Jumaat, 30 Disember 2011

ARGHH GILAA!!!


ARGHHH! Memang gila! Dia bukannya makhluk bumi! Mana mungkin makhluk bumi boleh lakukan ini pada usia yang dikira masih belum cukup umur,USIA 14 TAHUN deh?! Aku tak percaya. Siapakah makhluk yang aku ceritakan ini? Dia ialah Starlyte!

Starlyte? Starlight? atau Starlite? Ah pedulikan, Starlyte adalah nama glamournya dalam dunia Trance. Nama penuh Syasya Farzana Abdul Mu'en, berusia 14 tahun, tinggal di Kuala Lumpur Malaysia. Walaupun berusia 14 tahun, tetapi bakat mengadun muzik trancenya bagi aku sudah mencapai tahap profesional!! Aku tidak bercakap kosong kerana dua albumnya Starlyte-Astral Halo dan Starlyte - Echoes Of Tomorrow sudah aku sambar!! Yarghh!! Di antara album trance 4 bintang bagi aku kedua-dua album itu.


Satu lagi yang menarik ialah teknik trancenya. Memang lain dari yang lain, lebih progresif dan susun atur yang jauh berbeza berbanding susun atur lagu trance yang standard. Contohnya lagu trance yang standard dimulakan upbeat,emo-break, downbeat. Tetapi bagi Starlyte, dia lebih menggunakan stail disko, tempoh upbeatnya tidak lama. Tetapi tidak juga seprogresif disko! Ia tetap dream trance! Masih lagi berkrim. (Aku tak suka disko!). Satu lagi yang best ialah tempoh gorengannya lebih lama dari trance biasa. Puas rasanya!

Arghh!! Aku pon taktau nak cakap apa lagi kat dia. Hang ni makhluk apa sebenaqnya ni? Alat yang hang guna buat trance tu pun aku masih terkial-kial lagi nak guna.

Inilah makhluk yang disebut-sebut itu! Ini adalah gambaq potret dirinya sendiri. Jangan tanya aku mana gambaq betoi dia. Sebab aku pun tak pernah jumpa dia dan tengok dia secara berdepan.


Cuba layan lagu Emrys album Echoes Of Tomorrow. Memang lemak berkrim!!






Pastu cuba layan ni pulak!! Terbang woh!!


2 ulasan:

  1. oho~ ^^

    tu la kwn ak, taon ni dye dh masuk 17 dh.

    n btw, sye kwn rpt dye. :P

    BalasPadam
  2. Hoho.. Yo ko? Kirim salam sama dia! Apa projek terbarunya?

    Saya dah lawat laman deviant awak. Cantik lukisan awak. Tiada perancangan jangka panjang untuk mengembangkan bakat seni tu? RUgi woh! Boleh buat duit tu. Buatlah artbook ke. Kalau awak jual, memang terus saya beli!

    BalasPadam