Aku baru saja selesai menonton sebuah filem gaduh-gaduh buatan Malaysia iaitu Kinta. Filem tu sebenarnya dah lama keluar di pawagam. Tapi aku tunggu keluar dvd nya baru aku nak tonton. Aku merupakan seorang yang tidak gemar menonton filem di pawagam. Aku tak suka tonton filem ramai-ramai, aku rasa serabut. Habeh-habeh koman, tak lebih dari lima orang jer had yang ditetapkan ke atas diri aku sendiri untuk menonton filem.
Aku menonton filem bukan sekadar hiburan semata-mata, aku menonton dengan fikiran yang kritis dan menghayati dari segenap aspek persembahan sesebuah filem itu. Bukan kerana pelakon yang kacak dan cantik semata-mata, aku menghayati filem dari sudut pengarahannya, sinemotografinya, kualiti bunyi, props, plot, kajian subjek yang diketengahkan oleh filem itu, muzik runut, aargh dan berbagai lagi argh!.
Fikiran aku agak terganggu dan kurang penghayatan untuk aku menikmati sesebuah filem itu bila tonton ramai-ramai. Seingat aku, hanya sekali saja dalam seumur hidup aku pergi ke pawagam pada tahun 90an. Aku pi ngan pak aku. Kami tonton filem Malcolm X yang dilakonkan oleh seorang pelakon reputasi tinggi di Hollywood, Denzel Washington. Sapa tak kenal Denzel! Sekarang ni aku dok tunggu filemnya yang terbaru, tak silap aku tajuknya, The Taking of Pelham 123. Dalam filem ini dia akan bergandingan dengan sorang lagi pelakon macho Hollywood, John Travolta (Broken Arrow). Aku dah tengok trailer dia, cam bagus jer… Tapi,bila aku selidik lebih lanjut tentang filem tersebut dan apa yang dipaparkan oleh trailer tu,ceritanya nak macam sebuah filem aksi Korea, The Tube. Kebetulan atau memang kitar semula?
Melalut jauh dah ni, berbalik kepada Kinta, bagi aku ini adalah antara filem Malaysia yang agak bagus, kerana apa? Kerana aku dah muak dengan filem-filem Malaysia (Melayu) dewasa ini yang tiada langsung membangkitkan semangat aku untuk menyokong industri perfileman Malaysia. Balik-balik cintan-cintun, menangis sana-menangis sini, kecewa sana-sini, runtuh akhlak, rempit, bohsia, komedi bodoh. Tu tak kira lagi penggunaan bahasa Melayu yang tak sempurna (cakap rojak), kononnya moden, elitis, korporat, bijak, aargh pi mampos!! Kadang-kadang aku berasa malu apabila mengenangkan warga-warga negara luar yang menonton filem-filem Melayu kita. Hanya segelintir saja filem-filem Melayu yang bagus macam, Bukit Kepong, Leftenan Adnan, Puteri Gunung Ledang. Tu pun banyak-banyak tahun, satu yang diterbitkan.
Selain dari Puteri Gunung Ledang, Kinta lah bagi aku merupakan filem Malaysia yang mempunyai teknik sinemotografi yang penuh berseni. Kadang-kadang terasa macam menonton iklan kat TV, tapi aku suka lah. Selain itu, Kinta juga dapat mengurangkan sedikit kedahagaan aku untuk menonton filem aksi mempertahankan diri buatan Malaysia. Walaupun tema penceritaannya berkenaan dengan kehidupan masyarakat pelombong cina di Malaysia, aku layan saja!! Nak harap penerbit-penerbit filem Melayu menghasilkan filem-filem aksi seni mempertahankan diri masyarakat Melayu, aku rasa tunggu musang berjanggut la kot. Tak pun kucing bertanduk atau bulan jatuh ke riba.
Dengar kata Raja Mukhriz nak hasilkan sebuah filem yang akan mengangkat martabat silat Melayu, kalau tak silap nama filem tersebut Ransan. Aku dok ikuti jugaklah perkembangan mengenai filem tersebut. Makin lama- makin suram jer cerita dia. Hari tu dengaq kata sapa tah nak hasilkan filem Bunian: Mahkota Raja Helang, tup-tap-tup-tap, tak jadi plak!! Yang terbaru pulak aku dapat tau ada mamat nak hasilkan filem Empayar: Dendam Taming Sari. Jangan berhenti sekerat jalan sudah. Pastu kalau jadi plak, jangan dok tumpu kat cinta semata-mata, macam PGL, adegan pertarungannya sikit sangat. Yang aku suka tegok waktu M.Nasir belasah dengan mamat-mamat kuang hajaq kat pasar, tu jer yang aku suka. Tapi nak buat camana, dah tema cerita tu pun pasal cinta. Waargh!! Bosan aku!
Ni ada lagi, usahasama diantara produksi Malaysia dan Rusia nak hasilkan sebuah filem aksi yang diberi nama, Mantera (Manusia+ Jentera). Aku harap-harap jadi lah. Yang aku sedih sikit, heronya Tomok.
Berbalik kepada Kinta, aku agak bangga apabila ada mamat-mamat di Hong Kong yang meminta untuk menayangkan filem tersebut di sana. Nasib baiklah depa minta tayang Kinta, bukan Cicakman. Keseluruhannya, walaupun dikatakan sebuah filem mempertahankan diri, tetapi adegan pertarungannya agak kurang dan banyak sangat imbas kembali. Tapi aksi pertarungannya memang boleh tahan, terutama pertarungan akhir antara Tiger dengan sapa tah mamat tu, aku lupa plak nama dia. Memang mantap!! Kalau dipanjangkan lagi aksi pertarungan itu, mesti best banget!! Grafik mulanya pun cun.
Walaubagaimanapun, filem itu masih banyak kelemahan, terutama dari segi kesan khas. Kesan darah memancut tu tak menjadi langsung. Aku rasa kalau ditiadakan mesti lagi ngam. Satu lagi susun atur penceritaannya yang agak colang-caling, aku tengok dua kali baru lebih faham apa yang cuba ingin disampaikan filem tersebut. Selebihnya memang mantap. Permainan cahaya yang mempesonakan dan shot-shot penggambaran yang penuh dengan seni-seni fotografi. Memang aku suka yang itu. HAAA!! lagi satu, kualiti lakonan para watak-watak utama cerita tu agak kurang memberansangkan, dan aku rasa mereka boleh mempertingkatkan lagi kualiti tersebut. Tak mengapa, kita beri mereka sedikit ruang kerana pada asalnya mereka bukan pelakon, tetapi pakar-pakar Wushu dan Tai Chi sebenar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan