Isnin, 16 Mei 2011

Hikayat Merong Mahawangsa




Aduh!! Antarabangsa? Di mana yang taraf antarabangsanya? Ya, aku bersetuju kalau mereka menyatakan HMM ini bertaraf antarabangsa dari sudut teknikal, TETAPI untuk mempromosikan secara besar-besaran filem yang antarabangsa dari sudut teknikal ini ke pasaran antarabangsa, aku sebagai rakyat Malaysia tidak bersetuju dan agak segan dan malu dengan filem ini.

Kecewa

Kecewa, tidak seperti yang dijangkakan. Untuk HMM menepati ciri-ciri filem epik yang berkualiti itu masih jauh aku kira. Ia menang dari sudut visual dan sinemotografi, tetapi sangat lemah dari konsep seni dan plot dan pengisian. Selesai menontonnya membuatkan aku ternganga.. Jauh dari jangkaan yang aku terima ketika menonton trailernya. Menontonnya membuatkan aku tidak rasa ia sebuah filem epik nusantara.

Akulebih rasa perencah filem epik barat lebih dari nusantara, dan aku rasa ia sangat menjengkelkan aku. Aku mungkin boleh menerima filem konsep begini yang dihasilkan oleh KRU jika ia tidak membabitkan fiksyen sejarah Melayu. Jika ia sudah membabitkan sejarah nusantara, perlulah menggunakan konsep seni nusantara. Dari sudut ini, aku rasa Puteri Gunung Ledang jauh lebih baik dari HMM, malah filem The Queen Of Langkasuka yang dihasilkan oleh negara jiran itu juga lebih bagus dari HMM

Sangat berbeza penghayatan The Queen Of Langkasuka dengan HMM. Walaupun ia dihasilkan oleh seorang berbangsa SIAM, kru-kru produksi berbangsa SIAM, dan pelakon-pelakon SIAM, TETAPI unsur
seni Melayunya sangat kuat. Cuma mungkin yang kurangnya kerana ia menggunakan bahasa Siam. Tetapi jika diabaikan bahasa Siam dalam filem itu, kita akan rasa epik kemelayuannya. Berbeza dengan HMM, ia seolah-olah seperti sebuah filem yang diarahkan oleh orang barat yang cuba mengarah sebuah filem tentang bangsa asing dengan menerapkan unsur-unsur filem baratnya. Sesungguhnya HMM merupakan sebuah filem epik Melayu yang kurang menjadi.

Adakah

Adakah taraf antarabangsa HMM itu diukur dengan penggunaan bahasa Inggeris yang hampir 70% dalam filem ini? Adakah taraf antarabangsa itu diuukur dengan pelakon-pelakon asing yang berlakon dalam filem ini? Adakah taraf antarabangsa HMM itu diuukur dengan promosi besar-besaran di luar negara?

Yang pelik! Aku boleh terima kalau bahasa Inggeris dituturkan oleh Merong dan rombongan Rom tu, tapi apa halnya rombongan Cina bercakap bahasa Inggeris sesama mereka? Kenapa tidak gunakan bahasa Cina dan letakkan sarikata kat bawah saja? Kalau nak buat macam tu, aku rasa lebih elok masyarakat Melayu dalam HMM tu pun cakap bahasa Inggeris sesama mereka.


Perlukah?

Perlukah adegan dialog puteri Cina dan pembantunya didalam bilik mandi itu? Perlukah adegan Khir Rahman mencabuli Puteri Cina itu? Adakah kayu ukur antrabangsa diuukur dengan memasukkan adegan-adegan seperti itu?

Jika hendak mengatakan antarabangsa, aku sangat bersetuju jika Puteri Gunung Ledang dikatakan sebuah filem epik Melayu antarabangsa yang paling berjaya buat masa ini berbanding HMM. Mungkin dari promosinya tidak seagresif dan seantarabangsa HMM, tetapi dari sudut pengisian, nilai, dan seninya ia memang universal tanpa perlu mengorbankan unsur-unsur nusantaranya. Tidak perlulah kita terkejar-kejar taraf antarabangsa dengan mengorbankan sopan-santun sebuah filem Melayu (sekurang-kurangnya, aku tidak mahu kata dari sudut Islam, kerana filem-filem dan drama-drama Melayu kebanyakkannya masih tidak lepas dari kritikan syarak).

Seperkara lagi, bagi sebuah filem epik yang dikaitkan dengan sejarah, durasinya sepatutnya lebih panjang. Perkembangan plotnya perlu ditangani seperti sebuah filem serius, bukan plot filem aksi yang pantas. Banyak plot-plot yang penting tidak dikembang dengan baik, tetapi plot

yang kurang penting pula dipanjangkan.

Sebagai contoh, Kedatangan Merong yang akan menyatukan dua kampung menjadi satu itu sepatutnya menjadi salah satu plot penting yang perlu dikembangkan dengan baik. Tetapi ia dibuat dengan sambil lewa. Adakah patut saat-saat Merong menyatukan dua kampung dengan berlawan orang-orang kuat kedua-kedua kampung hanya cukup dijelaskan dengan narasi atau ulasan keterangan sambil menayangkan visual Merong berlawan! Hey Yusry! Ini plot penting! Ia berkaitan dengan sejarah pembukaan Negeri Kedah (mungkin). Ia perlu lebih dari sekadar narasi untuk menjelaskan titik penting ini. Ia memerlukan adegan yang menJELASkan
bagaimana Merong dapat menyatukan kedua-dua kampung itu, mesti ada diplomasi sebelum ke pertarungan. Jadi plot filem ini akan nampak longgar. Lubang sana-sini.


Hero

Apa dah tidak ada muka melayu yang boleh bawa watak Merong?


Rambut

Tak suka rambut rahim Razali.


Sebenarnya

Sebenarnya diantara penyebab aku mahu menonton HMM ini adalah untuk melihat aksi Jehan Miskin berlawan. Tetapi, hampeh.. takat tu saja peranan dia. Kuciwa (aku kecewa).


Kesimpulan

Keseluruhannya, HMM adalah filem yang bagi aku masih sangat lemah untuk menjadi sebuah filem yang antarabangsa seperti yang diharapkan oleh KRU. Antarabangsa bukanlah hanya diuukur dari segi aspek teknikal dan promosi, yang paling penting ialah dari sudut keaslian seni, dan pengisiannya. Kita tidak mahu sebuah filem copycat. YA! Keaslian seni dan pengisian! Itu yang telah menjadikan Kaki Bakar sebuah filem Malaysia yang pertama ditayangkan di Festival Filem Cannes.

Ini bukanlah salah naskhah Hikayat Merong Mahawangsa yang dibawa itu, tetapi kelemahan film blending yang tidak kena dengan naskhah itu. Hikayat Merong Mahawangsa boleh digambarkan sebagai sebuah filem yang tiada akar, pucuk tidak sampai. Aku jauh lebih suka The Queen Of Langkasuka yang diarah oleh bangsa asing itu dari HMM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan