Isnin, 12 Disember 2011

Detik Debar Sudah Ku Sambar!!





Yaargh!! Pada pukul 2.30 tengah hari tadi(rasanya). Aku telah menyambar secara tanpa sedar sebuah novel yang sudah sekian lama ku tunggu-tunggu untuknya menyerang pasaran selepas ia membuat kemunculan pertama yang cukup bombasstik tetapi kurang promosi, Meniti Maut 2 A.K.A Detik Debar!! Pada mulanya aku saja berjalan-jalan membuang masa di kompleks membeli-belah yang cukup hot pada masa ini, Kompleks PKNS. Kemudian hati tergerak untuk menjengah SACC Mall yang terletak bersebelahan dengannya. Lantas aku terus ke destinasi pertama yang selalu
menjadi sasaran pertama aku ketika menjejakan kaki dimana-mana kompleks beli-belah, kedai buku.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam mula membelek-belek buku yang ada, pada mulanya aku cari koleksi komik Twin X yang telah diterbutkan oleh PTS dan sebuah isu baru Twin X, tetapi hampa. Kemudian aku mula membelek-belek kawasan novel-novel Melayu, argh..!! Cerita jiwang saja semua. Tiba-tiba di sebalik novel-novel jiwang aku ternampak satu tajuk yang sangat aku biasa lihat, Detik Debar? Lantas aku teringat blog Encik Eyman, apabila aku ternampak perkataan Eyman Hykal dibawahnya, secara tiba-tiba satu perkara ajaib telah berlaku!! Aku mendapati diri ini telah berada di kaunter pembayaran dengan dua helai wang merah telah ku serah dengan ringannya kepada si juruwang! Bilakah perkara ini berlaku? Magik-magik!

pada ketika aku menaip entri ini, aku masih belum membuka bungkusan plastiknya lagi. Aku mahu menunggu satu masa yang sesuai untuk aku merasai Detik Debarnya!

7 ulasan:

  1. Torpedo ada di shah alam? Singgahlah ke FB saya. Tinggalkan msg. Nanti kita jmpa dan sembang2. Ok?

    BalasPadam
  2. Wah-wah!! Novelis feveret ajak aku jumpa. Ini mana boleh jadi! Mesti saya mahu jumpa Encik Eyman. Tapi saya takdak FB la Encik Eyman. Bagaimana mahu tinggal mesej?

    BalasPadam
  3. Saya ada blog dan email saja.

    BalasPadam
  4. Okay Encik Eyman. Insya Allah saya akan hubungi En. Eyman. Teruja ni, teruja!

    BalasPadam
  5. Torpedo... kalau saya tak angkat call, SMS, ya? Mana tau saya sedang menjalankan misi bersama Fariz Zafar! ;)

    BalasPadam