Yaarggghh!! Setelah sekian lama aku menunggu kehadirannya,
akhirnya Serbuan Maut telah berjaya menendang mukaku bertubi-tubi sampai lebam
sana-sini. Selesai sahaja menontonnya, tiada apa yang boleh aku katakan lagi,
“WOOOOOWWWW!!!!” Itu sahaja. Debarannya, aksi silatnya, sinemotografinya
semuanya terbaik bagi aku, dan telah membuatkan aku menontonnya dua kali untuk
satu malam tu, dan besok ulang tonton lagi!! MAN!! It is an AWESOME MOVIE !!
WAARRGGHH!!!
Tajuk
Filem ini mempunyai beberapa tajuk, untuk pasaran Indonesia,
ia diberi tajuk Sebuan Maut, manakala untuk tayangan perdana di Midnight
Madness, ia diberi nama The Raid sebelum ditambah The Raid: Redemption untuk
pasaran dunia. Redemption diberi bagi membezakannya dari beberapa buah filem
lain yang menggunakan tajuk yang sama.
Ceritanya
Kisah bermula apabila satu pasukan khusus polisi Indonesia
seperti pasukan SWAT menjalankan misi untuk menangkap Tama, seorang penjenayah Star di tengah-tengah kotaraya Jakarta.
Menangkapnya tidak mudah kerana tempat bersemayamnya merupakan di tingkat 15 di
sebuah bangunan apartment 30 tingkat.
Tama mengawal seratus peratus bangunan itu. Untuk
memasukinya hanya ada satu pintu masuk seperti pintu gerbang yang dikawal oleh
orang-orangnya. Apartment ini juga merupakan tempat tinggal bagi orang-orang
Tama, disamping itu juga ia tempat bermaustatinnya segala penjenayah-penjenayah
lain yang menyewa rumah disitu. Ia juga merupakan pusat Tama menjalankan
aktiviti perniagaan haramnya dan terdapat juga kilang dan makmal memproses
dadah di apartment tersebut. Perghh!! Anda boleh bayangkan betapa sampahnya
tempat itu. Teringat kata Jaka ketika mereka hampir tiba ke lokasi Tama ketika
menaiki van SWAT, “AYUH! Kita bersihkan
sampah kota ini!”.
Bukan itu sahaja, bangunan ini juga dilengkapi dengan cctv
yang dihubungkan terus ke rumah Tama. Di samping itu, setiap tingkat dilengkapi
dengan alat interkom yang juga dihubungkan terus ke tempat Tama untuk
memudahkan anak-anak buahnya memaklumkan apa-apa maklumat kepada Tama. Senang cakap, bangunan ini seperti sebuah
kubu perang di mana setiap sudut orang-orang Tama pasti ada. Gila AH!
Setelah berjaya menembus masuk ke apartment itu secara
senyap dan penuh strategi, mereka terus memulakan operasi mencari dan menangkap
Tama. Jaka kata “Tugas kita sederhana. Kita masuk, tangkap dan seret dia
keluar!”. Serbuan itu dilakukan pada awal subuh, ketika para penghuni apartment
masih ramai yang dibuai mimpi.
TETAPI! Malang memang tidak pernah ada bau, apabila mereka
berada di tingkat enam, serbuan senyap mereka terbongkar oleh seorang
kanak-kanak yang bertindak sebagai tonto (anda tahu tonto?) dan terus
memaklumkan kepada Tama akan kehadiran pasukan pasukan SWAT itu melalui interkom.
Berita itu tidak langsung membuat Tama gentar, dia sendiri
mempunyai berlori-lori tenteranya di apartment itu untuk melindunginya, di
setiap tingkat bangunan. Cukup dengan satu pengumuman melalui alat pembesar
suara di setiap tingkat apartmentnya, itu sahaja telah membangkitkan nafsu
membunuh setiap manusia didalam apartment itu. Bagi Jaka dan pasukannya yang
sudah ter’kantoi’, pengumuman itu cukup-cukup meremangkan bulu roma mereka.
“Selamat
pagi teman-teman. Mungkin anda sudah mendengar kalau kita kedatangan tamu tak
diundang. Bukan saya yang mengundang dan tentunya mereka tidak kita terima di
sini. Demi kepentingan kita semua, anda bisa memberikan bantuan anda dalam
mengusir kutu-kutu ini. Dan anda, akan mendapatkan imbal tinggal tanpa biaya.
Anda
bisa menemui tamu tak diundang ini di lantai enam. Selamat bekerja, dan jangan
lupa bersenang-senang.”
Apa lagi, operasi yang pada asalnya berjalan lancar terus
bertukar menjadi satu huru-hara yang
menggila!! Kini Jaka, Rama (Iko Uwais) dan rakan-rakan sepasukannya yang lain
terpaksa menukar misi, dari memburu Tama kini mereka memburu nyawa mereka
sendiri pula! Mereka terpaksa keluar dari apartment itu, dan langkah keluar itu
juga adalah satu neraka bagi mereka.
Watak
TAMA
Filem ini tidak menumpu kepada satu-satu watak sahaja.
Setiap watak memainkan peranan masing-masing untuk menghidupkan cerita. Tama
dilakonkan oleh Ray Sahetapi, beliau memang sesuai untuk memegang posisi Tama
itu. Tama merupakan seorang penjenayah besar yang tenang, tidak terburu-buru,
bijak menilai situasi, dan dalam masa yang sama dia boleh membunuh mangsanya dengan
menembak sambil makan mee.
JAKA
Jaka dilakonkan oleh Joe Taslim. Perghh!! Secara seriusnya
atau orang putih panggil seriously ,
watak Jaka ini telah membuatkan aku tiba-tiba sahaja menjadi peminat Joe Taslim
secara automatik! Walaupun aku rasa ini pertama kali aku lihat Joe Taslim
berlakon, atau tak salah aku kata aku kenal dia sebab filem ini, tetapi lakonan
mantapnya telah membuatkan aku tiba-tiba tersangkut dengan lakonannya dan
membuatkan aku mula tertunggu-tunggu akan filemnya yang akan datang.
Jaka merupakan ketua pasukan SWAT yang menyerbu apartment
Tama. Dia merupakan seorang ketua yang sangat tegas serta sangat
bertanggungjawab terhadap anak-anak buahnya. Dia tidak akan meninggalkan
apartment itu selagi anak-anak buahnya yang selamat tidak ada bersamanya. Tetapi amat malang sebelum dia berjaya
menemukan anak-anak buahnya yang terpisah di tingkat lain, dia telah bertemu
dengan Mad Dog. Orang kanan Tama yang sangat gila, sesuai dengan namanya.
Kadangkala, aku terasa lakonan mantap Joe Taslim ini sedikit
menggelamkan watak bintang filem ini, iaitu Iko Uwais.
RAMA
Rama, watak yang dimain oleh Iko Uwais, yarghh!! Inilah
watak bintang yang menguatkan filem ini. Lakonan Iko memang sangat bagus
walaupun ini barulah filem kedua lakonannya, tetapi kualiti lakonannya kadangkala
mengatasi pelakon-pelakon yang sudah lama dalam bidang ini. Bravo! Walaupun
wataknya sedikit tenggelam dengan watak Jaka yang kelihatannya lebih menonjol,
tetapi aksi silatnya berjaya mengekalkan kesedaran penonton akan kewujudannya
didalam filem ini.
Aksi tangkasnya bermain pisau serta penggunaan unsur-unsur
sekeliling untuk dijadikan senjata membuatkan kita berkata, “Ini MEMANG sebuah
filem aksi mempertahankan diri yang sebenar!”
ANDI
Andi, orang kuat Tama selain Mad Dog. Dia juga merupakan
kepala perancang setiap operasi perniagaan
haram Tama. Andi dilakonkan oleh Doni Alamsyah. Beliau juga ada muncul
dalam filem Gareth Evans yang terdahulu, Merantau. Di dalam Merantau dia
memainkan watak sebagai abang kepada Yuda. Manakala dalam Serbuan Maut, ia
masih lagi memainkan watak abang kepada Iko Uwais. Andi telah lama meninggalkan
keluarganya, pada babak Rama mahu meninggalkan rumahnya, dia berkata kepada
ayahnya, “Aku akan bawanya pulang.”
Doni Alamsyah yang anda lihat peramah dan santai di dalam
Merantau berubah 100% dalam filem ini. Dalam filem ini, dia akan membunuh
manusia macam makan nasi, tak ada perasaan. Tidak ku sangka, rupa-rupanya dia
juga dapat memainkan aksi pertarungan dengan hebat. Anda akan dapat menemui
Doni Alamsyah lagi dalam sebuah filem Indonesia ynag terbaru, 5 Menara. Sebuah
filem yang diadaptasi dari novel terlaris A.Fuadi.
MAD DOG
WOrghh..!!! Mad Dog, tiada nama lain yang lebih sesuai untuk
Yayan Ruhian dalam Serbuan Maut melainkan Mad Dog. Wataknya, INCREDIBLE!!
BOMBASTIC!! PLASTIC!! Aku tidak tahu bagaimana mahu mengulas wataknya. Anda
perlu saksikan sendiri baru anda tahu! Mad
Dog juga adalah orang kanan Tama. Dia memang gila! Kemahiran seni silatnya
memang MARVELLOUS!! Anda juga dapat menemui Yayan Ruhian dalam Merantau, dimana
Iko Uwais bertarung dengannya didalam lif. Arghh!! Aku tak tau macamana nak
cerita dah watak dia. Memang gila dia ni!
Muzik
Ini satu lagi unsur maut untuk filem Serbuan Maut. Muziknya
betul-betul masuk dengan babak-babak dan adegan pertarungan didalam filem ini.
Adunan muziknya dibuat oleh Mike Shinoda dan Joseph Trapanese. Anda kenal Mike
Shinoda? Alaa.. yang kumpulan Linkin
Park tu. Apa yang boleh aku kata tentang muziknya, memang membunuh!! Memang terbaik ah muziknya!!
Sinemotografi
Memang cun, seperti yang Matt Flannery buat dalam Merantau.
Permainan kamera juga sangat baik!! Ia berjaya membuatkan kita benar-benar
merasai setiap debaran yang berdetik didalam Serbuan Maut. Lagi satu, tona
warna yang agak gelap dan pudar itu sangat sesuai dengan konsep aksi yang
dibawa Serbuan Maut. Teringat tona warna dalam sebuah filem Perancis L’Assault.
Babak-babak pilihan
Arghh!! Sebenarnya hampir keseluruhan babak filem ini adalah
babak pilihan bagi aku. Cuma aku pilih yang paling-paling melekat dekat ingatan
aku.
1.Peti ais meletup. Babak ini Rama dan rakan sepasukannya
memasukkan sebuah tong gas ke dalam peti ais kosong sebelum mengheretnya ke
pintu bilik. Disebalik pintu bilik itu penuh dengan manusia-manusia sampah yang
mahu membunuh mereka yang cuba memasuki bilik itu. Sebaik sahaja peti ais tu
tiba di pintu bilik, Rama mencabut pin sebuah bom tangan dan dicampak masuk ke
dalam peti ais itu sebelum bahagian peti ais yang terbuka itu dihadapkan ke
pintu dan…… KABOOOMMM!!!!
2. Aksi pertarungan
Rama dengan kumpulan khas Tama yang berparang. Kumpulan ini semacam
pasukan khusus bagi Tama. Ada satu babak yang sangatlah mendebarkan membabitkan
Rama dengan kumpulan ini disaat Rama dengan seorang rakannya yang cedera parah
sedang bersembunyi disebalik sebuah dinding kayu. Ketua kumpulan ini
mengagak-agak jika ada orang yang bersembunyi di sebalik dinding kayu itu,
lantas ditikam-tikam dinding itu.
PEGRGHH!! Memang seram sejuk menonton adegan itu!! Parang itu mencucuk-cucuk
sehingga ia menghiris pipi Rama! Aduss…!
3. Aksi Rama yang sudah tiada jalan keluar terpaksa merempuh
tingkap untuk terjun ke bawah dengan menjadikan ketua kumpulan Parang itu
sebagai perisai. BEDEBUKK!! Sebaik sahaja jatuh ke sebuah tangga besi, Rama
kembali merempuh masuk ke sebuah rumah melalui tingkap bersebelahan apabila dia
ditembak oleh orang-orang Tama yang mengepung di luar apartment.
4. Aksi Jaka bertarung dengan Mad Dog. Didalam babak ini, Mad
Dog akan mengajar anda bagaimana caranya untuk berlawan dengan mereka yang
lebih besar dan tinggi dari anda. Babak ini membuatkan aku berkata, “HAH??!!!
Jaka mati ke??!!”
5. Aksi Andi membunuh dua orang manusia didalam lif dengan pisau. Sangat pantas, cepat dan sadis. Lepas tu dia boleh buat muka selamba tunggu pintu lif buka.
6. Yarrgh!! Yang keenam Ini adalah kemuncak segala aksi-aksi
pertarungan di dalam Serbuan Maut. Di antara pertarungan di dalam filem yang gred
A++ bagi aku. Pertarungan dua lawan satu! Antara Rama berpadu dengan Andi menentang
Mad Dog seorang! WARGGHHH!!!!! GILAA!!!! Memang mantap!! Adegan pertarungan akhir
ini telah memaksa Rama, Andi dan Mad Dog mengeluarkan segala macam teknik silat
yang ganas-ganas!!
Pertarungan akhir mereka ini diadakan didalam sebuah bilik
kosong yang berupa seperti tempat seksaaan Tama untuk mangsa-mangsanya. Tona
warna yang pudar ditambah lagi dengan track Putting
A Mad Dog Down dari Mike Shinoda membuatkan pertarungan akhir ini memang epik!!
Tambah-tambah lagi adegan terakhir ketika Andi dan Rama berjaya membunuh Mad
Dog, Perghh!!! MEMANG EPIKK!!
7. Yang ketujuh adalah babak ketika Rama dan Andi berpisah
ketika Andi menemankan Rama ke pintu keluar apartment, dengan paparan visual
yang tiba-tiba gerak perlahan, dan track Razors
Out nyanyian Chino Moreno pun masuk. Huh.. memang stailo babak ini. Ia
menunjukkan bagaimana kedua-dua pihak dalam keadaan yang sangat letih dengan
konflik yang berlaku hari itu, dan Razors
Out memang terbaik. Nama pun Razors
Out, memang ganas!
Huh.. letih dah aku menulis… tapi filem ini memang layak untuk aku ulas panjang-panjang.
Keseluruhannya, Serbuan Maut atau The Raid atau The Raid
Redemption ini merupakan sebuah filem aksi, atau aksi mempertahankan diri yang
terbaik pernah aku saksikan! Filem ini juga membuatkan kita akan berkata, “Hah?
Macam tu pun boleh bunuh orang?”. Ya, filem ini akan menunjukkan adegan-adegan
membunuh yang tidak terfikir oleh akal kita, kerana apa? Kerana mereka memang
benar-benar MEMPERTAHANKAN DIRI!! Kerana didalam keadaan darurat, benda yang
asalnya bukan senjata boleh menjadi senjata yang bahaya. Bayangkan lampu
kalimantang yang putih tu pun boleh bunuh orang. Huh.. gila.... Jangan dibanding dengan Jiwa Taiko, filem ini adalah langit, Jiwa Taiko tu bumi!!! Okay, Kita akhiri artikel ini dengan Razors Out.
thank for the nice review pak cik
BalasPadamjaket kulit
Sama-sama mas. Tapi saya belum pangkat pakcik lagi. Kahwin pun belum.
PadamSenang rasanya melihat urang negeri Jiran menyukai film Indonesia.
BalasPadamTak usah cemas. Suatu masa nanti juga akan muncul film yang benar-benar keren/cool dari Malaysia.
* masih rindu dengan film macam Putri Gunung Ledang. Sesal, Merong Mahawangsa kualitasnya buruk di bawah PGL.
Tu lah. Saya tak tahulah, apa jadi dengan filem Malysia ni. Cuma filem Malaysia baru yang paling okay pun saya rasa itu KL Gangster. Tu pun saya masih tak rasa nak buat review tentangnya.
PadamNampaknya saya kena buat filem sendiri.
tak rasa itu maksudnya nggak rasa.
Padamsalam dari Indonesia :)
BalasPadamsenang rasanya kalau kamu suka film The Raid ini
saya juga big fan The Raid^^
memang film ini satu kali lihat saja gak cukup
saya sampai dua kali pergi ke cinema nonton film ini saja, dan saya akan ikut menonton kalau film ni screening lagi di cinema/theater Indonesia :)
DVD/bluray akan dirilis Agustus ni, saya pasti beli dan menontonnya berulang kali^^
oh iya, tunggu sequel-nya "Berandal", pastikan kamu menontonnya di cinema/theater karena menonton film macam ni together with other action junkies itu lebih seru, tepuk tangan dan teriakan "oohhhh" dan "arrghhh" bersama-sama penonton lain itu rasanya lebih asyik. lebih "Greget" kalau kata MadDog :)
saya suka review kamu, penulisan yg bagus dan sangat menghibur membuat saya tersenyum-senyum sambil membayangkan adegan The Raid satu persatu
Salam disambut, Terima kasih. Sebenarnya bahasa tulisan saya sudah campur-campur antara bahasa rasmi dan slanga Utara Malaysia.
PadamMemang diri ini sedang menunggu akan Berandal. Tidak sabar rasanya, cepatlah Gareth! Jangan buang masa!
:D
Padamsaya lebih suka bahasa kamu ni lagi, karena lebih mudah saya mengerti. saya juga harap kamu bisa paham bahasa saya :)
FYI, script "Berandal"(kalau saya tak salah pernah baca di satu artikel) sudah selesai. tapi Iko Uwais dan Yayan Ruhian InsyAllah akan berangkat ke USA untuk bantu choreography The Raid versi remake di sana, jika saya tak keliru lagi, bulan Juli ini kabarnya mereka akan pergi ke USA.
Saya juga sebenarnya tidak sabar lagi nak menonton "Berandal" :)
Insya Allah, saya masih boleh mengerti bahasa kamu,:) Malah ada sesetengah bahasa Melayu di Malaysia sendiri yang saya kurang faham, terutamanya di Kelantan dan pedalaman Perak.
PadamSejujurnya, saya rasa sedikit keberatan apabila The Raid ini akan di remake di US. Ini kerana The Raid sudah ada rohnya yang tersendiri dan sudah menjadi satu filem yang berkualiti dan tidak perlu dibuat semula. Takutnya jika yang diremake itu sudah terhasil, kita akan mula membanding-bandingkan antara kedua-duanya. Dan saya itu sesuatu yang kurang sihat untuk kemajuan filem Indonesia.
The Raid versi Indonesia ini pun sudah cukup kuat untuk ia 'stand alone'. Tidak perlu dibuat versi lain. Saya tidak menentang mereka membuat filem di US, cuma rasa lebih baik jika Gareth, Iko, dan Yayan menghasilkan sebuah filem aksi lain yang tidak ada kena mengena dengan The Raid.
Dulu zaman kecil saya, saya layan si pitung.
saya juga sama pun, tak begitu antusias dengan The Raid remake. saya tak bisa bayangkan pemeran Rama, Jaka, Maddog, dan Andi itu selain Iko, Joe, Yayan, dan Doni. mereka sudah pas, saya rasa tak bisa digantikan orang lain. The Raid itu bagus karena ciri khasnya sendiri, versi remake saya pikir pastilah akan merubah banyak hal dari The Raid. jadi lebih baik saya anggap versi remake itu sebagai film lain saja, yang tak ada hubungan apapun dengan The Raid^^
BalasPadamapa nak dikata, pihak USA memang sudah sejak awal membeli hak untuk versi remake ni, juga sudah disetujui oleh pihak Merantau Film. Gareth Evans sendiri tak merasa keberatan dengan versi remake ni. dia malah senang karena Silat bisa lebih dikenal lagi oleh masyarakat dunia. Mungkin dia juga tak nak membatasi, kalo ada kesempatan Silat untuk lebih dikenal dunia, dia merasa harus men-support itu. Gareth memang sangat senang dengan Silat, semoga nanti ada masanya dia nak membuat film Si Pitung juga, versi Gareth boleh jadi lebih "Greget" :)
Ya.. hahaha.. Betul juga. Kita anggap saja ia sebuah filem lain yang tidak ada kena mengena dengan The Raid asli. Ya betul..
PadamEh..eh.. tunggu sebentar, kamu ni perempuan kan? Kamu suka filem ganas ya. Ini pertama sekali saya temui seorang perempuan yang suka filem yang ganas. Ajaib!
:)
BalasPadamwah, kamu hebat bisa tebak saya perempuan
bagaimana kamu boleh tahu?
iya, selera movie saya memang sedikit beda dengan mostly perempuan^^
tapi saya ada tau juga beberapa perempuan yg sama seperti saya, suka film macam ni^^
biasa lah tu, perempuan pun suka dan perlu juga bela diri, kan? :)
saya nak tanya lagi boleh ke?
"tonto" dan ter"kantoi", saya agak bingung mencari artinya. kalau kamu mau jelaskan sikit, saya pasti sangat senang dan berterima kasih :)
Hahaha... Sebaik sahaja awak bertanya tentang perkataan 'tonto' dan 'kantoi', saya terketawa. Bertenang, tolong jangan marah saya saya akan jelaskan maksudnya. Saya tahu, awak juga akan terasa lucu jika ada orang Malaysia yang tidak faham beberapa istilah Indonesia. Itu biasa, tetap itulah yang unik. Yang membuatkan kita saling cuba memahami antara satu sama lain.
PadamBaik. Tonto itu bukanlah istilah rasmi dalam bahasa Melayu Malaysia. Ia adalah singkatan kepada 'Tolong Orang Nak Tipu Orang'. Jadi singkatannya tonto. Di sini kami gunakan istilah itu khusus untuk perisik para penjual dan pengedar DVD cetak rompak (bajak). Mereka ini ini akan bersedia di beberapa tempat strategik untuk memastikan kelancaran aktiviti penjualan DVD cetak rompak tersebut. Jika mereka ternampak kelibat ahli penguatkuasa atau polis, mereka akan segera memaklumkan kehadiran penguatkuasa itu kepada si penjual melalui fonsel. Jadi sang penjual akan segera dapat mengemaskini dvd-dvdnya dan terus melarikan diri sebelum ahli penguatkuasa itu sempat menangkap mereka. Licik bukan.
Namun, kami juga menggunakan isitilah tonto itu untuk perisik bagi penjenayah-penjenayah lain juga seperti penyeludup beras, diesel subsidi yang dijual di Thailand, untuk Along (loan shark) dan lain-lain jenayah.
Kantoi. Ini juga bukan bahasa rasmi, bukan juga bahasa slanga. Saya pun kurang pasti bagaimana ia wujud dalam kamus bahasa rakyat Malaysia. Sesetangah rakyat Malaysia menyebut 'Kantol', bagi mereka yang berada di utara Malaysia menyebut 'Kantoi'. Ia mempunyai banyak maksud, bergantung kepada keadaan. Namun selalunya digunakan jika satu perkara yang ingin dirahsiakan dari pengetahuan seseorang itu telah terbongkar tanpa disangka-sangka.
Contoh: "Kantol aku! Halim sudah beritahu Aishah yang aku sukakan dia!"
Ayat lain,:" Habis aku! Halim sudah beritahu Aishah yang aku sukakan dia!"
Bahasa Utara Malaysia. "Kantoi aku! Halim dah bagitau Aishah yang aku suka kat dia!"
Begitulah lebih kurangnya. Panjang juga penjelasan saya, adakah kita berada di bilik kuliah universiti, Fakulitas Linguistik? Haha... :D Harap ini membantu anda. Sekiranya ada pertanyaan lagi, saya tidak keberatan untuk menjawab. Mungkin kadangkala lewat sikit untuk menjawab kerana kerja.
Bagaimana saya boleh meneka kamu perempuan? Kan profile kamu tertulis jelas 'Female'. Awak lupa ya^^. Wau.. Rakan awak pun sama? Kamu semua memang 'rare pokemon'.
Halo! Salam dari Indonesia ^^
BalasPadamVery entertaining review! If you have Facebook, try search for "Sersan Jaka", because kita ada fanpage khusus untuk Sersan Jaka ^^
Oya, Joe Taslim actually read this review you know =D because someone tweeted this page and it got retweeted by Joe himself! Selamat ya, hehe
Salam disambut ^^. HAAA??!!!! Dia baca ?! Adoi. Malu la pulaks! Owh, saya tidak ada facebook dan tidak bercadang untuk membuatnya. Kerana terlalu banyak perkara di internet yang membuatkan banyak masa saya habis di depan komputer. Perlukan sedikit masa untuk melakukan aktiviti luar alam digital. Hehe... apa dia cakap dalam tweet balas itu?
Padamsaudara-saudara, jangan panik ya.
BalasPadamlapor
sayalah orang yang sudah tweeted review ini kepada Bang Joe Taslim :D
dan dia ucap "terimakasih" plus smiley ^^
tak pe, @Night Aves, kamu tak perlu malu, Bang Joe nampaknya suka dengan review kamu :)
oia, saya telupa di profil saya ada keterangan gender. pantas lah kamu tahu kalau saya ni perempuan :D
@Night Aves, @fathskiescans ini adalah salah satu perempuan yg saya tahu juga suka dengan The Raid :)
dan dia sama pun, suka sangat dengan karakter Sersan Jaka
satu lagi, terimakasih ya kuliah linguistik sekejap tadi, sangat bermanfaat, saya dah paham sekarang. kalau kamu ada nak tanya bahasa Indonesia yg kamu tak paham, saya pun dengan senang hati akan menjawab^^
keep writing ^^
Oh, dia kata begitu..? Haha.. Mesti dalam hati dia berkata, apalah yang budak ni mengarut..Haha.. Kamu nakal ya! :D. All right.. Jika saya ada kemusyiklan nanti saya akan tanya. Jika tidak keberatan, boleh saja kamu beri alamat e-mail kamu. Saya pakai Yahoo mail. Jika saya dapat saya tidak akan dedahkan alamat email kamu kerana saya telah set comment moderation. Tetapi jika keberatan, jangan tanggung lama-lama keberatan itu, nanti sakit pinggang. :D
BalasPadamSebenarnya saya tidak sangka langsung entri The Raid ini telah memecah rekod komen terbanyak dalam semua entri-entri yang telah saya tulis sebelum ini. Terkejut beruk saya..:D
haha... :D
BalasPadamTak la. pastilah Bang Joe paham tulisan kamu, saya juga dah sebut kalau penulis review ni nampaknya sudah jadi peminat baru Bang Joe :D
saya rasa, dia pasti suka kalau ada orang yg kagum dengan lakonannya^^
oh iya, film barunya "Dead Mine". sile search di google or youtube kalau kamu minat :)
mostly review mengenai The Raid itu akan masuk ke thread The Raid yg ada di Kaskus (Largest Indonesian Community), termasuklah review kamu ni. saya pun dapat info review kamu ni dari forum Kaskus. itu sebab, banyak yg aware dengan tulisan kamu dan datang berkunjung ke blog kamu :)
tapi tak perlu cemas, comment tentang review kamu sejauh ini selalu positif. banyak yang suka^^
(eh, saya dah banyak betul cakap ni. tak sadar saya sudah sebut2 pasal kaskus. tak tahu juga sebenarnya diperkenankan atau tidak oleh para kaskuser saya reveal mengenai ni)
tak pe lah, lanjut saja :D
saya kurang begitu rutin buka email, bagaimana kalau saya ikut blog kamu saja, dan kamu juga boleh ikut blog saya :)
sebenarnya kalau kamu punya account facebook atau twitter pastilah akan lebih senang kita jalin komunikasi dan bertukar cerita pasal The Raid^^
Saya, sudah meninjau maklumat 'Dead Mine' sebelum ini. Satu filem keluaran dari HBO Asia. Masih belum tahu lagi adakah filem itu menarik atau tidak kerana belum menontonny. Walaupun premisnya saya sedikit kurang gemar (saya tak suka filem seram atau horror yang membabitkan hantu dan zombie, tapi saya suka sesuatu yang seram yang bukan berkaitan dengan makhluk halus atau zombie, contoh Hide and Seek.).
BalasPadamMungkin saya akan terpaksa menonton Dead Mine kerana Joe Taslim, hahaha... Saya sudah dapat e-mail kamu. terima kasih. Kali ini mungkin kamu kena lebih kerap buka e-mail ^^. Dan kamu boleh saja komen bila-bila masa di blog saya. Peace~:)
:)
BalasPadamokay, saya nantikan tulisan2 menarik yang lainnya ya^^
terutama tulisan kamu mengenai review film :)
Peace juga :)
Nice review bos...!!! Salam dari indonesia... lebih tepatnya salam dari sesama penggemar the raid : redemption.
BalasPadamOh iya... scene yg saya suka waktu ada musuh rama yang kepalanya dihantam ke tembok sampai 3x berturutan sampai kulit temboknya hancur BAM..BAM..BAM..... i was like ... "WOOOOOWWW...That was aaaawwwwwsssssooooommmeeee" hehehe
Gak sabar tunggu the raid 2.... semoga tidak mengecewakan dan lebih banyak "awsome" effect nya. Hehehe
Peace out bro
Salam bro! Oh iya? :D Itu memang sakit sekali! Haha~!! Untuk The Raid 2, ia akan ditayangkan 27 March ini di pawagam (cinema) Malaysia. Saya sudah nggak sabar mahu menontonnya. Tangan dan kaki saya sudah gatal mahu bertumbuk dan bertendang :D
Padam