Rabu, 3 Februari 2010

9



Begitulah ringkasnya nama animasi arahan Shane Ackre dan terbitan Tim Burton yang terkenal dengan imaginasinya yang pelik. 9 merupakan salah satu dari patung kain yang dicipta oleh seorang saintis. Pada masa 9 sedar, dunia ini kononnya sudah tiada manusia akibat di sapu bersih oleh tentera robot.

Cerita mula menggelegak apabila 9 tanpa sengaja telah menghidupkan sebuah robot, dan robot itu bukanlah robot biasa. Ia berkemampuan untuk mencipta robot-robot lain bagi memburu 9 dan rakan-rakannya. Beberapa rakannya telah berjaya ditangkap, dan 9 kini bertekad untuk menyelamatkan rakan-rakannya kembali dan memusnahkan robot itu walaupun dihalang oleh ketua mereka, 1.


9 merupakan sebuah animasi yang sangat unik dan mendebarkan. Inilah salah satu animasi yang paling aku suka. Sebuah animasi yang sangat kreatif dan tak terfikir dek kepala otak aku. Animasinya gelap dan penuh aksi dan dalam masa yang sama cantik!! Seperti menonton filem-filem aksi Hollywood yang lain, Cuma heronya bukan manusia, tetapi patung kain. Di tambah lagi dengan skor muziknya yang dihasilkan oleh Danny Elfman yang telah menghasilkan skor muzik untuk Terminator Salvation, memang mencemaskan.

Tak banyak animasi-animasi orang putih yang aku suka. Boleh bilang dengan jari. Di antaranya adalah The Lion King, A Bugs Life, Ice Age (yang episod satu punya), The Incredibles, Up, dan Over The Hedge (Paling aku suka!!). Semua animasi ni aku tonton berulang-ulang kali, tak jemu! Paling meluat dan aku rasa nak bagi penendang ialah animasi Madagascar, banyak sangat propaganda halus dan unsur-unsur tak sihat!!

Berbalik kepada 9. 9 memang sebuah animasi yang luar dari arus perdana dunia animasi masa kini. Di samping itu aku tak rasa ianya sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana terdapat unsur-unsur yang rasanya boleh menakutkan dan mengerikan kanak-kanak. Kalau di US, 9 diklasifikasikan sebagai PG-13 (Parental Guide).


Walaubagaimanapun, bagi aku sebagai orang Islam, 9 tetap ada negatifnya. Ia menunjukkan unsur-unsur sihir atau sains gelap (dark science) dan unsur tahyul. Yalah.. mana tak tahyulnya kalau si saintis tu boleh pulak pindahkan rohnya ke atas patung ciptaannya itu. Merapu sungguh!!
Jadi aku ulangi, ia tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak mahupun bagi mereka yang belum akil baligh dan belum mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan