Sabtu, 3 April 2010

Merantau




Sebuah filem aksi Indonesia dengan menjadikan Silat Harimau sebagai subjek utama. Mengisahkan Yuda (Iko Uwais) yang datang dari suku Minangkabau merantau ke kota Jakarta bagi mencari pengalaman dan membuka sekolah silat. Ringkasan selanjutnya sila baca maklumat yang aku tiru dan tampal dari imdb .....

In Minangkabau, West Sumatera, Yuda a skilled practitioner of Silat Harimau is in the final preparations to begin his "Merantau" a century's old rites-of-passage to be carried out by the community's young men that will see him leave the comforts of his idyllic farming village and make a name for himself in the bustling city of Jakarta.

After a series of setbacks leave Yuda homeless and uncertain about his new future, a chance encounter results in him defending the orphaned Astri from becoming the latest victim of a European human trafficking ring led by the wildly psychotic, Ratger and his right-hand man Lars. With Ratger injured in the mêlée and seeking both his "merchandise" and bloody retribution, Yuda's introduction to this bustling city is a baptism of fire as he is forced to go on the run with Astri and her younger brother Adit as all the pimps and gangsters that inhabit the night hound the streets chasing their every step. With escape seemingly beyond their grasp, Yuda has no choice but to face his attackers in an adrenaline charged, jaw-dropping finale.

Keseluruhannya aku berpuas hati dengan filem ini dari segi kualiti gambar dan sudut-sudut penggambaran yang diambil, aksi gasak yang ditampilkan dan juga kualiti lakonan. Terutamanya Iko Uwais. Babak latihan silat Yuda di permulaan cerita saja sudah memukau mata dengan latar belakang yang cantik dan permainan kamera yang menjadi dan diindahkan lagi dengan bunga tari silat yang dipersembahkan Yuda. Paling mengujakan apabila menonton adegan pertarungan silat di dalam lift antara Yuda dan (sapa tah nama lelaki tu) yang juga seorang pesilat, tetapi sudah terpesong. Memang mantap dan nampak seperti betul! Mereka pandai memanipulasi ruang sempit di dalam lift untuk kelebihan diri masing-masing.

Satu lagi babak pertarungan yang hebat adalah antara Yuda dengan pasangan Ratger dan Luc pada pertarungan akhir. Waaaarghh...!! Layan..!! Aku menghayati babak-babak pertarungan itu dengan mengulang-main berkali-kali. Sama seperti babak pertarungan M. Nasir dengan manusia-manusia durjana di pasar dalam PGL. Tak bosan! Pada mulanya aku menganggap filem ini seperti ala-ala Ong-Bak ketika menonton trailernya, tetapi lain. Berbeza pengalamannya. Merantau mempunyai tarikan yang unik dan tersendiri.

Haii... bilalah Malaysia nak buat filem-filem silat sebegini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan