Khamis, 26 Mac 2009

Meniti Maut

Aku baru saja balik dari Popular Central Square Sg. Petani dan telah menyambar novel terbaru Alaf 21, Meniti Maut, karya Eyman Hykal (tak buka bungkusan lagi). Sejujurnya aku tak pernah dengar nama ini sepanjang aku mengikuti perkembangan dunia pernovelan sejak 2004. Tapi melihat dari konsep thriller aksi (konsep kegemaran aku) yang dibawanya menaikkan minat aku untuk cuba rasa buah tangannya ini. Setakat ini bagi aku yang novel-novel Ramlee Awang Murshid lah yang dapat menghilangkan kehausan aku terhadap novel-novel bercorak debar 'thriller' dan aksi. Tapi kebelakangan ini, terdapat beberapa nama yang cuba lari dari konsep cinta yang menguasai pasaran novel berbahasa Melayu (Malaysia). Yang ada dalam simpanan aku sekarang ini, novel-novel Ramlee Awanfg Murshid, Awang Vampiro (Nizam Zakaria), Transgenesis (Amir Hussaini). Novel-novel dalam target aku sekarang ini adalah Galaksi Mukhsinin (Blogger Mujahid Nusantara) dan Rindu Andalusia ( Radwa Ashour).

Aku minta maaf blog aku masih lagi tidak bewarna-warni. Tak sempat nak menghias, sibuk dengan tugasan-tugasan. WAAAARGHH!!

1 ulasan:

  1. Sdra Torpedo,

    Terima kasih kerana memilih MENITI MAUT. Sila ke blog saya di meniti-maut.blogspot.com untuk membaca komen-komen mereka yang lain. Juga ke laman saya di eyman-hykal.bravehost.com.

    Salam perkenalan dari saya,

    EymanHykal

    BalasPadam