.
FUUUU….!!!! Filem ini memang betul-betul membuatkan jantung
anda berdegup kencang! Tidak syak lagi, inilah filem Tony Scott yang terbaik
pernah aku tonton.Sebenarnya filem ini terbitan 2010. Kenapa pulak saya lewat
tonton. Oh tidak, saya tidak lewat tonton, tapi saya cuma lewat buat
ulasan. Ah~ kalau betul pun saya lewat
tonton dan lewat buat ulasan siapa kisah? Inikan blog saya.. Haha..
Seperti biasa, Tony Scott mengupah Denzel Washington untuk
memacu filem ini. Suka betul dia dengan Denzel ya. Ah, saya tak kisah pun,
lagipun Denzel Washington punya lakonan memang gred A punya. Bagi sajalah filem
jenis apa pun, dia bawa selamba saja. Aku tak tahulah KRU mampu ke tak nak
ambil pelakon-pelakon Hollywood gred A ni berlakon. Apa yang aku tengok
Vikingdom punya pelakon tu semuanya gred B. John Foo tu pun baru-baru jer nak
naik dalam industri. Dominic Purcell pun kurang famous di Hollywood tu.
Beza pelakon gred A dan gred B Hollywood ini ialah, pelakon
gred A selalunya memang memilih lakonan sebagai minat yang mendalam. Jadi bila
kita lihat lakonan mereka dah macam betul-betul dah, cara gelak, cara marah,
cara jahat dia. Kebanyakkannya pelakon-pelakon gred A Hollywood ini juga
mempunyai latar belakang pelakon teater atau yang berkaitan dengan seni
persembahan. Kualiti lakonan pelakon gred A juga sentiasa konsisten. Mereka
akan all-out walau apa genre filem yang mereka lakonkan. Mereka juga sangat
memilih dalam berlakon. Dan mereka juga selalu dicari pengarah yang juga gred
A. Kebiasaannya filem-filem pelakon gred
A ni ‘think louder than action’ dan selalunya filem-filem mereka mencapai taraf
kotak-pejabat (box office).
Tetapi, berlainan pula dengan pelakon Gred B. Mereka ini selalunya
jenis berlakon untuk cari makan. Kalau perasan, kebanyakkan filem-filem pelakon
gred B ni dia ‘straight-to-video’ punya filem. Yalah, kebanyakkan filem gred B
ini dihasilkan oleh pengarah-pengarah yang bercita-cita besar tapi tiada bajet.
Selalunya kualiti lakonan pelakon gred B ini tak seimbang, adakala bagus, adakala
‘noob’ habis. Cara ketawa pun macam beritahu kita ‘ah, kau bayar aku ciput.
Pasal pulak aku nak all-out’. Selain itu, filem-filem pelakon gred B ni juga
selalunya jenis yang ‘action louder than think’. Tak payah banyak fikir, layan
saja. Habis tengok kita akan lupa filem tersebut dan tak kisah pun untuk men’delete’nya
selepas menonton. Berlainan dengan filem gred A. Usai menonton siap ada
perbincangan khas lagi kita dengan member-member yang sudah tonton sama ada
Lenoardo De Caprio masih berada dalam mimpi atau tidak di penghujung ‘Inception’.
Lagi satu, pelakon gred-B ni jenis rembat saja movie apa
yang boleh. Dan semestinya bayaran untuk
mereka lebih rendah dari pelakon gred A. Takkan John Foo nak minta bayaran kat
Yusri sama macam Ridley Scott bayar Sam Worthington, ye tak? Maunya KRU makan
meggi berbulan-bulan, ke tahun?
Tetapi anda jangan pandah rendah kepada pelakon-pelakon gred
B nih. Mereka ada peminat-peminat yang tersendiri. Kerana bukanlah semua
filem-filem gred B ni tidak berkualiti walaupun majoritinya begitu. Sebagai
contoh, sila layan ‘The Prodigy’. Anda nilai sendiri. Filem ini sangatlah gred
B-nya sampai ada orang Amerika sendiri tak pernah dengar pasal filem ini. Saya
yang berada di ceruk kampung kat Kedah pulak dah tonton. Bajet murah, tapi
hasilnya.. F’uuu..! Sometime quality is not about budget. Pergh~ speaking pulak
saya.
Sebenarnya ada satu lagi gred bagi jenis pelakon ni, gred
AB. Dah macam jenis darah pulak. Gred AB ni adalah pelakon-pelakon yang dua-dua
jenis filem dia kedaghah kata oghang Kedah. Dia boleh tukar-tukar macam
sesumpah. Filem gred B dia layan untuk cari makan, dalam masa yang sama
pengarah gred A juga mencarinya untuk menjadi pelakon pembantu, kerana pelakon
gred A tidak semestinya boleh menjadi pelakon pembantu yang baik. Mungkin juga
kerana pengarah dan penerbit filem gred A minat dengan karisma mereka. Contoh
terbaik Christoper Walken.
Pelakon gred AB ini
hidup dua alam. Mereka fleksibel dan kebiasaannya pelakon gred AB ini
lakonannya sehebat gred A kadangkala kurang, tetapi tidak seteruk gred B.
Jarang-jarang setaraf Oscar namun ada tapi tidak pernah menang. Dan lakonan
mereka juga agak konsisten. Nama-nama yang terkenal untuk gred AB ni ialah Van
Damme, Michael Jai White.
Waah… aku sudah melalut jauh ni! Jauh betul. Jauh lima
perenggan. Baik kita u-turn balik. Unstoppable mengisahkan sebuah keretapi
kargo yang telah hilang kawalan akibat kecuaian manusia. Dengan muatan 1000,000
tan kargo dipenuhi dengan bahan-bahan radioaktif, serta kelajuan yang mencecah
70 batu sejam, ia memang sebuah peluru berpandu! Dan yang paling merbahaya
apabila kelajuan yang tidak boleh diperlahankan itu akan mengakibatkan keretapi kargo tersebut akan terkeluar dari
landasan di sebuah selekoh di Stanton, di mana kawasan itu dipenuhi dengan
kilang-kilang kimia. Bayangkan apa akan terjadi jika itu berlaku?
Setelah berbagai usaha dijalankan untuk menghentikan
keretapi tidak berpemandu itu namun, ia masih gagal. Lalu tanpa diminta, dua orang pekerja syarikat keretapi berkaitan
menawarkan diri untuk membantu. Frank (Denzel) seorang pemandu veteran yang
mempunyai krisis dengan syarikatnya, manakala Will (Chris Pine) seorang pelatih
baru yang menghadapi krisis rumahtangga
akibat salah faham yang kelakar. Dengan pengalaman dan sikap yang jauh berbeza
di antara satu sama lain, mencapai persefahaman dalam definisi bekerjasama itu
agak sukar pada pertemuan pertama mereka. Tetapi bila ia membabitkan soal
pengorbanan untuk orang tersayang, mereka mula mencapai kata sepakat.
Berdasarkan pengalaman bertahun-tahun membawa keretapi kargo, Frank berusaha
untuk menghentikan keretapi itu.
Namun, ‘theory is practical in a perfect world’. Menghentikan
keretapi itu sangat mudah bila ahli fizik bercerita, tetapi dunia yang tidak
sempurna menceritakan sebaliknya. Lalu usaha untuk menghentikan kereta api ini
bukan sahaja menjadi medan tuding-menuding antara satu sama lain, ia juga
menjadi medan pertembungan idea-idea ortodoks dan bukan ortodoks untuk
menghentikan keretapi itu di antara, Frank, Will, Connie (bhg pentadbiran
syarikat),dan Oscar Galdvin (ceo.....kot...).
Selain itu, muzik runut yang dihasilkan oleh Harry Gregson
William juga sangat-sangat sesuai dengan babak-babak aksi yang dipamerkan.
Harry Gregson? Siapa dia? Tanya anda pada saya. Bagi kaki gamers, Harry
terkenal dengan menghasilkan lagu tema game perisikan-ketenteraan Hideo Kojima,
iaitu Metal Gear Solid. Sebenarnya nama beliau adalah sebaris dengan
komposer-komposer muzik filem yang terkenal seperti Hans Zimmer dan James
Newton Howard. Beliau juga orang yang menghasilkan muzik runut untuk filem X-Men Origin, The Chronicle Of Narnia.
Dengan aksi-aksi yang disulami muzik runut yang hebat, maka
debaran demi debaran mula menendang-nendang dada anda tatkala menelusuri
rentapan adrenalin kembara-aksi ‘Unstoppable’. Secara seriusnya saya kata,
inilah filem kembara-aksi yang bertemakan kelajuan-yang-tidak-dapat-dihentikan
terbaik selepas filem ‘Speed’, ya! Keanu Reeves dan Sandra Bullock.
Yaargh~!! Akhir kata! Silalah berhati-hati dan cermat
melakukan tugas-tugas anda, kerana kadangkala kecuaian yang kecil boleh
mengakibatkan kesan begatif yang besar.
Unstoppable
1000,000, tan!
100,000 nyawa! 100 minit!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan