Rurouni Kenshin jika
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bermaksud Kenshin Si Pengembara. Kewujudan
Rurouni Kenshin adalah berasal dari manga hasil ilham kreatif dari mangaka
Nobuhiro Watsuki. Kemudiannya ia telah diterjemahkan ke dalam berbagai bentuk
francais seperti anime, ova, dan permainan video pelbagai pelantar. Dan yang
paling menggemparkan, semestinya dalam bentuk filem aksi-sebenar yang
diterbitkan sekitar bulan Ogos 2012, tahun lepas. Sebagai peminat sejati
Samurai X (nama lain bagi Rurouni Kenshin) akhirnya saya telah melunaskan
dendam saya setelah sekian lama menderita menunggunya.
Baik, saya akan menceritakan dari
dua sudut pandang, iaitu sudut pandang sebagai seorang peminat siri manga dan
animenya dan dari sudut pandai sebagai seorang peminat filem.
Sebagai seorang peminat setia
siri asalnya, saya berasa sedikit kecewa dengan filem ini. Saya sudah menjangkakan
kekecewaan ini akan dialami juga walaupun dengan hanya menonton trailernya
sahaja sebelum ini. Ternyata telahan saya benar.
Seperti yang telah dijangkakan.
Sewaktu saya menonton trailer itu saya sudah berasa pelik. Selain Kenshin
Himura, trailer itu telah mendedahkan watak Kaoru Kamiya, Yahiko Myojin, Sanosuke
Sagara, Jine Udo, mamat spek (lupa nama), Hajime Saito dan satu watak yang saya
jangkakan itu adalah Aoshi Shinomori. Dari ini sahaja saya sudah agak jalan
cerita filem Rurouni Kenshin ini pastinya telah diubahsuai dengan agak radikal
dan tanpa belas kasihan. Kerana apa? Kerana jarak Kenshin untuk bertemu dan
berkonflik dengan setiap watak-watak di
atas ini memakan berepisod-episod siri manga dan juga anime, berjam-jam woh!.
Terutamanya pertemuan di antara Kenshin dan Hajime Saito untuk kali kedua
selepas Perang Boshin. Kerana jarak untuk Kenshin bertemu dengan Hajime Saito
itu agak jauh dengan episod Kenshin bertemu dengan Jine Udo. Jadi, saya tidak
boleh membayangkan bagaimana pihak produksi filem ini mahu menyumbat semua
watak dalam satu filem yang memakan masa lebih kurang dua jam ini (ingat
Spiderman 3?). Jika dibandingkan dengan siri anime, perjalanan untuk Kenshin
bertemu mereka ini memakan jumlah jam yang berjam-jam, macam siri drama. Argh
tidak..!!
Lalu selepas menontonnya, ya (TT
TT) wuwuwu~ Ia sangatlah berbeza dengan jalan cerita asalnya! Semuanya telah
diubah. Episod-episod siri asalnya pun telah dicampur-campur dan
dicincang-cincang teruk. APA PASAL JINE UDO YANG JADI BATTOUSAI PALSU TU?! (TT
TT) Padahal Jine punya kisah jauh dan tidak ada kena mengena dengan episod
battosai palsu tersebut di dalam manga dan anime. Walaupun Jine Udo itu sangat
jahat, tetapi dia masih tetap berintegriti dan tidak akan menggunakan nama
orang lain atas kejahatannya! Dia jujur dengan kejahatannya. Ia sangat berbeza
di dalam filem. Kemudian, kenapa Kenshin jumpa Yahiko ketika Yahiko sudah
bersama Kaoru?! (TT TT) , paling tak tahan pertemuan Kenshin dan Sanosuke
Sagara, JUMPA DI DALAM PENJARA?!!!! What da fur?!!! Jauh berbeza dengan
pertemuan asal mereka. Pertemuan asal Kenshin dan Sanosuke sangat cool!!! Tidak
seperti dalam filem!! Mereka bertemu di kedai makan kemudian ada sekumpulan
kaki minum buat kacau dalam kedai makan tu. Lepas itu Sanosuke jadi hero di situ
dan mula membuatkan Kenshin agak tertarik dengan Sanosuke. Bukan dalam penjara!
(TT TT). Banyak lagi perkara-perkara asal yang dicincang di dalam filem ini.
Satu lagi, kenapa yang melindungi tokan opium itu bukan Aoshi dan
Oniwabanshu?!! Tiba-tiba diwujudkan pula watak yang tidak ada dalam siri asal.
Sepatutnya Aoshi Shinomori!!! (TT TT) Kenshin akan berjumpa dengan Aoshi dahulu
sebelum Hajime Saito. Nampak macam Hajime Saito langkah bendul pula. Argh!
Memang hancus!
Mari kita lihat dari sudut
perwatakan pula. Dari segi ‘design’ kostum dan persolekan, saya agak berpuas
hati. Mungkin tidak sama sebiji-sebiji
seperti dalam manga dan anime, tetapi ia masih bejaya menonjolkan watak
apa yang pelakon-pelakon ini wakilkan. Tiada masalah tentang itu. Namun dari segi
perwatakan itu sedikit bercampur-campur. Ada okay dan ada yang tidak. Kenshin
Himura nampak sangat mandom (gloomy)
ketika dia sudah bersara dari menjadi Battosai dan bertemu Kaoru.
Sedangkan perwatakan asalnya dalam manganime, beliau seorang yang sangat sangat
ceria dan bersikap ‘happy-go-lucky’. Beliau hanya mandom ketika menjadi Battousai.
Agak tidak kena di situ dan perkara ini sepatutnya tidak terjadi kerana beliau
adalah tonggak dan ikon utama yang akan dinilai oleh peminat asal Rurouni
Kenshin. Kaoru Kamiya juga sama. Beliau merupakan seorang yang sangat kecoh,
mulut murai serta sangat aktif dan ‘energetik’. Namun di dalam filem ini, Kaoru
adalah kontra kepada itu semua. Dia agak ‘innocent’ dan juga ‘gloomy’ di dalam
filem ini. Namun, watak Hajime Saito aku berpuas hati, agak sama dengan watak
dalam siri asal. Yahiko pun boleh tahan.
Sanosuke agak bercampur-campur. Memang betul perwatakan dia agak kasar
serta kecoh, tetapi dia bukanlah tidak berotak. Malah dia sangat idealis! Itu
yang membuatkan Kenshin tertarik dengannya pada konflik pertama beliau dengan
Sanosuke. Saya jauh lebih suka pertemuan asal Sanosuke dengan Kenshin di dalam
manganime dari yang di dalam filem.
Uh~ Sebagai peminat siri asal Rurouni
Kenshin, filem ini agak kurang menjadi. Saya tahu mungkin agak sukar untuk
menterjemahkan bulat-bulat siri asalnya ke dalam bentuk filem. Saya sebenarnya
tidak kisah jika pihak produksi ingin mengubah suai sedikit jalan ceritanya,
TETAPI UBAHSUAIAN INI SANGAT-SANGAT MELAMPAU!! DICINCANG HABIS-HABISAN!! SAMPAI
LUMAT!! (TT TT) Adoi~
Rehat sekejap~ ………………………………………..
Baik, sekarang saya akan ulas
dari sudut sebagai seorang peminat filem samurai. Apa yang saya boleh katakan
ialah WOWW!!!!! FUYOHHH!!!!! AWESOME!!!! Saya memang puas hati!!! Saya dah tak
ingat saya ulang tonton filem ini berapa kali! Segala-galanya menakjubkan!
Saya sangat suka ‘blending’ filem
ini. Props, kesan khas, kualiti lakonan, sinimatografi. Dan yang paling
mengujakan adalah adegan pertarungan yang ditampilkan. Penuh dengan
pancungan-pancungan pantas yang tepat ke sasaran! Serta teknik-teknik bertahan
dan serang yang memerlukan kemahiran pergerakan yang luar biasa! Bagi saya,
adegan pertarungan di dalam Rurouni Kenshin sama hebat seperti dalam siri asal manganimenya.
Memang ia tidak ikut secara bulat-bulat seperti dalam manganime, tapi saya
sangat puas hati tentang ini! Tiada ragu bak kata Amy Mastura dan Aqasha. Malah
Kenshin diberi nilai tambah lagi di dalam filem ini iaitu dia juga ditampilkan
sangat mahir dalam tempur kosong tanpa pedang. Di dalam siri asal, Kenshin
tidak ditunjukkan mahir dalam judo. Saya suka ini!
Runut muziknya juga hebat. Ia
sangat bertepatan dengan setiap maksud yang layar visual filem ini tampilkan.
‘Opening’ filem ini pun dah sejuk (kool)! Babak Jine cuba menafsir pedang
Kenshin yang tertinggal itu juga sangat mengujakan dengan permainan muzik
synthesizer yang ringkas, tapi berat! Pergh! Hans Zimmer bukanlah kepastian
bagi satu runut muzik yang berkualiti. (Saya sebenarnya kurang gemar muzik
runut Transformers yang Zimmer buat).
Props dan setting filem ini juga
sangat berkualiti dan bagus! Serius atmosfera filem ini memang sangat kena
dengan siri asalnya. Paling aku agak terkejut, dapur dojo Kaoru sejibik sama
dengan yang ada dalam anime! Susun atur dan peralatannya juga sama! Wao!
Kebiasaannya filem-filem Jepun
berentak perlahan, ‘slow pace’ kata orang. Terutamanya filem yang bercorak
purbawara, lagilah ‘slow pace’ (boleh rujuk Twilight Samurai, Zatoichi, When
The Last Sword is Drawn dan lain-lain). Namun, Kenshin menongkah itu semua!
Rentaknya tidak perlahan, tidak pula terlalu pantas, sedang-sedang kata orang,
dan sangat sesuai untuk peminat Transformers (Apa kena mengena Kenshin dengan
Transformers?). Saya sebenarnya tidak kisah sangat filem ‘slow pace’ ni. Namun
selalunya untuk strategi komersil, ia sesuatu yang kurang laris untuk dijual
di pasaran, melainkan filem itu dijual pada masyarakat pencinta seni.
Penilaiannya akan jadi lain. 13 Assasins adalah contoh sebuah filem Samurai
yang ‘fast pace’ serta lari dari adunan filem samurai tradisional Jepun seperti
Lone Wolf and Cub, tetapi masih mengekalkan identiti dan roh sebuah filem
Samurai yang tradisi (Aku suka 13 Assasins!!).
Dari perwatakan setiap watak yang
ada di dalam Rurouni Kenshin ini, sebagai peminat filem Samurai, aku tiada
masalah langsung!! Diulangi tiada masalah langsung! Malah aku semacam best pula
melayan Rurouni Kenshin dalam satu suasana yang baru dan 'gloomy'. Takeru Sato
nampaknya sangat-sangat menghayati perwatakan Kenshin Himura. Sebelum ini aku
agak ragu-ragu apabila diberitakan bahawa Takeru Sato akan memegang watak
Kenshin. Aku kurang yakin dengannya. Biarlah orang lain asalkan jangan dia. Namun selepas menonton filem ini, aku berpuas hati dengan penghayatannya sebagai
Kenshin Himura. Tiada Ragu kata Amy Mastura. Kaoru pun cun! Aku macam jatuh cinta laks
kat dia! Ahaks :P (sebenarnya aku suka Misao Makimachi dalam siri manganime).
"Jadi, hang suka atau tidak
filem ini?!" tanya anda kepada saya. Saya pun dah pening kepala! Semacam ada
‘split personaliti’ pula. Jawapan saya, saya suka dan tak suka filem ini! Kalau
saya suka kenapa saya membebel panjang lebar tentang betapa negatifnya filem
ini? Kalau saya tak suka pula kenapa saya ulang tonton filem ini berkali-kali?
Argh! Pening-pening!!
Diberitakan bahawa untuk
sambungan filem ini, pihak produksi akan mula ikut jalan cerita asal (mungkin
dah kena ‘sound’ gila-gila kot dengan peminat fanatik). Aku tak kisah kalau nak
rombak jalan ceritanya, aku faham bahawa medium filem tidak sama dengan medium
anime, tidak sama dengan medium manga. Tapi, janganlah rombak tahap
melampau-lampau sangat.
Kesimpulannya, Rurouni Kenshin
adalah sebuah filem samurai berpaksi manga yang anda tidak boleh lepaskan. Malah
saya tidak akan maafkan anda jika anda tidak beli DVDnya. Beli yang ORI weyh!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan