Yargh, aku baru saja tukar gambar intro di atas. Lukis sendiri ya, termasuk dengan background tu sekali. Cis! Aku memanglah sangat amatur dalam mewarna ni.
Untuk versi gambar penuh, sila tekan butang Night Aves C di sebelah kanan ni ha..
Sabtu, 16 Jun 2012
Khamis, 14 Jun 2012
Selasa, 12 Jun 2012
Mirwana & Altimet - Itu Ini Begitu Begini
(INTRO):
Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..
(CHORUS):
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..
(VERSE 1)
Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah
(Chorus)
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.
(VERSE 2)
Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,
(BRIDGE):
Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..
(Chrous X2)
Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta
Isnin, 11 Jun 2012
AFA Malaysia 2012
Yargh! AFA Malaysia baru saja melabuhkan tirainya semalam. Apa tu AFA Malaysia? AFA ialah Anime Festival Asia. Dan ia telah melabuhkan tirainya malam tadi di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur. Huhuhu..sebenarnya aku mahu pergi. Tetapi oleh kerana aku telah berpindah ke rumah sewa baru di Bandar Nusaputra ni, aku betul-betul sengkek. Jangankan kata hanya mahu pergi tengok-tengok sahaja dan tidak membeli, wang untuk perbelanjaan ke sana pun tidak ada. Huhuhu..
Harap-haraplah ia diadakan lagi pada waktu akaun bank aku sangat sihat. Hari ni pula Danny Choo buat aktiviti Culture Japan Nightnya di Pavillion, 5 petang nanti sampai pukul 10 malam. Nak pergi ke tak. Dahlah jalan di Kuala Lumpur ni berselirat. Kalau pandu kereta aku boleh faham lagi jalannya. Tetapi kalau jalan motornya, memang pening. Arghh.. Ke kita naik KLIA Express sahaja?
Misi 10A Plus
Baru saja menghabisi komik ini. Apa yang boleh dikatakan, gandingan Afiq dan Nazry dalam menghasilkan komik memang tidak mengecewakan. Serius, setiap naskhah siri Komik yang dihasilkan oleh mereka membuatkan aku tidak berasa rugi membelinya.
Misi 10A menyambung kisah Aizad dan Zahid di Maktab Rendah Sains Mara Alor Gajah. Kali ini Zahid dan Aizad menghadapi cabaran yang tersendiri, bukan lagi tentang peperiksaan, tetapi dua pertandingan yang berbeza. Zahid akan bertanding di dalam pertandingan kuiz matematik peringkat sekolah, manakala Aizad pula akan menghadapi pertandingan silat. Satu kepintaran otak untuk mendapatkan jawapan, satu lagi memerlukan kekuatan fizikal yang maksimum untuk mendapatkan mata.
Apa yang pasti, kali ini Misi 10 Plus ini menunjukkan banyak kemajuan dan kematangan di dalam lukisan Afiq. Ceritanya pula jangan dicerita, memang layan, memang sempoi (kata orang Kedah) Syabas Nazry! Dalam banyak-banyak komik buatan 100% Malaysia, komik Afiq dan Nazry ini di antara yang berbaloi untuk dibaca berulang-ulang kali. Selain itu, Misi 10 Plus didatangkan dalam bentuk yang bewarna! Tetapi harganya (rega kata orang Kedah) murah saja! RM8.90. Apa? Anda kata mahal? No way man! Ia sangat murah berbanding dengan apa yang anda dapat.
Aku sebenarnya sangat terasa akan kesedihan yang dialami Zack tu, walaupun fiksyen tetapi kisahnya sangat hidup walaupun ia bukan subjek utama Misi 10 Plus ini. Sedih woo...
All right! Kita sambung dengan Ali dan Tuah pula, aku bundle sekalilah review dua-dua komik ini dalam satu pos.
Ali dan Tuah tidak ada kena mengena dengan kisah Tuah dan Jebat. Ali dan Tuah terbit sebelum Misi 10A Plus. Ia mengisahkan...errr..(sekejap nak pi ambil komik dia sat nak 'refresh' balik). Ia mengisahkan Tuah yang telah menyelamatkan sebuah kampung dari kebakaran. Tuah mempunyai kekuatan dan kuasa yang amat dahsyat. Akibat satu peristiwa, dia tidak boleh menggunakan kekuatannya jika ada makhluk hidup yang melihatnya, walaupun seekor cicak.
Di sini dia menemui Ali. Ali menceritakan bahawa kampungnya ini di bawah kuasa sang perompak yang dinamakan Pancakuasa. Lalu dia mencadangkan Tuah untuk menewaskan mereka. Dipendekkan cerita (nanti spoil pulakkan?) Tuah bersetuju. Lalu Tuah dan Ali pun pergi menuju ke tempat Pancakuasa bersemayam. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seekor tikus, sumpah-sumpah, dan seekor anak naga comel. Eh nanti sekejap! Macam cerita Momotaro saja??! Tetapi versi Nusantara.
Apa yang aku pasti, kalau siri-siri Misi mereka mengingatkan aku Bakuman, Ali dan Tuah mengingatkan aku tentang One Piece, gaya watak dia pun dah nak sama. Walaubagaimanapun, ia tetap layan! Ali dan Tuah digenrekan sebagai sebuah komik fantasi. Jadi, jangan anda harapkan lojik dalam komik fantasi. Tak usah pening-pening, layan sahaja.
Jumaat, 8 Jun 2012
Hampeh hang Ace!
Hang memang hampeh. Memang nak kena dengan aku. Dulu aku gagah main CnC saja tanpa mempedulikan CoD MW. Hang jugak yang menjebakkan aku dalam ketagihan CoD dah tak pasal-pasal aku terlekat kat dua game lan serentak. Dan dalam masa yang sama aku menahan segala godaan-godaan yang menghasut aku untuk terlibat dalam penyakit DotA. Alhamdulilah aku berjaya. Jadi fulusku hanya mengalir untuk kedua-dua dadah itu sahaja.
Kemudian aku terjebak pula dengan satu lagi penyakit yang akan memakan masa dan duit aku, blogging. Tidak mengapa, itu aku maafkan hang kerana penyakit ini aku sendiri yang cari. Kemudian hang buat hal lagi, dan kali ini hasutan durjana hang dengan budak UIA tu telah berjaya menyebabkan aku dengan rela hati terjebak dalam wabak LoL. Aduhai, terbang la lagi fulusku.
P/s: Siapa-siapa ada join livechess.com, add la aku. Boleh kita bertanding strategi di atas papan catur.
Kemudian aku terjebak pula dengan satu lagi penyakit yang akan memakan masa dan duit aku, blogging. Tidak mengapa, itu aku maafkan hang kerana penyakit ini aku sendiri yang cari. Kemudian hang buat hal lagi, dan kali ini hasutan durjana hang dengan budak UIA tu telah berjaya menyebabkan aku dengan rela hati terjebak dalam wabak LoL. Aduhai, terbang la lagi fulusku.
P/s: Siapa-siapa ada join livechess.com, add la aku. Boleh kita bertanding strategi di atas papan catur.
Khamis, 7 Jun 2012
AS akan terus serang al-Qaeda di Pakistan
NEW DELHI 7 Jun - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta berkata, negara itu akan meneruskan rancangannya menyerang al-Qaeda di Pakistan, selepas pembunuhan pemimpin nombor dua kumpulan militan itu, Abu Yahya al-Libi. Katanya, AS amat jelas dalam perkara itu dan akan terus mempertahankan dirinya.
“Kedaulatan Amerika juga diancam oleh kumpulan yang turut berada di Pakistan dalam merancang serangan pada 11 September," katanya semasa lawatan ke India semalam. - AFP
“Kedaulatan Amerika juga diancam oleh kumpulan yang turut berada di Pakistan dalam merancang serangan pada 11 September," katanya semasa lawatan ke India semalam. - AFP
Ahad, 3 Jun 2012
Serbuan Maut A.K.A The Raid
Yaarggghh!! Setelah sekian lama aku menunggu kehadirannya,
akhirnya Serbuan Maut telah berjaya menendang mukaku bertubi-tubi sampai lebam
sana-sini. Selesai sahaja menontonnya, tiada apa yang boleh aku katakan lagi,
“WOOOOOWWWW!!!!” Itu sahaja. Debarannya, aksi silatnya, sinemotografinya
semuanya terbaik bagi aku, dan telah membuatkan aku menontonnya dua kali untuk
satu malam tu, dan besok ulang tonton lagi!! MAN!! It is an AWESOME MOVIE !!
WAARRGGHH!!!
Tajuk
Filem ini mempunyai beberapa tajuk, untuk pasaran Indonesia,
ia diberi tajuk Sebuan Maut, manakala untuk tayangan perdana di Midnight
Madness, ia diberi nama The Raid sebelum ditambah The Raid: Redemption untuk
pasaran dunia. Redemption diberi bagi membezakannya dari beberapa buah filem
lain yang menggunakan tajuk yang sama.
Ceritanya
Kisah bermula apabila satu pasukan khusus polisi Indonesia
seperti pasukan SWAT menjalankan misi untuk menangkap Tama, seorang penjenayah Star di tengah-tengah kotaraya Jakarta.
Menangkapnya tidak mudah kerana tempat bersemayamnya merupakan di tingkat 15 di
sebuah bangunan apartment 30 tingkat.
Tama mengawal seratus peratus bangunan itu. Untuk
memasukinya hanya ada satu pintu masuk seperti pintu gerbang yang dikawal oleh
orang-orangnya. Apartment ini juga merupakan tempat tinggal bagi orang-orang
Tama, disamping itu juga ia tempat bermaustatinnya segala penjenayah-penjenayah
lain yang menyewa rumah disitu. Ia juga merupakan pusat Tama menjalankan
aktiviti perniagaan haramnya dan terdapat juga kilang dan makmal memproses
dadah di apartment tersebut. Perghh!! Anda boleh bayangkan betapa sampahnya
tempat itu. Teringat kata Jaka ketika mereka hampir tiba ke lokasi Tama ketika
menaiki van SWAT, “AYUH! Kita bersihkan
sampah kota ini!”.
Bukan itu sahaja, bangunan ini juga dilengkapi dengan cctv
yang dihubungkan terus ke rumah Tama. Di samping itu, setiap tingkat dilengkapi
dengan alat interkom yang juga dihubungkan terus ke tempat Tama untuk
memudahkan anak-anak buahnya memaklumkan apa-apa maklumat kepada Tama. Senang cakap, bangunan ini seperti sebuah
kubu perang di mana setiap sudut orang-orang Tama pasti ada. Gila AH!
Setelah berjaya menembus masuk ke apartment itu secara
senyap dan penuh strategi, mereka terus memulakan operasi mencari dan menangkap
Tama. Jaka kata “Tugas kita sederhana. Kita masuk, tangkap dan seret dia
keluar!”. Serbuan itu dilakukan pada awal subuh, ketika para penghuni apartment
masih ramai yang dibuai mimpi.
TETAPI! Malang memang tidak pernah ada bau, apabila mereka
berada di tingkat enam, serbuan senyap mereka terbongkar oleh seorang
kanak-kanak yang bertindak sebagai tonto (anda tahu tonto?) dan terus
memaklumkan kepada Tama akan kehadiran pasukan pasukan SWAT itu melalui interkom.
Berita itu tidak langsung membuat Tama gentar, dia sendiri
mempunyai berlori-lori tenteranya di apartment itu untuk melindunginya, di
setiap tingkat bangunan. Cukup dengan satu pengumuman melalui alat pembesar
suara di setiap tingkat apartmentnya, itu sahaja telah membangkitkan nafsu
membunuh setiap manusia didalam apartment itu. Bagi Jaka dan pasukannya yang
sudah ter’kantoi’, pengumuman itu cukup-cukup meremangkan bulu roma mereka.
“Selamat
pagi teman-teman. Mungkin anda sudah mendengar kalau kita kedatangan tamu tak
diundang. Bukan saya yang mengundang dan tentunya mereka tidak kita terima di
sini. Demi kepentingan kita semua, anda bisa memberikan bantuan anda dalam
mengusir kutu-kutu ini. Dan anda, akan mendapatkan imbal tinggal tanpa biaya.
Anda
bisa menemui tamu tak diundang ini di lantai enam. Selamat bekerja, dan jangan
lupa bersenang-senang.”
Apa lagi, operasi yang pada asalnya berjalan lancar terus
bertukar menjadi satu huru-hara yang
menggila!! Kini Jaka, Rama (Iko Uwais) dan rakan-rakan sepasukannya yang lain
terpaksa menukar misi, dari memburu Tama kini mereka memburu nyawa mereka
sendiri pula! Mereka terpaksa keluar dari apartment itu, dan langkah keluar itu
juga adalah satu neraka bagi mereka.
Watak
TAMA
Filem ini tidak menumpu kepada satu-satu watak sahaja.
Setiap watak memainkan peranan masing-masing untuk menghidupkan cerita. Tama
dilakonkan oleh Ray Sahetapi, beliau memang sesuai untuk memegang posisi Tama
itu. Tama merupakan seorang penjenayah besar yang tenang, tidak terburu-buru,
bijak menilai situasi, dan dalam masa yang sama dia boleh membunuh mangsanya dengan
menembak sambil makan mee.
JAKA
Jaka dilakonkan oleh Joe Taslim. Perghh!! Secara seriusnya
atau orang putih panggil seriously ,
watak Jaka ini telah membuatkan aku tiba-tiba sahaja menjadi peminat Joe Taslim
secara automatik! Walaupun aku rasa ini pertama kali aku lihat Joe Taslim
berlakon, atau tak salah aku kata aku kenal dia sebab filem ini, tetapi lakonan
mantapnya telah membuatkan aku tiba-tiba tersangkut dengan lakonannya dan
membuatkan aku mula tertunggu-tunggu akan filemnya yang akan datang.
Jaka merupakan ketua pasukan SWAT yang menyerbu apartment
Tama. Dia merupakan seorang ketua yang sangat tegas serta sangat
bertanggungjawab terhadap anak-anak buahnya. Dia tidak akan meninggalkan
apartment itu selagi anak-anak buahnya yang selamat tidak ada bersamanya. Tetapi amat malang sebelum dia berjaya
menemukan anak-anak buahnya yang terpisah di tingkat lain, dia telah bertemu
dengan Mad Dog. Orang kanan Tama yang sangat gila, sesuai dengan namanya.
Kadangkala, aku terasa lakonan mantap Joe Taslim ini sedikit
menggelamkan watak bintang filem ini, iaitu Iko Uwais.
RAMA
Rama, watak yang dimain oleh Iko Uwais, yarghh!! Inilah
watak bintang yang menguatkan filem ini. Lakonan Iko memang sangat bagus
walaupun ini barulah filem kedua lakonannya, tetapi kualiti lakonannya kadangkala
mengatasi pelakon-pelakon yang sudah lama dalam bidang ini. Bravo! Walaupun
wataknya sedikit tenggelam dengan watak Jaka yang kelihatannya lebih menonjol,
tetapi aksi silatnya berjaya mengekalkan kesedaran penonton akan kewujudannya
didalam filem ini.
Aksi tangkasnya bermain pisau serta penggunaan unsur-unsur
sekeliling untuk dijadikan senjata membuatkan kita berkata, “Ini MEMANG sebuah
filem aksi mempertahankan diri yang sebenar!”
ANDI
Andi, orang kuat Tama selain Mad Dog. Dia juga merupakan
kepala perancang setiap operasi perniagaan
haram Tama. Andi dilakonkan oleh Doni Alamsyah. Beliau juga ada muncul
dalam filem Gareth Evans yang terdahulu, Merantau. Di dalam Merantau dia
memainkan watak sebagai abang kepada Yuda. Manakala dalam Serbuan Maut, ia
masih lagi memainkan watak abang kepada Iko Uwais. Andi telah lama meninggalkan
keluarganya, pada babak Rama mahu meninggalkan rumahnya, dia berkata kepada
ayahnya, “Aku akan bawanya pulang.”
Doni Alamsyah yang anda lihat peramah dan santai di dalam
Merantau berubah 100% dalam filem ini. Dalam filem ini, dia akan membunuh
manusia macam makan nasi, tak ada perasaan. Tidak ku sangka, rupa-rupanya dia
juga dapat memainkan aksi pertarungan dengan hebat. Anda akan dapat menemui
Doni Alamsyah lagi dalam sebuah filem Indonesia ynag terbaru, 5 Menara. Sebuah
filem yang diadaptasi dari novel terlaris A.Fuadi.
MAD DOG
WOrghh..!!! Mad Dog, tiada nama lain yang lebih sesuai untuk
Yayan Ruhian dalam Serbuan Maut melainkan Mad Dog. Wataknya, INCREDIBLE!!
BOMBASTIC!! PLASTIC!! Aku tidak tahu bagaimana mahu mengulas wataknya. Anda
perlu saksikan sendiri baru anda tahu! Mad
Dog juga adalah orang kanan Tama. Dia memang gila! Kemahiran seni silatnya
memang MARVELLOUS!! Anda juga dapat menemui Yayan Ruhian dalam Merantau, dimana
Iko Uwais bertarung dengannya didalam lif. Arghh!! Aku tak tau macamana nak
cerita dah watak dia. Memang gila dia ni!
Muzik
Ini satu lagi unsur maut untuk filem Serbuan Maut. Muziknya
betul-betul masuk dengan babak-babak dan adegan pertarungan didalam filem ini.
Adunan muziknya dibuat oleh Mike Shinoda dan Joseph Trapanese. Anda kenal Mike
Shinoda? Alaa.. yang kumpulan Linkin
Park tu. Apa yang boleh aku kata tentang muziknya, memang membunuh!! Memang terbaik ah muziknya!!
Sinemotografi
Memang cun, seperti yang Matt Flannery buat dalam Merantau.
Permainan kamera juga sangat baik!! Ia berjaya membuatkan kita benar-benar
merasai setiap debaran yang berdetik didalam Serbuan Maut. Lagi satu, tona
warna yang agak gelap dan pudar itu sangat sesuai dengan konsep aksi yang
dibawa Serbuan Maut. Teringat tona warna dalam sebuah filem Perancis L’Assault.
Babak-babak pilihan
Arghh!! Sebenarnya hampir keseluruhan babak filem ini adalah
babak pilihan bagi aku. Cuma aku pilih yang paling-paling melekat dekat ingatan
aku.
1.Peti ais meletup. Babak ini Rama dan rakan sepasukannya
memasukkan sebuah tong gas ke dalam peti ais kosong sebelum mengheretnya ke
pintu bilik. Disebalik pintu bilik itu penuh dengan manusia-manusia sampah yang
mahu membunuh mereka yang cuba memasuki bilik itu. Sebaik sahaja peti ais tu
tiba di pintu bilik, Rama mencabut pin sebuah bom tangan dan dicampak masuk ke
dalam peti ais itu sebelum bahagian peti ais yang terbuka itu dihadapkan ke
pintu dan…… KABOOOMMM!!!!
2. Aksi pertarungan
Rama dengan kumpulan khas Tama yang berparang. Kumpulan ini semacam
pasukan khusus bagi Tama. Ada satu babak yang sangatlah mendebarkan membabitkan
Rama dengan kumpulan ini disaat Rama dengan seorang rakannya yang cedera parah
sedang bersembunyi disebalik sebuah dinding kayu. Ketua kumpulan ini
mengagak-agak jika ada orang yang bersembunyi di sebalik dinding kayu itu,
lantas ditikam-tikam dinding itu.
PEGRGHH!! Memang seram sejuk menonton adegan itu!! Parang itu mencucuk-cucuk
sehingga ia menghiris pipi Rama! Aduss…!
3. Aksi Rama yang sudah tiada jalan keluar terpaksa merempuh
tingkap untuk terjun ke bawah dengan menjadikan ketua kumpulan Parang itu
sebagai perisai. BEDEBUKK!! Sebaik sahaja jatuh ke sebuah tangga besi, Rama
kembali merempuh masuk ke sebuah rumah melalui tingkap bersebelahan apabila dia
ditembak oleh orang-orang Tama yang mengepung di luar apartment.
4. Aksi Jaka bertarung dengan Mad Dog. Didalam babak ini, Mad
Dog akan mengajar anda bagaimana caranya untuk berlawan dengan mereka yang
lebih besar dan tinggi dari anda. Babak ini membuatkan aku berkata, “HAH??!!!
Jaka mati ke??!!”
5. Aksi Andi membunuh dua orang manusia didalam lif dengan pisau. Sangat pantas, cepat dan sadis. Lepas tu dia boleh buat muka selamba tunggu pintu lif buka.
6. Yarrgh!! Yang keenam Ini adalah kemuncak segala aksi-aksi
pertarungan di dalam Serbuan Maut. Di antara pertarungan di dalam filem yang gred
A++ bagi aku. Pertarungan dua lawan satu! Antara Rama berpadu dengan Andi menentang
Mad Dog seorang! WARGGHHH!!!!! GILAA!!!! Memang mantap!! Adegan pertarungan akhir
ini telah memaksa Rama, Andi dan Mad Dog mengeluarkan segala macam teknik silat
yang ganas-ganas!!
Pertarungan akhir mereka ini diadakan didalam sebuah bilik
kosong yang berupa seperti tempat seksaaan Tama untuk mangsa-mangsanya. Tona
warna yang pudar ditambah lagi dengan track Putting
A Mad Dog Down dari Mike Shinoda membuatkan pertarungan akhir ini memang epik!!
Tambah-tambah lagi adegan terakhir ketika Andi dan Rama berjaya membunuh Mad
Dog, Perghh!!! MEMANG EPIKK!!
7. Yang ketujuh adalah babak ketika Rama dan Andi berpisah
ketika Andi menemankan Rama ke pintu keluar apartment, dengan paparan visual
yang tiba-tiba gerak perlahan, dan track Razors
Out nyanyian Chino Moreno pun masuk. Huh.. memang stailo babak ini. Ia
menunjukkan bagaimana kedua-dua pihak dalam keadaan yang sangat letih dengan
konflik yang berlaku hari itu, dan Razors
Out memang terbaik. Nama pun Razors
Out, memang ganas!
Huh.. letih dah aku menulis… tapi filem ini memang layak untuk aku ulas panjang-panjang.
Keseluruhannya, Serbuan Maut atau The Raid atau The Raid
Redemption ini merupakan sebuah filem aksi, atau aksi mempertahankan diri yang
terbaik pernah aku saksikan! Filem ini juga membuatkan kita akan berkata, “Hah?
Macam tu pun boleh bunuh orang?”. Ya, filem ini akan menunjukkan adegan-adegan
membunuh yang tidak terfikir oleh akal kita, kerana apa? Kerana mereka memang
benar-benar MEMPERTAHANKAN DIRI!! Kerana didalam keadaan darurat, benda yang
asalnya bukan senjata boleh menjadi senjata yang bahaya. Bayangkan lampu
kalimantang yang putih tu pun boleh bunuh orang. Huh.. gila.... Jangan dibanding dengan Jiwa Taiko, filem ini adalah langit, Jiwa Taiko tu bumi!!! Okay, Kita akhiri artikel ini dengan Razors Out.
Langgan:
Catatan (Atom)