Jumaat, 17 Jun 2011

CoD 8 - Modern Warfare 3



Waarrgghhh!!! Nampaknya kali ini dunia ketenteraan moden kembali bergolak! CoD - MW3 adalah sambungan kepada CoD - MW2, di mana Task Force 141 yang dibentuk oleh General Shepard (dah mampus di baling pisau oleh 'Soap' Mac Tavish) menyambung pemburuan mereka terhadap Vladimir Makarov yang masih terlepas, dan Makarov dikatakan menjadi antagonis utama dalam siri MW kali ini.

Kali ini, serangan yang dilancarkan Russia bukan sahaja ke atas Amerika, tetapi negara-negara Eropah yang lain juga, dan aku rasa Russia mesti ada sekutu lain dalam MW kali ini, mungkin China atau Korea Utara. Ataupun mungkin Op For juga join sekaki. Takkan mereka mampu menyerang Amerika, Perancis, German, England sekaligus? Amerika juga terpaksa bersekutu dengan NATO menyerang Iraq dan Afghanistan.

Kali ini nampaknya aksinya lebih boombasstik dari MW2!! Kadang-kadang tu aku terasa macam feeling CoD5 - World At War pula, cuma tukar senjata saja. Apa-apa pun, kaki-kaki CoD sekalian, kita layan dulu trailer CoD 8 - Modern Warfare 3! Walaubagaimanapun perlu diingat, ini game diterbitkan oleh negara yang menyerang negara umat Islam, faham-fahamlah propagandanya ya. (Aku paling tunggu pembaharuan yang dibawa dalam multiplayernya)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan