Yaarghh!! Nampaknya sudah agak lama aku
menjauhkan diri dari blogku yang tercinta ini. Echeehh… Mehnah
hidup kebelakangan ini agak mengganasi aku tanpa belas kasihan dan
seterusnya ia menumpulkan sekejap kepala otakku dalam menzahirkan
susunan-susunan abjad bermakna didalam blog ini, Waaarghh!! Ya Allah
tolonglah hamba-MU yang lemah ini.
Vampire atau Pontianak, atau Vampiro
boleh dikatakan wujud dalam legenda hampir setiap bangsa di muka bumi
ini. Cuma namanya sahaja yang berbeza, namun metod mereka lebih
kurang sama, iaitu menghisap darah. Subjek Vampire atau pontianak ini
telah diterjemahkan dalam pelbagai jenis bentuk bagi menzahirkan
kewujudannya. Ada versi mitos setempat, cerita-cerita orang tua, ada
versi penglipurlara di kedai kopi, ada versi novel, ada versi teater,
dan yang paling popular semestinyalah versi filem. Itu belum kira
lagi genrenya, ada versi serius, ada versi lawak (10 Juta Pulus), ada
versi seram, ada versi aksi, ada versi klasik, ada versi moden, dan
berbagai-bagai lagi. Namun, dalam banyak-banyak medium, aku tidak
pernah lagilah dengar subjek Vampire diterjemahkan dalam bentuk drama
radio.
Hollywood nampaknya masih belum kering
lagi idea untuk memanipulasi subjek Vampire di layar lebar. Kali ini
gandingan Timur Bekmambetov (pengarah bombastik dari Russia) dan Tim
Burton (Pengarah yang suka mengarah filem pelik-pelik dan dark) telah
berjaya mengadun sebuah filem vampire yang diangkat dari novel Seth
Grahame Smith dengan tajuk yang sama, Abraham Lincoln Vampire Hunter.
Ia mengisahkan apakah peranan pontianak
di dalam pergolakan Civil War di Amerika ketika mana Abraham Lincoln
memimpin pasukan Union menentang Confederate bagi menghapuskan
perhambaan. Apa yang aku boleh cakap mengenai filem ini ialah setelah
selesai menontonnya ialah, WOW! Bombastik! Awal sebelum aku menonton
filem ini, aku sedikit skeptikal dan sinis terhadapnya lantaran dah
terlalu banyak menonton filem-filem berkenaan Vampire ni. Namun
setelah menghabisinya, secara automatik aku meletakkan Abraham
Lincoln Vampire Hunter di kedudukan nombor satu bagi kategori
filem-filem pontianak yang best. Secara seriusnya, aku rasa ia lagi
best dan jauh meninggalkan Underworld. Abraham Lincoln Vampire Hunter
berada di kelasnya yang tersendiri.
Walaupun adegan aksinya tidak segah
trilogy Blade dan berlogy-logy Underworld, tetapi ia ada kekuatannya
yang tersendiri yang tidak ada pada cerita-cerita pontianak yang
lain. Ia mengaitkan pembabitan pontianak dalam peperangan Civil War serta bagaimana Abraham dengan bijaknya memperdaya golongan pontianak ini yang telah menyokong dan memberi bantuan kepada Confederate. Filem yang diangkat dari novel Seth Grahame-Smith sangat kreatif dalam memanipulasi sejarah untuk dijadikan satu fiksyen yang sangat pelik.
Dari satu segi, lakonan Benjamin Walker sebagai Abraham Lincoln juga agak meyakinkan. Saya suka wataknya ketika dia sudah berusia, tampak karismatiknya sebagai Abraham Lincoln. Entah menonton filem ini membuatkan semangat patriotik saya tiba-tiba menaik.
Walaupun terdapat beberapa kekurangan pada filem ini, namun pada hemat saya ia masih boleh dimaafkan.
Dari satu segi, lakonan Benjamin Walker sebagai Abraham Lincoln juga agak meyakinkan. Saya suka wataknya ketika dia sudah berusia, tampak karismatiknya sebagai Abraham Lincoln. Entah menonton filem ini membuatkan semangat patriotik saya tiba-tiba menaik.
Walaupun terdapat beberapa kekurangan pada filem ini, namun pada hemat saya ia masih boleh dimaafkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan