Ahad, 30 Ogos 2009

Takziah




Pada satu petang yang cerah. Aku bersama-sama dengan rakan serumahku yang luas pengetahuannya, bersesuaian dengan namanya Luqmanul Hakim, membonceng motosikal Honda lampu bulat bapaku mengunjungi gerai pisang goreng berdekatan dengan rumah sewa kami sejurus selepas menunaikan fardhu Jumaat. Oleh kerana kurniaan rezeki yang lebih dari yang Maha Kaya kepadaku kebelakangan ini, aku membelanja rakanku dengan memesan RM2 pisang goreng, RM1 ubi keledek goreng, dan segelas seorang jus tebu ais. (Perlu difahami, RM2 pisang goreng di tempat aku bukanlah sama piawaiannya dengan RM2 pisang goreng yang dijual di bandar-bandar besar, kerana kami tinggal di kampung dan di sebuah negeri yang murah harga makanannya.)





Di kala menunggu pesanan tiba, aku menyambar senaskhah surat khabar tabloid tempatan yang telah disediakan oleh pemilik gerai. Menatap muka depannya terus membuatkan aku terkejut besar. Bagaikan sebutir nuklear yang meletup di Hiroshima. Bagaikan tidak percaya. Berita seterusnya di muka surat 13. Terus saja aku membaca berita selanjutnya di muka surat 13. Setelah membaca berita itu sampai habis. Memang benarlah mataku tidak buta. Vokalis Asri Ibrahim dari kumpulan nasyid yang tidak asing lagi bagi kita iaitu Rabbani, telah pergi tidak kembali lagi akibat serangan jantung.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya. Secara peribadi, kehilangannya memang betul-betul aku rasai. Alunan-alunan suaranya dalam seni nasyid telah menemani aku sejak dari aku sekolah rendah sehingga yang terkini. Dari beliau bersama-sama dengan Munif Ahmad (Hijjaz) dalam kumpulan Nadamurni sehingga beliau bersama-sama rakan yang lain menubuhkan kumpulan Rabbani. Alunan nasyidnya tidak pernah menjemukan aku. Sentiasa segar dan malar hijau. Nyaring suaranya melagukan lagu Munajat benar-benar meremangkan romaku, kemerduan suaranya menyanyikan lagu Bila Nur Melimpah Di Hati begitu mendamaikan hati, kemanisan suaranya mendendangkan lagu Iqrar begitu menusuk jiwa. AH! Banyak lagi lagu-lagunya yang menggamit kenangan kedalam diriku.

Pesanan sudah tiba. Asap masih menari-nari terbang dari ubi dan pisang goreng yang baru lepas diangkat dari kuali. Beberapa ketul ais telah pun cair dan bercampur dengan jus tebu. Berita ini telah membuatkan seleraku pada petang itu menjadi tawar, tetapi aku gagahi juga mencicip rezeki petang itu supaya tidak terasa rugi wang yang dilaburkan pada zaman ini di mana nilai manusia diukur dengan wang.

Aku agak terkilan apabila mengetahui bahawa diriku merupakan antara yang terlewat mengetahui berita ini di kalangan keluargaku. Maklumlah, rumah sewaku tiada TV, radio, mahupun capaian internet. Surat khabar pun sekali-sekala saja dibarterkan dengan syiling bergantung kepada kedudukan kewangan, (Huh! Ni berjimat atau kedekut).

Sampai sekarang aku masih tak percaya bahawa dia sudah meninggal. Pemergiannya benar-benar meninggalkan kesan kepadaku.

Al Fatihah untuk beliau. Semoga beliau ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh.
(Aku sudah lama menulis entri ini, cuma sekarang baru berkesempatan untuk pos)

Selasa, 11 Ogos 2009

Torpedo N


Pengumuman-pengumuman. Aku telah melancarkan sebuah lagi blog. Sila klik di sini untuk link ke blog tersebut. Blog ini dikhususkan untuk aku bereksperimentasi dalam bidang penulisan kreatif. Aku akan mengepos karya-karya aku yang tak seberapa di sini. Cadangan aku ada tiga karya kreatif yang akan aku poskan di blog ini. Buat masa ni aku rasmikan blog ni dengan sebuah cerita bersiri bercorak aksi, Cabaran Gen. Cerita ini berlatarkan dunia realiti yang diolah jenamanya. Sedikit bercampur dengan unsur fiksyen sains, tetapi bukanlah fokus utama.

Ninja Assassin



Fuyooh!! Aku dah tak sabar. Memang tak sabar! Inilah antara filem yang aku tunggu –tunggu bagi tahun ini selain Terminator Salvation, Revenge Of The Fallen, dan Wolverine The Origin (Satu pun dari filem-filem ni aku belum tonton), Ninja Assassin!! Tunggak utamanya ialah Rain (Artis Korea). Nak tengok trailernya, klik di sini. Setelah menonton trailernya, ia betul-betul mengujakan aku bagi peminat seni beladiri dan senjata-senjata purba yang penuh dengan keunikkan. Dalam filem ini Rain akan menjadi seorang ninja yang akan beraksi dalam dunia moden. Warrgahhaggrh!! Aku memang dah tak sabar! Huh…! Bilalah Malaysia nak buat filem-filem begini. Apa? Sifu dan Tongga? Cicakman? Bohsia? Maaflah, aku takkan sokong filem-filem Malaysia yang macam ni.

Aku sokong industri filem Malaysia, tapi aku tak sokong filem-filem Malaysia yang menciplak idea luar dan terjemah bulat-bulat, tiada keaslian, komedi bodoh, dan runtuh akhlak!!

Belum Habis Lagi!





Sebenarnya aku masih tak puas lagi bercakap mengenai album terbaru ATB ni. Album ni terbahagi kepada dua disk. Terdapat 26 track semuanya. Disk 1 ada 14 track, manakala disk 2 ada 12 track. Aku sifatkan album ATB kali ini seperti api dan air. Track-track dalam disk 1 semuanya berentak api, maksudnya rancak. Kecuali track Behind dan Missing. Tetapi kerancakannya berlainan dengan trance-trance DJ-DJ yang lain. Kerancakkannya memberi perasaan yang luas pada skala besar di dalam diri.

Kebanyakkan track-track dalam disk 1 diselitkan dengan vokal-vokal artis jemputan ATB. Apa yang aku boleh katakan di sini, ATB sangat pandai memilih suara yang bersesuaian dengan corak kreatif trancenya. Jalinan dan susunan bunyi-bunyian synthesizer dan digabungkan dengan keyboard menjadikan trancenya sangat hebat dan kadang-kadang tak terfikir oleh aku (macam mana dia boleh terfikir buat bunyi macam tu ha?). Dalam satu trance itu, dia boleh gabungkan dua jalinan corak lagu yang berbeza tetapi kesinambungan itu ada dan cukup sedap di dengar. Trancenya juga berjaya menaikkan tahap imaginasi maya aku menjadi luas dan besar. Track yang bagi aku paling berapi ialah What About Us dan Terra 260273. What About Us lebih bersifat epik dan Terra 260273 pula agak ganas. Aku sifatkan trance-trance dalam disk 1 ni Epical Trancy (Istilah yang aku cipta sendiri).

Perubahan yang radikal. Sangat berlawanan. Itu yang aku boleh katakan apabila melayan disk 2. Track-track dalam disk dua tenang dan santai. Lagu-lagunya lebih linear dan tidak berjalinan seperti track-track disk satu. Walaupun linear, tetapi sulaman bunyi-bunyiannya masih menarik. Pembukaan untuk disk dua ini dimulakan dengan track Talismanic. Inilah track yang paling berhantu dalam album ini, bagi aku la. Menghayatinya sememangnya dapat meredakan kehangatan kepala otak selepas dibakar oleh track-track dalam disk satu. Track kedua yang paling berhantu adalah Authentic Reaction di mana ATB bekerjasama dengan Apple & Stone (aku tak pasti mereka ni artis trance ke apa, tetapi salah seorang dari mereka memang seorang ahli muzik dan mereka ni dari czechoslovakia). Lagu ini memang mengkhayalkan dan sangat manis untuk diresapi oleh gegendang telinga. ATB beritahu, track-track dalam disk dua ini dicipta untuk mendedahkan sisi satu lagi bagi dirinya. Dia namakan jenis trance yang diadun dalam disk dua ini sebagai Ambient.

Setelah dilayan berulang-ulang kali, aku terperasan sesuatu, gaya persembahan Future Memories agak sama dengan album No Silence dan Addicted to Music. Cuma kebanyakkan lagu dalam album No Silence bersambung-sambung walaupun track yang berbeza, tetapi tidak semua. Berlainan sungguh dengan Album Trilogy. Album Trilogy memberi penghayatan yang jauh lebih berbeza berbanding Future Memories, kerana dia banyak bereksperimentasi dengan real percussion dan penggunaan synthesizer tetap ada tapi hanya minoriti. Dan trance-trance Ambient lebih menguasai album Trilogy.

Kesimpulannya, ATB merupakan seorang DJ yang cukup berseni. Mengikut ranking DJ Dunia, ATB berada pada tangga ke-4. No 1 ialah DJ UK, Paul Van Dyk, no 2 pula kalau tak silap Tiesto dan no 3 pula Armin Van Buuren. Tapi kalau ikut aku, aku letakkan ATB no1, DJ Sammy no 2, Sash dan Armin no 3.

(Aku minta maaf kalau ada sesiapa tak faham apa yang aku merepek ni. Semua ini lahir secara terus dari otak aku dan terus diterjemahkan oleh jari aku ke atas kekunci komputer tanpa apa-apa tapisan.)

Isnin, 3 Ogos 2009

Bekerjasama?



Brotherhood of Nod akan berkerjasama dengan Global Defensive Intiative (GDI)? Benarkah? Jika benar dengan siapakah mereka akan tentang? Gosip-gosip yang tersebar juga mengatakan bahawa tiberium yang tumbuh sudah tidak mampu dikawal lagi, dan ini mengancam jangkahayat bumi, jadi kedua-dua pihak wajib bersatu untuk menangani masalah ini. Klik link di sini untuk melihat promo terbaru Command and Conquer 4 yang akan dilancarkan tahun hadapan!