Aku baru saja habeh melayan 13 episod anime Blade of The Immortal yang diadaptasi dari manga Hiroaki Samura dengan judul yang sama. Ia mengisahkan seorang pemedang yang bernama Manji juga digelar sebagai Pembunuh Seratus Orang yang berazam untuk membunuh 1000 manusia jahat bagi menebus dosa-dosa silamnya. Tubuh Manji mempunyai keistimewaan di mana terdapat sejenis cacing kessen-chu yang hidup didalam tubuhnya. Kessen-Chu berupaya menyembuhkan luka-luka dan kecederaan yang dialami Manji dalam tempoh yang sangat pantas walaupun kecederaan itu amat parah! Alaa.. macam Wolverine laa.. Di dalam mencapai azamnya itu, dia membantu seorang gadis yang bernama Rin memburu ahli-ahli kumpulan Itto-Ryu yang telah membunuh keluarganya disebabkan dendam silam.
Keseluruhannya, aku tidak beberapa puas hati dengan kualiti animasi yang ditonjolkan. Dari pergerakan watak sehingga ke aksi pertarungan. Aku tak tau lah macam mana nak cakap, tapi aku rasa kualitinya boleh dipertingkatkan lagi. Aku bandingkannnya dengan kualiti anime Basilisk atau Samurai Champloo, Blade of The Immortal agak terkebelakang kualitinya. Perkara ini juga telah menjejaskan reputasi tinggi manganya yang dilabelkan sebagai karya mesti dibaca oleh majalah Times, kalau tak silap aku la.
Bila aku selidik dengan lebih mendalam, rupa-rupanya anime ini dihasilkan oleh studio Bee Train yang terkenal dengan siri anime .hack dan Tsubasa Reservoir Chronicle. Kedua-dua anime itu bercorak fantasi dan bukan samurai. Aku rasa tanggungjawab untuk menghasilkan anime BOTI patutnya diserahkan kepada studio Madhouse ataupun Gonzo Digimation, mesti lebih gempak!! Reputasi Madhouse memang telah terbukti dengan anime Devil May Cry dan juga siri anime samurai yang terkenal, Ninja Scroll. Begitu juga dengan Gonzo yang telah memancung para peminat anime dengan Basilisk, Samurai Champloo dan Afro Samurai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan