Ahad, 1 November 2009
The Taking of Pelham 123
Sebuah filem yang penuh dengan ketegangan dan aksi cemas. Memang gaya Tony Scott. Sesiapa yang sudah biasa dengan filem-filem Tony Scott akan dapat merasai gaya pengarahannya yang tersendiri. Kebanyakkan filem-filemnya tidak memerlukan aksi-aksi yang boombasstik untuk menarik perhatian penonton seperti filem-filem Michael Bay. Tetapi ia gemar menggunakan permainan plot dan dialog seperti filem-filemnya yang lepas seperti Crimson Tide, Enemy Of The State, Man On Fire, dll untuk menimbulkan perasaan cemas dalam diri penonton dan memastikan mereka tidak berganjak dari tempat duduk. Penonton bangun pun jika mahu ke bilik air atau bersolat.
Filem ini mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama Ryder (John Travolta) yang telah merampas sebuah keretapi bawah tanah yang dinamakan Pelham 123. Dia meminta wang tebusan yang bernilai besar sebagai tukar ganti kepada nyawa-nyawa yang berada di dalam tahanannya. Dia berurusan dengan pihak berkuasa melalui Walter Garber (Denzel Washington), seorang penyelaras sistem keretapi bawah tanah yang berada di unit kawalan induk.
John Travolta berjaya membawa watak Ryder yang kejam dan bijak dengan baik. Diseterukan pula dengan Denzel Washington yang sudah tidak perlu diperjelaskan lagi kehebatan lakonannya. Kedua-duanya memang sama hebat! Sudah jadi semacam satu trend dalam industri perfileman Hollywood masakini di mana peranan watak hitam dan putih di pegang oleh pelakon yang benar-benar berbeza warna kulit seperti Crimson Tide, The Negotiator, Enemy Of The State, Collateral, John Q, The Taking of Pelham 123 dan lain-lain lagi. Yang terbaru sekali Law Abiding Citizen, dibintangi oleh Gerard Butler (300) dan Jamie Foxx (Collateral). Aku sudah tengok trailer filem tersebut, boleh tahan kegemparannya!!
The Taking Of Pelham 123 sememangnya tidak mengecewakan aku! Debarannya memang dapat dirasai walaupun aksinya sederhana sahaja. Sebenarnya banyak lagi filem-filem debar (thriller) yang tidak mempunyai aksi-aksi boombasstik tetapi berjaya menepati maksud debar itu sendiri. Contoh yang bagus ialah Phonebooth (Kiefer Sutherland, Colin Farrell, Forest Whitaker) dan Liberty Stand Still (Linda Fiorentino, Wesley Snipes). Modal kedua-dua filem tersebut hanyalah seorang sniper dan si mangsa yang berada di pondok telefon yang terpaksa menurut arahan sniper tanpa banyak soal. Tiada aksi letup-letup, tiada kereta terbalik. tapi debaran yang dialami memang hebat. Ia hanya bermain dengan dialog yang penuh dengan muslihat psikologi sahaja. Begitu juga filem How To Rob A Bank (Nick Stahl, Erika Christensen). Hampir 90% filem ini hanya melibatkan dialog sahaja, tetapi dialog yang berkualiti.
Jadi apakah akan terjadi jika sebuah filem yang mempunyai skrip dan plot yang bagus dan bertenaga digabungkan dengan aksi-aksi yang boombasstik? Cicakman? Sifu dan Tongga? Rempit? Huh! langit dan bumi!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan