Khamis, 30 Julai 2009

Galaksi Muhsinin




Yaargh!! Aku baru saja selesai menjelajah dunia Galaksi Muhsinin karya Azrul Jaini. Novel ni sebenarnya dah lama menyerang kedai-kedai buku pada tahun lepas. Tapi aku tak berkesempatan nak beli. Baru-baru ni saja aku dapat beli menggunakan duit upah kerja katering pada cuti semester yang lepas ni. Aku beli tiga buah novel selain anime Rurouni Kenshin Full Episode (lebih kurang 90 lebih episod) dan dvd 12 Rounds lakonan John Cena dengan melaburkan duit upah itu. Tup-tap-tup-tap, duit aku terus susut. Huh? Laju betul wang ni mengalir.




Novel-novel yang aku beli ialah, Galaksi Muhsinin (Azrul Jaini), Lagenda Sebuah Cinta (Dr Idris Boi), dan Kudeta Klimaks karya Khairul Nizam Khairani. Yang aku dah selesai baca hanyalah Galaksi Muhsinin. Ya lah, dah mula kuliah, nak kena bahagi-bahagilah masa untuk membaca, dan buat benda-benda lain. Berhari-harilah jugak aku nak habiskan Galaksi Muhsinin.
Banyak benda yang aku nak kongsikan seusai sudah membacanya. Pertama, aku nak huraikan dari unsur-unsur fiksyen yang dicedok oleh Azrul Jaini. Lihat formula di bawah. (Macam belajar buku teks pulak!).

Star Wars + Command Conquer 3 Kane Wrath + Zaman Keagungan Khalifah-Khalifah Islam Terdahulu + Gundam = Galaksi Muhsinin.

Inilah formula yang aku dapat setelah membaca karya fiksyen sains ini. Memang aku nampak dengan jelas unsur-unsur itu. Dan unsur-unsur itu diadun dengan baik dan disulami dengan unsur-unsur Islam yang nampak begitu universal di dalam novel ini. Pengaruh Star Wars dan Gundam lah yang paling jelas diperlihatkan di dalam novel ini. Pertama, pihak Empayar Sibernatik Cyborg agak serupa dengan perwatakan pihak Empire pimpinan Emperor dalam Star Wars, dan dengusan nafas Jeneral Furious mengingatkan aku kepada Darth Vader. Manakala pengaruh Gundam nampak jelas dengan adegan pertempuran di antara kapal-kapal kapital Konfederasi Reconquista (Gabungan Empayar Sibernatik Cyborg, Liga Lanun, dan Federasi Generasi Zenzaburo) dan Pihak Galaksi Muhsinin. Bila aku menghayati babak-babak ini, dalam kepala aku terbayang adegan-adegan pertempuran kapal-kapal tempur dalam siri-siri Gundam, terutama sekali Gundam Seed Destiny. Penuh dengan taktik-taktik perang yang pintar, paling best pertempuran diantara kapal induk Archangel dan kapal induk Minerva milik Zaft. Begitu juga taktik-taktik perang kapal-kapal Kapital dalam Galaksi Muhsinin, baik dari pihak Konfederasi dan Galaksi Muhsinin, masing-masing mempunyai komander yang berpandangan jauh.


Manakala pengaruh Command and Conquer 3 Kane Wrath dapat dilihat dengan jelas pada unit Tangan Hitam dan Komando Bayangan milik Empayar Sibernatik Cyborg. Unit Tangan Hitam dalam Kane Wrath di panggil Black Hand. Black Hand pula merupakan salah satu kumpulan pecahan dalam Brotherhood of Nod selain Marked of Kane. Manakala Komando Bayangan agak sama dengan Shadow Team milik Brotherhood of Nod. Aku memang gemar guna unit ni bila berentap CnC3 Kane Wrath dengan adik aku. Dan dia amat bengang bila aku selalu guna unit ini untuk mensabotaj pengkalannya. Tapi malangnnya, aku tetap kalah dan selalu kalah dengan adik aku. Sekarang ni pulak kami layan Red Alert 3, kalah jugak, adala dalam lima belas kali lawan, menanglah aku dua kali. AArggh! Tekanan betoi.










Ni la Shadow T eam dalam CnC3 kane Wrath


Tapi aku tak heran, sebab dia memang seorang yang betul-betul taktikal. Bayangkan dalam umur 14 tahun, dia berjaya mengalahkan, kalau tak silap tujuh pemain dalam CnC 3 Kane Wrath dalam satu game, dan ke tujuh-tujuh pemain itu bukan calang-calang dan umur mereka lebih kurang 20an dan memang kaki-kaki game strategi. Abang dia yang sorang lagi tak pernah menang langsung lawan game strategi dengan dia. Aku ada jugak menang sikit-sikit. Tapi Dalam Call Of Duty Modern Warfare, heheh, keupayaan aku dengan dia seimbang. Jangan berlagakla Firdaus oi.. Eh..eh.. apa aku membebel ni?

Okay, kita sambung balik. Apabila membaca Galaksi Muhsinin, neuron-neuron otak aku tak lepas dari membayangkan adegan-adegan dalam ketiga-tiga fiksyen itu. Jadi aku dapatlah membayangkan apakah yang saudara Azrul Jaini cuba gambarkan. Kuranglah masalah jam ketika membaca. Cuma dari keaslian fiksyen sainsnya itu agak kurang kerana banyak dicedok dari unsur-unsur luar. Adalah sikit-sikit yang aku nampak idea aslinya seperti Jaringan Ion Al Ankabut (Sebab aku tak pernah lihat lagi sistem pertahanan yang seperti itu di dalam mana-mana fiksyen dan bukan fiksyen), dan satu lagi ialah sut perang yang dilengkapi fungsi wuduk. Yang ini memang benar-benar menarik perhatian aku, aku tak pernah terfikir langsung-langsung! Hanya dengan memasukkan kapsul yang mengandungi air yang termampat ke ruang khas pada sut itu, dan sut itu akan membenarkan air mutlak mengalir melalui anggota-anggota wuduk mengikut turutan dan seterusnya lebihan air mustakmal itu dimampatkan kembali ke dalam satu lagi kapsul yang berada pada betis sut itu. Memang bijak dan asli!!

Lagi satu, membaca Galaksi Muhsinin juga membuatkan aku tersenyum dengan lawak yang datang tiba-tiba. Bayangkan, tengah-tengah serius tiba-tiba ada pula lawak selamba muncul. Kalau nak tahu, semak muka surat 169, 198, dan 204. Ada lagi lawaknya, tapi kena cari sendiri. Bagi aku tiga muka surat ini lah yang paling lawak. Gila juga kepala mu ni Azrul oi..

Keseluruhannya, novel ni agak bagus dan menepati apa yang dikatakan sebagai Sai-Fai Islami. Banyak nasihat dan peringatan-peringatan yang boleh diambil di samping berhibur. Ia juga berupaya merangsang semangat Jihad aku dan aku tak rugi membelinya. Katanya nanti nak keluar sambungan? Kalau betul, aku akan nanti-nantikan pelancarannya. Elok saja ia menyerang kedai-kedai buku, aku akan sambar terus (Kalau ada duit la).

1 ulasan:

  1. [Transmisi bermula]

    Salam, saudara...

    Terima kasih kerana sudi membaca Galaksi Muhsinin.

    Saya tersenyum apabila membaca entri anda ini, kerana saudara menganalisis dengan hampir tepat sekali. Cuma saya nak katakan, saya tak berapa ikuti cerita Gundam dan tidak ada minat yang mendalam terhadap siri itu.

    Kalau dari segi elemen unit dalam Galaksi Muhsinin, hanya orang yang pernah bermain game & mengikuti trilogi seperti STAR WARS, akan dapat mengesan seperti saudara. Kantoi saya...hehehe...

    Ini merupakan karya pertama saya. Dan pengaruh luar begitu ketara bagi yang perasan. Insya-Allah keaslian cerita akan dibaiki dari semasa ke semasa, supaya saya tidak 'kantoi' lagi, oleh saudara terutamanya! Hehehe...

    Saudara terlepas dua elemen penting; iaitu STARCRAFT dan WARCRAFT. STARWARS, Trilogi CnC (bukan setakat CnC 3 sahaja) memang tepat, cuma Gundam sahaja yang kurang tepat. Dari segi unit dan senjata, saya cuba untuk menjadikannya seasli yang boleh, dengan mereka watak, unit dan senjata berdasarkan doktrin (cara fikir), kepakaran teknologi dan budaya pihak masing2 (Gakaksi Muhsinin, Empaya & Federasi). Sebahagian unit novel tersebut telah saya sediakan dalam blog Saifai Islami saya (pautan di bawah).

    Jadi, seperti apakah pertempuran armada Galaksi Muhsinin dan Konfederasi Reconquista? 'Clue' sya adalah, baca 'sejarah.'

    Jika saudara pernah melawat blog saya, saya yakin saudara akan lebih faham mengapa penulisan saya bercorak sedemikian. Sila lawat ke entri 'Arkib Karyaku': mujahidnusantara85.blogspot.com/2009/03/arkib-karyaku.html

    Jikalau sudi, lawatlah blog Saifai Islami saya di http://saifaiislami.blogspot.com/.

    Cerpen latar Galaksi Muhsinin:
    1. ALGORITMA TAQWA:
    http://mujahidnusantara85.blogspot.com/2008/11/trilogi-cerpen-gm-algoritma-taqwa.html

    2. HOLOGRAM HIJRAH:
    http://saifaiislami.blogspot.com/2008/10/gm-hologram-hijrah.html

    Insya-Allah sekuel (sambungan) kepada Galaksi Muhsinin akan terbit hujung tahun ini ataupun awal tahun depan.

    Terima kasih sekali lagi, Wassalam =)

    Azrul bin Jaini
    http://mujahidnusantara85.blogspot.com/

    [Transmisi berakhir]

    BalasPadam