Selesai menghabiskan misi No Russian, membuatkan aku tiba-tiba berasa agak seram. Saat seram itu tiba sewaktu mengekori Makarov melakukan pembunuhan orang awam besar-besaran bersama-sama pasukannya di Zakhaev Airport di Russia. Aku bertindak sebagai PFC Allen aka Alexei Borodin, seorang anggota CIA yang menjadi perisik di dalam kumpulan Ultranationalist.
Di dalam misi ini, Makarov dan dan kawan-kawannya membunuh hampir semua orang awam di lobi lapangan terbang itu sebelum berhadapan dengan unit elit FSB Russia. Di akhir misi tersebut, PFC Allen mati dibunuh oleh Makarov kerana Makarov sudah tahu bahawa Allen merupakan perisik Amerika (yang sebenarnya dia juga mangsa dalam konspirasi Jeneral Shephard yang mengambil kesempatan di atas kegilaan Makarov). Dengan itu apabila pihak berkuasa Russia menyelidiki identiti Allen, maka mereka akan menyalahkan Amerika yang telah merancang pembunuhan besar-besaran ini. dan seterusnya bak kata Makarov “All of Russia will cry for war”.

Makarov
Di mana yang seram itu? Saat itu datang ketika menyaksikan pembunuhan beramai-ramai itu oleh Makarov dan konco-konconya lantas membuatkan aku terbayang-bayang peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat Islam di kem Sabra dan Shatila oleh Zionis dan Phalangist. Aku juga terbayang pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia Herzegovina oleh etnik Serbia. Terbayang juga pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Kemboja sewaktu rejim Khmer Rogue dan juga etnik Rohingnya di Myanmar. Cuba bayangkan, saat-saat itu mereka tiada kuasa, tiada senjata, terkepung dan diseksa dan ditembak begitu saja secara beramai-ramai oleh para syaitan-syaitan ini tanpa mengira wanita, kanak-kanak, orang tua, lelaki atau perempuan, semuanya dibantai sama rata. Memang kejam! Memang seram! Tak terfikir dek akal manusia yang normal. Hanya mereka yang bernafsu syaitan saja yang boleh melakukan perkara yang tersangat jahat dan kejam ini. Jadi gambarannya bolehlah diambil ketika menjalankan misi No Russian ini.
Misi ini boleh dilangkau bagi sesiapa yang tak sanggup melihatnya, dan tiada denda dikenakan. Sewaktu misi ini juga anda tidak dikenakan apa-apa jika tidak menembak orang awam itu kerana objektifnya hanyalah mengekori Makarov. Bagi Modern Warfare 2 versi Russia dan lain-lain negara CIS seperti Ukraine, misi ini dipotong. Kalau versi Jepun dan Jerman pula, misi akan gagal jika anda menembak orang awam. Misi ini juga merupakan salah satu misi paling kontroversial dan mencetuskan pelbagai perdebatan dalam dunia pergamingan masa kini.
Imran Zakhaev
Hmm.. ada satu lagi yang aku nak beritahu. Sebenarnya Makarov adalah pengikut Zakhaev yang telah mati dalam CoD:Modern Warfare. Kalau anda nak tahu, nama seorang menteri luar Chechnya ialah Akhmed Zakayev, seorang muslim. Zakhaev versi Modern Warfare digambarkan sebagai ganas dan merbahaya. Nampak tak di sini, mereka memberi gambaran kepada kita bahawa pengikut Zakhaev versi Modern Warfare ni ganas lagi kejam, dan tahi itu akan akan ditempekkan atau dilambangkan sebagai umat Islam Chechnya ini ganas lagi zalim. Walaupun Zakhaev versi Modern Warfare ni adalah seorang sekular dan ultranationalist dan tidak ada kena mengena dengan Akhmed Zakayev sehingga menamakan anaknya Viktor, pembina game ini masih juga meletakkan nama Imran dihadapannya menunjukkan dia ada keturunan Islam walaupun mereka kata Imran Zakhaev ini telah hilang pegangan Islamnya dan seorang sekular, tetapi ia masih tetap tidak membantu apa-apa dalam keadaan penyakit Islamophobia yang semakin marak sekarang ini. Nak buat bagaimana, mereka yang buat game ni. Main boleh, percaya jangan.

Akhmed Zakayev berambut putih sedang memimpin ayah Litvinenko ketika majlis pengebumian Litvinenko. Alexander Valterovich Litvinenko merupakan seorang bekas perisik KGB yang telah memeluk Islam dan sangat rapat hubungannya dengan Akhmed Zakayev. Beliau mati akibat diracun oleh mereka yang dipercayai orang-orang Vladimir Putin akibat pendedahannya mengenai penglibatan Putin dalam pembunuhan seorang wartawan yang bernama Anna Politkovskaya. Mungkin teknik yang sama digunakan oleh Mossad untuk membunuh seorang pemimpin Hamas, Mahmoud al Mabhouh yang merupakan seorang anggota penting Briged Izz al Dein al-Qassam di sebuah hotel di Dubai baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan