THE LEGEND OF KORRA
Beberapa tahun lepas, Avatar – The Last Airbender telah
menggemparkan dunia animasi global dengan satu saga yang sangat bombastik dan
juga luar imaginasi! Ia mempunyai 61 episod yang terbahagi kepada tiga
bahagian, Book 1 (Water), Book 2 (Earth) dan Book 3 (Fire). Avatar mengisahkan
sebuah dunia fantasi di mana dunia ini terbahagi kepada empat benua. Benua Air,
Benua tanah, benua Angin, dan benua Api.
Di dalam dunia ini terdapat manusia-manusia yang boleh
menguasai unsur Tanah, Api, Air dan Angin. Ia bergantung kepada puak mana dia
dilahirkan atau keturunannya. Mereka ini dipanggil Bender atau dalam bahasa kita pelentur. Di dalam saga The Last
Airbender, ia mengisahkan berkenaan Negara Api yang telah menjajah
negara-negara lain. Di dalam kempennya itu, Negara Angin telah dimusnahkan
seratus-peratus, dan hanya Ang seorang sahaja yang terselamat dalam serangan
Negara Api itu.
Pada masa ini, Negara Api dipimpin oleh Lord Ozai yang sangat
gila kuasa! Ang pula telah ditakdirkan menjadi nemesis kepada Ozai kerana dia
seorang Avatar. Avatar ini kononnya merupakan penyelamat yang hanya ada satu
sahaja dalam satu zaman. Seorang Avatar boleh menguasai keempat-empat jenis
unsur tersebut. Ang telah bertemu dengan Katara seorang gadis pelentur air,
Sokka abang Katara yang sengal, dan Toph seorang gadis buta dari pelentur tanah.
Mereka bersama-sama Ang mengembara ke serata tempat dalam misi menghentikan
kekejaman Negara Api dan juga Lord Ozai. Di belakangnya, Zukko yang merupakan
anak kepada Lord Ozai sentiasa memburu Ang demi membuktikan kebolehannya kepada
ayahnya yang sering memandang rendah terhadap dirinya berbanding Azula, adik perempuannya yang kejam.
Pengembaraan mereka berakhir dalam empat episod terakhir
yang lebih dikenali dikalangan peminat sebagai episod ‘The Sozins Comet’. The
Sozins Comet menceritakan bagaimana kedatangan komet Sozin yang akan melalui
ruang angkasa bumi buat beberapa ketika. Fenomena ini diambil peluang oleh Lord
Ozai untuk menjalankan kempen memusnahkan Negara Tanah secara total! Ini kerana
kedatangan komet Sozin akan memberi ahli-ahli
Fire
Bender lebih kuasa dalam menghasil dan melentur api.
Mereka telah melancarkan serangan dari beberapa buah kapal udara dan menyerang Negara Tanah di bawah dengan gabungan kuasa api yang sangat dahsyat!! Serangan ke atas Negara Tanah itu diketuai sendiri oleh Lord Ozai. Besarnya serangan api itu menyebabkan Toph yang buta itu juga dapat merasai kedahsyatannya.
Mereka telah melancarkan serangan dari beberapa buah kapal udara dan menyerang Negara Tanah di bawah dengan gabungan kuasa api yang sangat dahsyat!! Serangan ke atas Negara Tanah itu diketuai sendiri oleh Lord Ozai. Besarnya serangan api itu menyebabkan Toph yang buta itu juga dapat merasai kedahsyatannya.
Namun Ang, Toph dan Sokka telah menghentikan serangan
tersebut di pertengahan jalan. Ang akhirnya bertempur hebat dengan Lord Ozai di
situ juga. Walaupun Ang boleh menguasai keempat-empat unsur alam tersebut,
namun Lord Ozai juga pada ketika itu sangat kuat kerana dia menyerap kuasa dari
Komet Sozin yang sedang melintasi ruang udara bumi pada ketika itu. Ozai cuba
menghabiskan Ang secepat yang mungkin sebelum Komet Sozin itu berlalu.
Akhirnya, seperti biasa, hero mesti menang.
Avatar-The Last Airbender bagi aku bukanlah satu animasi yang sesuai untuk kanak-kanak walaupun ia ditayangkan di Nickelodeon (Nickelodeon pun banyak propaganda jugak). Ia sebuah animasi yang sangat idealistik, berat dan ada juga unsur-unsur yang berkaitan dengan agama. Hurm.. satu bentuk pendakyahan halus terhadap-hadap minda kanak-kanak dari Nickelodeon. Ah, siapa yang mengawal mereka kan?
Namun begitu, banyak juga nilai-nilai positif di sebalik
nilai-nilai negatif yang ada dalam siri ini. Salah satu yang aku suka siri
Avatar ini ialah, pengarah dan penerbitnya banyak memasukkan unsur-unsur Asia
di dalamnya. Dari segi rekabentuk kostum pakaian, budaya, gerak tempur,
nama-nama dan juga muzik sangat jelas ke Asia’annya walaupun ia dunia fantasi.
Yang paling besar pengaruhnya ialah dari budaya Cina, kungfu semestinya sudah
ada. Ini nampak jelas pada perwatakan orang-orang dari Negara Api. Cuba anda
bayangkan pergerakan kung-fu yang digabungkan dengan teknik Fire Bending, sangat cantik aksi
tempurnya.
Selain itu, ada budaya dan seni Arab. Kita dapat lihatnya
pada episod ke-10 dalam book 2. Dalam episod ini senibina bangunan perpustakaan
gergasi yang dimasuki Ang sangat jelas unsur senibina Asia tengahnya. Manakala
Negara Air Utara dan Selatan pula berperwatakan Eskimo. Namun bagi sesiapa yang
teliti, anda akan dapat nampak beberapa unsur Melayu dalam siri ini. Di
antaranya nama Raja Negara Tanah adalah Bumi. Kedua terdapat satu koloni Negara
Api berpakaian seperti orang peribumi Sarawak. Dan beberapa gerak tari tempur Earth Bender seakan-akan gerak silat.
Okay, habis sudah mukadimahnya. Sekarang baru aku nak
bercerita sedikit tentang Avatar-Legend Of Korra. Baru sahaja selesai
menghabiskan 12 episod dari Book 1 (Air).
Saganya bermula pada zaman Tenzin, iaitu anak Ang dan Katara. Zaman ini
menyaksikan dunia sudah aman damai selepas huru-hara besar yang dicetuskan oleh
Lord Ozai lama dahulu. Tiada lagi penjajahan berlaku, pentadbiran kerajaan kini
bukan lagi bercorak monarki, tetapi Republik. Para bender boleh beramah mesra sesama mereka. Tiada lagi permusuhan.
The Legend Of Korra mengisahkan perjalanan Korra, seorang
gadis remaja yang datang dari Southern
Water Tribe. Dia satu kampung dengan Katara. Sejak kecil Korra sudah
menguasai tiga unsur, iaitu Air, Api, dan Tanah. Namun untuk melengkapkan
dirinya menjadi seorang Avatar, dia perlu menguasai unsur angin yang dia masih
belum kuasai. Tenzin telah dipilih untuk melatihnya teknik angin kerana Tenzin
seorang pelentur angin. Lalu Korra pun berhijrah ke Republic City untuk berguru
dengan Tenzin. Gambaran Republik City adalah apabila Negara China dengan budaya
dan senibinanya digabungkan dengan Amerika Syarikat, maka anda akan dapat satu
Bandar Washington versi Asia Timur. Sangat pelik dan sangat menarik.
Namun sikap Korra yang sambil lewa sangat memeningkan kepala
Tenzin. Ditambah lagi dengan penyertaan Korra dalam kumpulan Fire Ferrets untuk
bertanding dalam Kejohanan Pelentur Pro (Pro Bending Tournament. Melalui Fire
Ferrets, Korra telah menemui Marko, seorang pemuda pelentur api. Mako mempunyai
seorang adik lelaki yang sentiasa ceria. Namanya Bolin, seorang pelentur
tanah. Korra juga berkenalan dengan seorang gadis kaya, Asami Sato. Asami ini adalah
teman wanita kepada Mako.
Hurm.. jadi apa yang menariknya? Tiada krisis besar pun yang
berlaku? Kata anda kepada saya.
Anda silap! Kali ini mereka menghadapi satu krisis besar
yang berlaku di Republik City. Satu krisis yang tidak dicegah awal, ia akan
menjadi barah kanser ke seluruh dunia. Para pelentur (bender) ini juga tidak
menyangkakan yang ancaman kali ini bukan datang dari kalangan mereka seperti
Lord Ozai dahulu. Ia datang dari orang biasa yang tidak mempunyai keupayaan bending langsung. Pencetus huru-hara ini dipanggil Equalist. Perjuangan Equalist adalah menghapuskan semua keupayaan bending yang ada. Bagi mereka, element-bending adalah satu bahaya yang
boleh membawa kepada peperangan dan penindasan.
Matlamat Equalist adalah semua manusia sama. Tiada keupayaan
element-bending. Ia diketuai oleh
Amon, seseorang yang telah ditindas oleh fire-bender.
Tetapi yang menakutkan bagi para bender tentang
Amon ini ialah, dia boleh menghilangkan keupayaan bending seseorang bender secara kekal. Seperti yang Ang lakukan
kepada Lord Ozai.
Selesai menghabiskan Book 1, apa yang aku boleh katakan ialah,
WOW! FOUR THUMBS UP!! Tak puas aku tonton sekali. Siri Avatar terbaru ini lebih
matang, lebih halus animasinya, lebih idealistik! Namun yang paling penting, AKSI
PERTARUNGAN YANG LEBIH BOMBASTIK!!
Seawal episod 1 lagi Korra telah menyajikan gerak tempur
yang cukup mengagumkan dihadapan kumpulan The White Lotus. Pertarungannya
dengan Mei Bayfong, iaitu anak Toph juga sangat spektakular ketika Korra baru
tiba ke Republik City. Lin Bayfong merupakan seorang Metalbender (pelentur
besi. Teknik metalbending ini
diasaskan oleh ibunya, Toph). Selain itu pertarungan kejuaraan Pro Bending juga dibuat dengan teliti
dan kemas! Ia ada undang-undangnya
sendiri. Satu kumpulan memerlukan seorang pelentur api, pelentur air, dan
pelentur tanah. Lalu mereka akan bertarung
dengan kumpulan lawan dengan mengasak mereka ke penjuru gelanggang.
Permainannya sedikit nak sama dengan ragbi.
Namun, yang paling menggemparkan ialah kumpulan Equalist itu
sendiri. Bagaimana mereka yang tidak mempunyai keupayaan melentur mengatasi
bahaya serangan para element-bender.
Allah menciptakan akal, setiap jalan pasti ada penyelesaiannya. Oleh kerana
tiada keupayaan bending, mereka telah
mencipta satu sut yang kalis kepada api. Mereka juga mencipta sejenis sarung
tangan yang pelumpuh untuk melumpuhkan para bender.
Di samping itu, mereka juga mengasah diri mereka dengan kemahiran tempur yang
dinamakan Chi Blockers Technique bagi
mengatasi serangan element-bender.
Selain aksi tempur yang mengagumkan, Legend Of Korra juga
menyajikan anda dengan runut bunyi yang hebat. Paduan unsur-unsur muzik Asia
dengan sedikit pengaruh muzik barat menjadikan setiap babak dalam Legend Of
Korra itu sangat ekspresif. Apatah lagi runut muzik ketika aksi pertempuran, ia
benar-benar menjadikan Legend Of Korra ini bukan lagi sebuah animasi yang boleh
dianggap budak tadika (sebenarnya The Last Airbender pun dah bukan untuk budak
tadika). Aku berkata begini kerana majoriti akan cuba membandingkannya dengan anime-anime
dari Jepun. Selain itu, mimik muka
setiap watak-wataknya sangat kena dengan gelagat dan perwatakan mereka. Ya!!
Memang sangat ekspresif! Maaf cakap, aku rasa wataknya nampak lebih hidup dari
sebahagian besar anime dari Jepun.
Untuk pengetahuan semua yang belum tahu, yang sudah tahu
buat-buat tak tahu saja lah ya. Siri animasi Avatar ini dihasilkan oleh studio
dari Korea, bukan Jepun ya. Bagi sesiapa yang gila animasi macam aku pasti akan
nampak perbezaan diantara blending
animasi Korea dan Jepun.
Satu hal lagi yang buat aku menggemari siri Avatar ini
ialah, bagaimana dia mempamerkan kerjasama di antara rakan-rakan dalam mencari
penyelesaian masalah. Ia mengajar kita walau sebagus mana kita ini, kita tetap
memerlukan di antara satu sama lain. Janganlah kita mengaggap diri kita
sudah kuat, atau kaya, atau berpengaruh besar, atau berpangkat, atau ke
semuanya sekali, atau….. atau apa lagi??! kata anda kepada saya. Maaf. Anda
jangan harap anda boleh mengharungi kehidupan ini secara berseorangan.
Rasulullah SAW sendiri mempunyai teman dalam perjuangan baginda.
Kesimpulannya, Legend Of Korra telah melepasi harapan tinggi
yang telah aku letakkan ketika aku mengetahui projek animasi ini akan dilaksanakan.
Malah sesetengah sisi, ia sangat jauh melepasi harapan aku, dan tidak terfikir.
Serius cakap, baik anda layan siri Avatar ini dari anda layan Merong Mahawangsa
KRU!!
OH YA! Aku terlupa satu perkara, aku terjumpa lagi sedikit
unsur Melayu dalam siri Legend Of Korra ini. Pertama ialah nama anjing polar Korra
adalah Naga. Kedua Korra menggunakan teknik cindai yang hampir sama dengan
teknik Silat Gayung ketika berlawan dengan seorang pengawal keselamatan
Equalist.
Huih..! panjang juga
ulasan aku kali ini. All right! Bagi
mengakhiri coretan-karutan kali ini, mari kita layan trailer The Legend Korra.
Yeah! ....(Ehem..Aku rasa Korra ni comellah..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan