Rabu, 16 Februari 2011

Legend Of The Guardians - The Owls Of Ga'hoole





Aku baru saja selesai menonton Legend Of The Guardians - The Owls Of Ga'Hoole, dan aku mengkhatamnya sebanyak tiga kali dalam masa 24 jam lebih sikit saja. Kerana apa? Kerana animasi ini benar-benar mengkagumkan aku.

Apa yang kagum sangat tu? Kagum dengan tahap fantasi
Kathryn Lasky. Sebenarnya animasi ini diadaptasi dari buku Kathryn Lasky. Aku juga kagum dengan animasinya yang sangat mengkagumkan, menarik, memukau, meleleh air liur, dan segala me lagi.


Kisah

Bertahun-tahun dahulu telah tercetus The Battle Of Ice Claws, peperangan hebat yang menyaksikan pertempuran di antara dua kerajaan, The Tree yang dipimpin oleh The Guardians serta Tytos yang yang sangat angkuh yang dipimpin oleh Metal Beak. Ia dipanggil Metal Beak kerana paruhnya yang telah patah akibat berpencak hebat dengan seekor pahlawan legenda The Guardian, Lyze of Kiel dan ia memakai topeng besi yang mempunyai paruh. Tytos sangat menghayati akan maksud hukum rimba yang menjadikan mereka amat obses dengan kekuatan, yang kuat akan memerintah yang lemah, tiada diplomasi. Walaugbagaimanapun, kekuatan tanpa akal itu berjaya dikalahkan.

Kisah legenda The Battle Of The Ice Claws telah tersebar ke merata tempat dan Soren serta adik beradiknya telah mendengar cerita yang sudah dianggap mitos itu sejak dari kecil lagi dan menjadikan Soren begitu taksub dengan cerita itu, lebih-lebih lagi pahlawan legenda Lyze Of Kiel.

Kisah mula suam-suam kuku apabila Soren dan abangnya Kludd telah diculik oleh tentera Metal Beak dan dibawa ke kawasan mereka. Pada saat ini Soren telah bertemu dengan Gylfie. Pada ketika ini Metal Beak sedang mengumpul semula kekuatan ketenteraannya untuk kembali berkuasa setelah dimalukan oleh The Guardians. Dia kini sedang menggunakan sejenis hasil bumi yang dipanggil flecks. Flecks ini akan dijadikan senjata terbarunya dalam berhadapan The Guardians kembali. Soren dan Gylfie telah dijadikan sebagai buruh paksa manakala Kludd pula dijadikan sebagai tentera Tyos setelah Nyra, bini Metal Beak melihat sifat negatif Kludd yang nampaknya boleh dimanipulasi.

Soren dan Gylfie cuba mencari jalan untuk melarikan diri tetapi sangat sukar lantaran kawasan itu dikawal ketat oleh tentera-tentera Tytos. Tanpa diduga, Grimble, seekor pegawai Tytos membantu mereka melarikan diri dan mengarah mereka mencari dan seterusnya meminta bantuan The Guardians untuk menghalang Metal Beak. Berjayakah Soren dan Gylfie mencari dimanakah kerajaan The Guardians yang mereka sendiri tidak tahu dimana? Berjayakah Metal Beak dalam melaksanakan rancangannya? Saksikanlah sendiri untuk mengetahui jawapannya.



Yang Suka





Aku sangat teruja menonton babak pertempuran diantara The Guardians dan Tytos pada dekat-dekat penghujung cerita. PERGHHH!! Stailo-mailo! Jangan ingat burung dan kelawar tak reti buat senjata sendiri! Yang kelawarnya senjatanya merupakan pisau yang dipasang kepada tulang induk sayapnya. Manakala si makhluk bulu pelepah ini ada tiga senjata yang dipasang pada tubuh mereka. Kuku pisau, Paruh besi, dan juga topeng besi. Ada juga burung yang tidak menggunakan kuku pisau ini, tetapi mereka menggunakan pisau kembar atau pedang kembar. Siap guna teknologi lagi dalam perang, iaitu flecks.

Saat kedua-dua belah pihak terbang laju meyerbu ke arah pihak lawan juga sangat mambangkitkan semangat! Anda cuba bayangkan babak-babak dalam filem epik perang purba seperti The Lord Of The Rings, dimana kedua-dua pihak menaiki kuda menyerbu ke arah pihak lawan, tetapi gantikan manusia dan kuda itu dengan makhluk bulu ini. Berdentang-denting bunyi senjata kedua-dua musuh ini berlaga. Siap berapi-api lagi gitu!

Yang Biasa

Yang memukau aku tentang animasi ini ialah grafik serta kekreatifan pengarah Zack Snyder (300, Wachmen) mengarah. Tetapi bagi jalan ceritanya biasa-biasa saja. Boleh agak plotnya.


Yang Tak Disangka

Aku tak sangka Lyze Of Kiel itu rupa-rupanya bukanlah besar dan tampak gah mana seperti seorang pahlawan legenda yang selalunya mesti nampak gah dan hebat. Kecik saja saiznya, sayap pun pendek. Perangai pula gila-gila. Tetapi, kecik-kecik berbisa. Si pendek inilah yang telah menjadi legenda menumpaskan Metal Beak yang jauh lebih besar darinya dalam The Battle Of The Ice Claws. Si kecik yang penuh pengalaman perang.


Aku bagi 7/10 bintang untuk filem ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan