Ahad, 10 Julai 2011

Serbuan Maut



Yarghh!! Team Merantau bakal kembali meletupkan pawagam dengan aksi-aksi Silat yang lebih brutal (kata mereka) di dalam Serbuan Maut! Iko Uwais akan memegang watak seorang ketua Pasukan Khusus Indonesia (macam SWAT) yang akan melakukan serbuan ke atas sebuah pangsapuri yang dimiliki oleh seorang tokan dadah yang diberi nama Tama.

Serbuan ini adalah serbuan pertama mereka ke atas pangsapuri yang dianggap sebagai syurga bagi para penjenayah disitu. Menyedari akan pencerobohan oleh pasukan khusus itu, Tama telah memerangkap pasukan khusus itu di dalam apartmentnya untuk membunuh mereka. Iko terpaksa memimpin pasukannya untuk mengatasi serangan yang bertali arus dari penjenayah-penjenayah tersebut di setiap tingkat apartment.

AAARGRGHGhh!!! Sebagai pencinta silat (walaupun ilmu silat begitu cetek), Aku sememangnya dah tak sabar nak menunggu Serbuan Maut nih. Apa? Tarikh tayangan? Di katakan akan ditayangkan secara rasmi di Indonesia pada Januari 2012.

Sebelum menunggu tayangan rasminya, mari kita sakitkan hati kita lagi dengan menatap beberapa gambar dari filem yang rasa macam best ni.

1
Gelapnya, mana lampu nih?


SIAPA TUH?!! Cepat keluar, tak mau keluar aku masuk!


Kau masuk, aku tembak!!


- Weh, tadi ada tilam kat bawah, mana pi?!
- Ah sudah, sapa dok pedaje nih??

Hah mari rapat lagi, kalau kau nak sunat kali kedua!

-Argh, aku serang kau!!
- Yargh, dengannya hensemnya aku menepis!!

Rasailah Tumbukan Gegar Alam peringkat ke lapan ini!!

Attention to all units, dozens of Tama's man on your way! Get ready to kick some a*s!!

Klip video di bawah pula adalah filem konsep untuk satu projek yang di namakan Berandal, kemungkinan akan ditayangkan 2013 nanti. Asalnya projek Berandal merupakan projek asal yang Gareth Evans akan laksanakan sejurus selepas Merantau, tetapi atas sebab-sebab tertentu, ia ditunda. Mereka meneruskannya dengan Serbuan Maut. Mereka kata Serbuan Maut ini ada kena mengena dengan Berandal.





WAARGGHMPGHFFAGREKAASHF!!!!! Bila Malaysia nak buat filem-filem begini HA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan