Bagi aku, Gundam 00 Trailblazer ini termasuklah dengan siri tv-nya sekali hanya terbaik dari segi grafik, rekabentuk mecha dan lagu pembukaan dan penghabisan saja (Terutamanya Ash Like Snow dan Friends). Yang lain hampeh!! Serius hampeh!! Jalan cerita hampeh! Rekabentuk karakter pun tak sesuai! Nama pun ntah apa-apa!! Pelik-pelik.
Aku tidak mahu komen berkenaan siri tv-nya, tetapi mengenai filem animenya ini.
Lepas itu, idea dan plotnya tersangatlah lapuk. Jalan cerita pula cedok filem The Independence Day, Macross Frontier sikit-sikit Armegeddon pun ada. Pendek kata memang nampak sangat kekeringan idea segar dalam filem anime Gundam kali ini. Mengecewakan! Aku berkali ganda lebih suka ova Gundam Seed: Stargazer dari yang ini. Malah Gundam Wing: Endless Waltz jauh lebih baik dari Gundam 00: Trailblazer yang macam hampeh ni (dan bagi aku Gundam Wing: Endless Waltz ini masih lagi filem anime Gundam yang terbaik sehingga kini). Malah tindakan anime Gundam 00: Trailblazer ini termasuk siri-sirinya yang lepas, yang seolah-olah memaksakan ideanya ke atas penonton sangatlah melemaskan! Seolah-olah pendapat yang mereka lontarkan dan tekankan itu adalah satu-satunya kebenaran, Pergh!! Cukup-cukup melemaskan!!
Serius aku nasihat kepada para peminat anime sekalian, janganlah membazir
masa anda menonton Gundam 00: Trailblazer ini. Tak dapat apa. Daripada anda menontonnya, baik anda tonton Digimon ataupun Upin dan Ipin. Tak pun tolong mak masak didapur atau membaca Al-Quran, lagi baik.Kesimpulannya:
Anda harus menontonnya jika:
1. Anda peminat tegar mecha-mecha yang cun dan kurang mempedulikan jalan cerita.
2. Anda suka grafiknya yang cun tanpa mempedulikan jalan cerita.
3. Anda merupakan seorang peminat anime tegar yang tidak boleh diubati lagi yang hanya menonton apa saja yang dipanggil anime. (aku pernah terkena penyakit ni lama dulu zaman sekolah. Sekarang Alhamdulillah, sudah sembuh.)
Anda tak payah menontonnya:
1. Jika anda berlawanan dengan apa yang ditulis diatas.
2. Jika anda peminat Gundam Wing dan Gundam Seed tegar.
3. Jika anda seorang pengkritik filem
4. Jika anda pembenci makhluk asing pelik yang boleh berubah-ubah bentuk mengikut sesuka hati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan