Sabtu, 17 Julai 2010

Sami Yusuf – Without You


Terbaik!! Aku suka dengan album terbaru Sami Yusuf ini. Terutamanya lagu Asma Allah. Terlalu sedap dan menenangkan jiwa. Sami Yusuf membawakan lagu ini dengan penuh penghayatan, ditambah lagi melodinya yang cukup manis didengar. Selepas Asma Allah aku paling suka lagu Without You, He Is There, dan Anything For You,.Susunan muzik dalam album ini juga cukup bagus dan masuk dengan rentak lirik yang dinyanyikan. Sememangnya sebuah album yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Dapatkan segera di pasaran sebelum stok habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan