian. Pada ketika permulaan penjajahan Amerika ke atas Afghsnistan, ada satu artikel yang diterbitkan di US sendiri dan artikel itu mengatakan pada masa pemerintahan Taliban, jumlah penghasilan dan pengedaran dadah berkurangan dengan mendadak sebanyak 90%. Keadaan sebaliknya berlaku apabila beberapa kawasan telah jatuh ke tangan Perikatan Utara yang telah bersekongkol dengan Amerika bagi menjatuhkan Taliban, kumpulan Rashid Dostum yang ganas itu. Kalau bagi mereka yang peka, mesti akan menyedari sesuatu apabila membaca berita mengenai Taliban di dada-dada akhbar, sama ada tempatan atau antarabangsa. Jika disebut Taliban atau mujahidin Afghan, selalunya mesti dikaitkan dengan dadah, Taliban dapat dana dari penjualan dadah, Taliban meluaskan penanaman popi. Fitnah semua itu.

Dalam banyak-banyak berita, Al Jazeera lah yang boleh dipercayai sikit. AL Jazeera pernah membuat satu laporan mengenai salah satu aktiviti ekonomi Taliban di sempadan Pakistan. Iaitu Taliban menyediakan khidmat pengawal keselamatan bagi kenderaan-kenderaan atau konvoi-konvoi perdagangan di sempadan dari serangan perompak-perompak di kawasan pergunungan dan yang berisiko. Tapi mereka akan menolak tawaran bagi mereka yang mengedar dadah.

Ni aku bagi satu link sebuah artikel tentang pembanterasan dadah yang dilakukan oleh Taliban. Tetapi sila baca dengan pemikiran analitikal. http://tniclone.test.koumbit.net/archives/archives_jelsma_taliban

Tiada ulasan:

Catat Ulasan