Isnin, 8 Mac 2010

Operasi mencari mangsa gempa di Turki dihentikan

08/03/2010 7:38pm

ANKARA 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat di perkampungan pedalaman di timur Turki dihentikan, lapan jam selepas gempa bumi kuat melanda wilayah itu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 57 nyawa.

"Berdasarkan maklumat yang kami terima, tiada lagi mangsa di bawah runtuhan. Kerjap-kerja telah dihentikan," kata pegawai dari bahagian krisis di pejabat kerajaan di wilayah Elazig, kepada AFP menerusi telefon.

Gabenor wilayah Muammer Erol juga berkata bahawa "tiada sesiapa lagi di bawah runtuhan," katanya seperti dilaporkan agensi berita Anatolia. - AFP

________________________________________________________________________

Adakah disebabkan HAARP? Banyak juga khabar-khabar yang ditiup angin mengatakan gempa di Chile baru-baru ini juga disebabkan oleh HAARP. Adakah angkara The Hidden Hand?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan