Selasa, 11 Ogos 2009

Belum Habis Lagi!





Sebenarnya aku masih tak puas lagi bercakap mengenai album terbaru ATB ni. Album ni terbahagi kepada dua disk. Terdapat 26 track semuanya. Disk 1 ada 14 track, manakala disk 2 ada 12 track. Aku sifatkan album ATB kali ini seperti api dan air. Track-track dalam disk 1 semuanya berentak api, maksudnya rancak. Kecuali track Behind dan Missing. Tetapi kerancakannya berlainan dengan trance-trance DJ-DJ yang lain. Kerancakkannya memberi perasaan yang luas pada skala besar di dalam diri.

Kebanyakkan track-track dalam disk 1 diselitkan dengan vokal-vokal artis jemputan ATB. Apa yang aku boleh katakan di sini, ATB sangat pandai memilih suara yang bersesuaian dengan corak kreatif trancenya. Jalinan dan susunan bunyi-bunyian synthesizer dan digabungkan dengan keyboard menjadikan trancenya sangat hebat dan kadang-kadang tak terfikir oleh aku (macam mana dia boleh terfikir buat bunyi macam tu ha?). Dalam satu trance itu, dia boleh gabungkan dua jalinan corak lagu yang berbeza tetapi kesinambungan itu ada dan cukup sedap di dengar. Trancenya juga berjaya menaikkan tahap imaginasi maya aku menjadi luas dan besar. Track yang bagi aku paling berapi ialah What About Us dan Terra 260273. What About Us lebih bersifat epik dan Terra 260273 pula agak ganas. Aku sifatkan trance-trance dalam disk 1 ni Epical Trancy (Istilah yang aku cipta sendiri).

Perubahan yang radikal. Sangat berlawanan. Itu yang aku boleh katakan apabila melayan disk 2. Track-track dalam disk dua tenang dan santai. Lagu-lagunya lebih linear dan tidak berjalinan seperti track-track disk satu. Walaupun linear, tetapi sulaman bunyi-bunyiannya masih menarik. Pembukaan untuk disk dua ini dimulakan dengan track Talismanic. Inilah track yang paling berhantu dalam album ini, bagi aku la. Menghayatinya sememangnya dapat meredakan kehangatan kepala otak selepas dibakar oleh track-track dalam disk satu. Track kedua yang paling berhantu adalah Authentic Reaction di mana ATB bekerjasama dengan Apple & Stone (aku tak pasti mereka ni artis trance ke apa, tetapi salah seorang dari mereka memang seorang ahli muzik dan mereka ni dari czechoslovakia). Lagu ini memang mengkhayalkan dan sangat manis untuk diresapi oleh gegendang telinga. ATB beritahu, track-track dalam disk dua ini dicipta untuk mendedahkan sisi satu lagi bagi dirinya. Dia namakan jenis trance yang diadun dalam disk dua ini sebagai Ambient.

Setelah dilayan berulang-ulang kali, aku terperasan sesuatu, gaya persembahan Future Memories agak sama dengan album No Silence dan Addicted to Music. Cuma kebanyakkan lagu dalam album No Silence bersambung-sambung walaupun track yang berbeza, tetapi tidak semua. Berlainan sungguh dengan Album Trilogy. Album Trilogy memberi penghayatan yang jauh lebih berbeza berbanding Future Memories, kerana dia banyak bereksperimentasi dengan real percussion dan penggunaan synthesizer tetap ada tapi hanya minoriti. Dan trance-trance Ambient lebih menguasai album Trilogy.

Kesimpulannya, ATB merupakan seorang DJ yang cukup berseni. Mengikut ranking DJ Dunia, ATB berada pada tangga ke-4. No 1 ialah DJ UK, Paul Van Dyk, no 2 pula kalau tak silap Tiesto dan no 3 pula Armin Van Buuren. Tapi kalau ikut aku, aku letakkan ATB no1, DJ Sammy no 2, Sash dan Armin no 3.

(Aku minta maaf kalau ada sesiapa tak faham apa yang aku merepek ni. Semua ini lahir secara terus dari otak aku dan terus diterjemahkan oleh jari aku ke atas kekunci komputer tanpa apa-apa tapisan.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan