Isnin, 28 Disember 2009

Budak Takraw




Memang mengagumkan! Memang mengujakan! Itulah perasaan aku apabila menatap helaian-helaian Budak Takraw. Lukisannya sungguh cantik, penceritaannya hidup, dialog dia selamba lawak. Anshari berjaya mereka cipta dunia persekolahan dengan baik. Bagi aku, Budak Takraw boleh dikategorikan sebagai diantara komik Malaysia yang terbaik. Memang penuh dengan unsur-unsur tempatan dan dalam masa yang sama unsur-unsur itu juga boleh difahami dengan mudah oleh bangsa lain dengan penyampaian visualnya yang tersendiri itu.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa kecacatan lukisan yang perlu diperbaiki oleh Anshari. Kecacatan-kecacatan tersebut mungkin tidak dikesan oleh mereka yang minat membaca sahaja, tetapi tidak bagi aku yang memang meneliti setiap lukisan-lukisan yang terdapat di dalam panel-panel setiap komik-komik mahupun karya-karya seni pandang yang lain yang aku hayati. Tapi tak mengapa, aku masih boleh memaafkan kecacatan-kecacatan tersebut memandangkan ini baru isu pertama, dan juga kecacatan-kecacatan itu masih tidak menjejaskan penghayatan aku terhadap komik tersebut. Cuma diharapkan, tingkatkankah lagi mutu lukisan Budak Takraw dalam isu-osu yang akan datang.

Dalam bab ketelitian ini, aku memang tabik habis dekat mangaka-mangaka (pelukis komik) Jepun. Mereka tidak berkompromi walaupun sedikit kecacatan yang ada dalam lukisan mereka. Contoh-contoh yang boleh diberikan seperti Eyesheild 21, Naruto, Bakuman. Cuba lihat lukisan-lukisan dalam komik ini, begitu tepat dan sukar sekali mencari kecacatan lukisan dalam konteks dunia yang mereka persembahkan dalam komik mereka itu. Itu sebab karya-karya mereka begitu digemari seantero dunia oleh pelbagai bangsa selain dari plot, dan dialog yang bagus. Kita pun sebenarnya ada pelukis-pelukis yang berbakat sebegitu seperti Ben dan Juice, ha tak lupa Fakhroul Anour. Tapi tak ramai. (Maksudku tak ramai yang menampilkan diri sehingga aku boleh mengenali mereka).

Apa-apa hal pun, Budak Takraw memang betul-betul menarik perhatian aku. Ia membuatkan aku tiba-tiba saja teringin nak merasa kembali zaman persekolahan dulu. Betul! Aku tak tipu! Memang aku rasa macam tu. Tiba-tiba saja aku teringat akan kenangan-kenangan sewaktu di zaman sekolah. Macam-macam ada, ada pahit, ada manis, ada masam, ada masin, tapi yang paling banyak merapu-rapu la. Oleh yang demikian membuatkan tiba-tiba sahaja aku terfikir, aku teruja membaca Budak Takraw kerana dunia persekolahannyakah atau unsur sukan sepak takraw yang dibawanya? Aku pun sudah terkeliru. Keliru engkau keliru, memilih warna hidupmu… Hah Sudah! Pi nyanyi lagu Now See Heart pulak.

Baik, berbalik kepada soal tadi. Aku memang tak kisah pun apakah yang menyebabkan aku tertarik dengan Budak Takraw ni. Tapi yang pasti, Budak Takraw telah berjaya menawan hatiku. Chee..wah! Aku amat menanti-nantikan isu yang seterusnya. Tak sabar sungguh nak tunggu. Cepat la keluar weh!!


Smash 20



Smash 20, sebuah karya seni pandang (visual) dari Foner, seorang mahasiswa universiti. Kalau tak silap aku UIA kot. Kalau silap tolong tegur. Ringkasnya ia mengisahkan mengenai Ehsan Fairuz, seorang pemain badminton yang telah kehilangan ingatan akibat satu peristiwa yang mungkin akan diberitahu dalam isu yang seterusnya. Bagi aku, Smash 20 memang menarik minatku sebagai pencinta karya seni pandang, khususnya bidang perkomikan ini walaupun bidang yang ku pelajari jauh menyimpang dari perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan seni kreatif. Jalan cerita Smash 20 juga mudah difahami oleh semua peringkat.

Apabila menyelak helaian pertama, hatiku berbisik.. Wuiyoo! Dengan penuh keterujaan. Konsep lukisan Foner adalah berbentuk manga dan ini menambahkan lagi keterujaan aku sebagai peminat manga. Foner berjaya menghidupkan suasana dengan atur letak panel dan dialog yang sangat bersesuaian. Jadi aku dapat merasakan emosi watak-watak yang ada dalam Smash 20 dengan berkesan, sama ada sedih, marah, gembira mahupun detik-detik debar. Adik bongsu aku kata, macam baca anime. Membacanya membuatkan semangat melukis aku naik mendadak. Aku terus capai G-Pen yang aku beli lebih kurang lima bulan lepas kat Bukit Melawati dan menconteng-conteng kertas sesuka hatiku. Akhirnya aku sendiri pun tidak faham apa yang aku lukis itu.

Walaubagaimanapun, masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki oleh Foner dan saya yakin, dia mampu untuk memberi lebih dari apa yang dia berikan dalam isu Smash 20 yang pertama ini. Dia tahu apa yang perlu dibaiki itu, tak perlulah saya sebutkannya disini.

Aku sebenarnya sangat berminat akan konsep pemasaran komik oleh anak syarikat PTS ini iaitu Komik-M. Mudah, Menguntungkan, Bebas. Apa yang mudah, menguntungkan dan bebas itu? Mudah kerana, Komik-M memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bakat dan minat untuk menghasilkan karya komik dan menerbitkan karya komik mereka itu. Menguntungkan maksudnya, hasil pembayaran kepada si pengkarya adalah menggunakan sistem royalti dan hakcipta seratus peratus dipegang oleh pengkarya (Itu yang penting tu! Ingat kes Ujang?). Manakala bebas pula ialah, pengkarya bebas menghasilkan bentuk cerita yang diingininya. Pengkarya boleh menghasilkan komik berbentuk pertarungan, sukan, kehidupan, dan apa saja yang diingininya, selagi ia tidak melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh PTS.

Aku yakin kaedah yang diguna pakai oleh Komik-M ini akan berjaya memarakkan lagi alam perkomikan Malaysia. Aku juga yakin, tak mustahil satu hari nanti alam perkomikkan Malaysia akan menjadi industri seperti di Jepun, USA, Hong Kong dan Korea. Cuma bezanya komik-komik kita lebih menitik beratkan nilai-nilai murni berbanding karya komik luar. Selain dari melihat dunia perkomikkan Malaysia bertaraf antarabangsa, aku sangatlah ingin melihat dunia animasi tempatan berkembang dengan animasi-animasi yang berkualiti dan bertaraf intelektual, bukannya sekadar hiburan semata-mata. Apa yang aku maksudkan itu? Aha! Itu aku akan kupas dalam kemasukkan (entri) yang akan datang.

Animeshion. (Santapan audio ketika menaip : ATB – Trilogy)

Dah lama




Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Wah, nampaknya dah lama aku tak mengemaskini blog aku yang dah mula bersawang. Bukan apa, sebaik sahaja aku habis peperiksaan akhir tengah bulan sebelas hari tu, aku agak sibuk dengan pelbagai jenis aktiviti dan ini membataskan masaku untuk berblog. Sibuk nak raya haji, sibuk pergi mengaji kitab dan dengar kuliah-kuliah agama, sibuk jadi ustaz bidan terjun kat sekolah bapak aku mengganti seorang ustaz yang perlu pergi kursus apa tah, sibuk tolong-tolong kawan-kawan mak aku susun fail pelajar yang berlambak-lambak kat sekolah, sibuk membaca novel-novel dan buku-buku yang ada kat rumah aku, sibuk melayan filem-filem dan drama-drama Jepun yang aku salin dari cakera keras luaran dari kawan-kawanku sebelum balik bercuti, sibuk bermain game-game Ps2 yang dah dekat setahun lebih mula main tapi tak habis-habis lagi main (yang aku dah habis hanyalah satu saja, Killzone. Hari tu Battlefield 2 Modern Combat dah nak habis main, tiba-tiba pulak save game aku corrupt. Tekanan betoi!). Sebenarnya rumah aku tiada kemudahan internet, jadi sukarlah sedikit bagiku untuk mengemas kini blog ini. Jadi aku pergilah CC yang berdekatan dengan tempat aku untuk menggelamkan diriku ke dalam dunia maya yang tanpa sempadan.

Huh!! Sebenarnya bukan aku tak sempat nak kemaskini blog, selalu jugak aku pergi CC. Tapi aku pi main game, aku melepaskan segala tekanan aku dengan berperang habis-habisan dengan adik-adik aku dan kawan-kawan aku dalam COD: Modern Warfare. Memang penuh debaran kalau bermain ramai-ramai. Lagi cun kalau main secara berkumpulan. Habis segala taktik perang kami aplikasikan dalam pertempuran yang cukup sengit. Buat masa ini aku tak nampak lagi game-game FPS lain yang boleh menyaingi kualiti permainan Call Of Duty: Modern Warfare ni. Hari tu cuba main Farcry 2, uh.. tak boleh pi kalau main LAN. Kalau main kempen boleh tahan. Tapi bagi aku untuk main game LAN FPS yang terbaik, COD: Modern Warfare lah pilihan aku sebelum aku merasa Modern Warfare 2 pula.

Satu perkara lagi yang membuatkan aku begitu sibuk pada cuti ini ialah, kenduri! Ya! Musim cuti persekolahan juga lebih dikenali sebagai musim orang kahwin. Oleh kerana bapaku dan ibuku mempunyai kenalan yang begitu ramai ditambah lagi dengan status mereka sebagai guru, maka secara automatiknya banyaklah jemputan-jemputan yang kami terima setiap cuti-cuti persekolahan sebegini. Buat masa ini yang paling banyak adalah lima kenduri dalam satu hari. Peh!! Memang tak larat nak makan. Makan kenduri dah macam jadi satu pekerjaan pula. Habislah! Makin buncitla perut aku!
Musim cuti ni saja telah menyaksikan tujuh rakan persekolahan aku ketika sekolah rendah dulu dan seorang rakan sekolah menengahku melangsungkan perkahwinan bersama intan payung, jantung hati mereka. Aku selamba sahaja, pergi makan-makan, ambil-ambil gambar (yang perempuan aku tak la ambil gambar), pastu blah balik. Ada seorang kawan baikku sejak dari sekolah rendah, menengah dan sampai sekarang pun kami masih bersahabat, dengar-dengar kata dah ada jantung hatinya. Habis je kat USIM tu terus nak memadu asmara secara halal (kahwinlah..). Peh! Sedar tak sedar banyak juga kawan-kawan sekolah rendah dan menengah aku dulu yang dah jadi bapak dan mak orang. Jika aku fikir-fikir balik, kelakar pun ada. Ha..ha..ha!

Aku? Kahwin? Huh! Jangan ditanya soalan yang aku sendiri begitu kabur untuk menjawabnya. Tak termimpi aku nak kahwin dalam masa yang terdekat ini. Diri sendiri pun masih tunggang terbalik. Aku masih mahu menikmati zaman keterunaanku sepuas-puasnya.

Khamis, 5 November 2009

Michael Jackson Mangsa Pembunuhan?

Kematian Michael Jackson kini sah disiasat sebagai kes bunuh, semalam selepas hasil bedah siasat mendapati dia disuntik ubat berlebihan. Menurut rakan baik keluarga Michael, Terry Harvey, polis memaklumkan kepada keluarga Michael bahawa mereka akan mendakwa seorang atau lebih suspek dalam tempoh beberapa hari. “Perbicaraan itu membabitkan pertuduhan jenayah,” katanya.

Menurutnya, suspek terdiri daripada individu yang mengendalikan suntikan serta pihak yang
menyediakannya untuk Michael Harvey yang mengenali keluarga Michael sejak lama dulu berkata, pakar autopsi menemui banyak kesan ubat penahan sakit berkeupayaan tinggi yang dikenali dengan label Diprivan. Minggu lalu, La Toya mendakwa dia tahu siapa dalang di sebalik pembunuhan adiknya. Kata Harvey, autopsi menunjukkan Michael mati apabila Diprivan disuntik berlebihan ke dalam tubuhnya, selain sejumlah pil lain ditemui dalam perut penyanyi terbabit.

“Ada kesan jarum suntikan pada leher dan seluruh tubuhnya,” katanya.


Kemungkinan besar, kata Harvey, pihak berkuasa mendakwa suspek atas tuduhan membunuh tahap kedua, iaitu bertindak menyebabkan kematian. Katanya, keluarga Michael bekerjasama dengan pasukan penguat kuasa dadah dan polis Los Angeles bagi mengenal pasti doktor mana menyediakan ubat untuk Raja Pop itu. Mereka juga, katanya, memastikan sejak bila masalah serius itu berlaku. Dalam temu bual sama, Harvey mendedahkan, keluarga Raja Pop itu akan menyaman penganjur konsert Michael yang sepatutnya diadakan di London. Mereka dijangka memfailkan saman bernilai RM175 juta ke atas AEG sebaik saja suspek pembunuhan Michael didakwa. “AEG disaman menyebabkan kematian kerana gagal menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan Michael. “Syarikat itu sepatutnya boleh menyelamatkan nyawa penyanyi itu,” katanya. Harvey berkata, bapa Michael, Joe, cuba memulihkan penyanyi itu ketika dia membuat persiapan mengadakan konsert di London. “Soalnya, sejauh mana penganjur itu tahu masalah Michael dan siapa menyediakan ubat untuknya. “Semua orang tahu AEG melantik doktor bagi menjaga kesihatan Michael,” katanya.

Sementara itu, wakil AEG berkata, pihaknya melakukan apa saja yang termampu untuk
menjayakan konsert Michael. AEG juga sentiasa menegaskan Raja Pop itu sihat dan cergas sepanjang masa latihan. – agensi



Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world. However, he wasn't peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man's body. Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child. That inspires him to build Neverland - a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give.

However, he made a mistake which he didn't know of the consequences. He saw the peaceful life his brother, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim - true, Jermaine faced so much pressure that he moved to Bahrain. In 1989, MJ made a press conference which shocked the world, "I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...."

Since that, MJ's life was never the same again. He was accused of so many accusations against child molestation. MJ was not someone who can deal with much pressure as he is a 'delicate child'. All the extortion and black mail followed after that. Everything he did was being seen as wrong in the eyes of the Media. All these are to influence his fans to hate MJ. If he is hated, then he would not be influencial anymore. For several years, he stayed in England. Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, who had converted into Islam - named Yusuf Islam. From him, MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friends with a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled, "GIVE THANKS TO ALLAH", which he wanted MJ to sing whenever he is ready. GIVE THANKS TO ALLAH.

You can download this
song here: download (video) http://www.ziddu.com/download/6698663/YouTube-GiveThanksToAllah.flv.html link from efairy (mp3) http://www.ziddu.com/download/5617143/MichealJackson-GiveThanksToAllah.mp3.h tml

Following his trial, MJ withdrew to Bahrain, where he was the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, the son of Bahrain’s king. It was then that Michael began to give conversion more “serious thought.” MJ stayed in Bahrain for approximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learn to read the Koran (al-Quran). Finally, he came back to Los Angeles and in November 2008 MJ had formally converted to Islam in a ceremony at a close friend’s house in Los Angeles. He perform Haj with the King of Bahrain and son on December 2008. He had a hidden agenda when he wanted to make a final comeback.

He annouced in a press conference on March 2009, "This will be my final concert. I'll see you all in July...."
He planned that during his concert, he would announce that this is the FINAL concert as he wouldn't be performing anymore. He will declare that he is a Muslim and will only sing with Yusuf Islam and Friends. At the end of the concert, he will be singing the song, "GIVE THANKS TO ALLAH" with Yusuf Islam. That is the reason why he chose London as his final concert venue instead of the USA. It was because he thought he could escape the USA's extortion, and that he could perform with Yusuf Islam who is in England.

At 12.30am, 25th June 2009, he hugged his production manager and said, "After
reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..." Before leaving to sleep, he waved his dancers, "It was a good night everyone. I'll see you all tomorrow..." The next thing... He was pronouced dead at 2.26am.... When 911 was called, there are so much questions asked. It is as if they didn't know who MJ is and where he lived. The questions asked are more towards to delay time. The hospital said the autopsy result can only be obtained after 2 months - very illogical as even the worst African technology could obtain the result in less than 2 weeks.

MJ's family members opt for second private autopsy as they started to feel something fishy is going on. The result came out in about 4 days - MJ was drugged with high dosage of anaesthetic - drug that brings about a reversible loss of consciousness, if used to much could stop the heart from beating. Another result which was not aired in the media was, MJ's stomach is empty of this drug, but his blood were filled with it - same case as the death of Marilyn Monroe. The private doctors also found many needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on his bed.


In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. And he said, "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..."Now, why must a President made such statement before the official autopsy result
came out? How would he know that there is no conspiracy without the post-mortem result? Seems like someone is afraid of his shadows. MJ was known to the world as a person who is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then? If he wanted to commit suicide, why rehearse for his concert? And why will he want to see his dancers the next day? Enough about his death. I am sure people around the world is not stupid anymore. These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy, Martin Luther King and Princess Diana. But in this MJ's case, they left too many loopholes for those who think...!!

MJ's family was about to give him a Muslim burial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland's door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off from MJ's 3 children's custody as well as MJ's estates. Instead, they'll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness... Finally, they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim. So, Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin was closed and sealed. MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. They were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government. These happened, because the USA is afraid of the rising numbers of Muslims in the world.

(Sheikh Ha**d)


The Brotherhood of Islam Buletin of Bahrain Lirik

Give Thanks To Allah
Give thanks to Allah,
for the moon and the stars prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin, hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir Allah is Ghefor Allah is Rahim

Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater,
he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman dont givin to shaitan oh you who believe
please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin, hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir Allah is Ghefor
Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,

he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.


Bayangkan Michael Jackson mempunyai berjuta peminat di seluruh dunia,bayangkan jika
ramai yang masuk Islam dan tentu sekali mereka takutkan The Rise of Islam.. Wake up People! Fight Them Back!

(Dipetik dari e-buku Kemusnahan Dunia Kian Hampir-Kemunculan Dajjal, kata laluan freeourmind)

Rabu, 4 November 2009

Hamas test fires 'long range missile'


Military Intelligence chief Major-General Amos Yadlin told the weekly cabinet meeting on Tuesday that Hamas possesses in its arsenal a rocket with the range of 60 kilometers, Haaretz reported.

He said the missile was fired into the Mediterranean Sea, but could not confirm whether the rocket was manufactured in Gaza or was brought into the Strip from abroad.

Israeli security cabinet minister Benny Begin warned that 'although the cities of the South are no different from Tel Aviv', the 60-kilometer missile ranges indicated that Hamas was 'continually striving' for greater military capabilities, The Jerusalem Post quoted him as saying.

"As long as there is no comprehensive agreement concerning border crossings, the deterrence we achieved during Operation Cast Lead will grow weaker," he added.

Last December, Israel launched Operation Cast Lead against the Gaza Strip during which it pounded the populated territory for three weeks.

The all-out war killed at least 1,300 people, including women and children, and left thousand of others displaced.

In response to Israel's aerial and ground incursion, Hamas fired its Grad-type rockets, Qassam rockets, and mortar shells hitting towns some 40 kilometers from the Strip.

Source: Press TV

( Islamonline, 4 November)

___________________________________________________________________________

Hmm.. 1 persoalan yang sedang bermain di kepala otak aku. Benarkah Hamas memiliki roket itu, atau hanya propaganda Israel semata-mata. Kalau benar Hamas memiliki roket seperti itu, aku tidak hairan kerana Hamas ada banyak cara untuk memilikinya atau juga menciptanya, atau juga menaik tarafkan roket Qassamnya itu. Pernah juga diberitakan tidak lama dahulu bahawa dalam beberapa siri pertempuran kecil, Hamas menggunakan sejenis peluru yang boleh menembusi armor kereta kebal Merkava.




Mungkin juga ia adalah propaganda terbaru Israel dalam strategi untuk melancarkan serangan terbaru yang akan datang ke atas penduduk Palestin, Gaza khasnya. Maka diciptakanlah alasan penyerangan ke atas Gaza adalah bagi memburu Hamas yang telah memiliki roket yang boleh menyerang sasaran-sasaran ke atas Israel dengan lebih jauh. Maka mereka menyerang Palestin atas alasan melindungi negara Israel dari pengganas Hamas.

Ini adalah tahi lembu!! (Sebut dalam bahasa Inggeris dengan slanga Amerika)

Ahad, 1 November 2009

The Taking of Pelham 123


Sebuah filem yang penuh dengan ketegangan dan aksi cemas. Memang gaya Tony Scott. Sesiapa yang sudah biasa dengan filem-filem Tony Scott akan dapat merasai gaya pengarahannya yang tersendiri. Kebanyakkan filem-filemnya tidak memerlukan aksi-aksi yang boombasstik untuk menarik perhatian penonton seperti filem-filem Michael Bay. Tetapi ia gemar menggunakan permainan plot dan dialog seperti filem-filemnya yang lepas seperti Crimson Tide, Enemy Of The State, Man On Fire, dll untuk menimbulkan perasaan cemas dalam diri penonton dan memastikan mereka tidak berganjak dari tempat duduk. Penonton bangun pun jika mahu ke bilik air atau bersolat.


Filem ini mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama Ryder (John Travolta) yang telah merampas sebuah keretapi bawah tanah yang dinamakan Pelham 123. Dia meminta wang tebusan yang bernilai besar sebagai tukar ganti kepada nyawa-nyawa yang berada di dalam tahanannya. Dia berurusan dengan pihak berkuasa melalui Walter Garber (Denzel Washington), seorang penyelaras sistem keretapi bawah tanah yang berada di unit kawalan induk.

John Travolta berjaya membawa watak Ryder yang kejam dan bijak dengan baik. Diseterukan pula dengan Denzel Washington yang sudah tidak perlu diperjelaskan lagi kehebatan lakonannya. Kedua-duanya memang sama hebat! Sudah jadi semacam satu trend dalam industri perfileman Hollywood masakini di mana peranan watak hitam dan putih di pegang oleh pelakon yang benar-benar berbeza warna kulit seperti Crimson Tide, The Negotiator, Enemy Of The State, Collateral, John Q, The Taking of Pelham 123 dan lain-lain lagi. Yang terbaru sekali Law Abiding Citizen, dibintangi oleh Gerard Butler (300) dan Jamie Foxx (Collateral). Aku sudah tengok trailer filem tersebut, boleh tahan kegemparannya!!






The Taking Of Pelham 123 sememangnya tidak mengecewakan aku! Debarannya memang dapat dirasai walaupun aksinya sederhana sahaja. Sebenarnya banyak lagi filem-filem debar (thriller) yang tidak mempunyai aksi-aksi boombasstik tetapi berjaya menepati maksud debar itu sendiri. Contoh yang bagus ialah Phonebooth (Kiefer Sutherland, Colin Farrell, Forest Whitaker) dan Liberty Stand Still (Linda Fiorentino, Wesley Snipes). Modal kedua-dua filem tersebut hanyalah seorang sniper dan si mangsa yang berada di pondok telefon yang terpaksa menurut arahan sniper tanpa banyak soal. Tiada aksi letup-letup, tiada kereta terbalik. tapi debaran yang dialami memang hebat. Ia hanya bermain dengan dialog yang penuh dengan muslihat psikologi sahaja. Begitu juga filem How To Rob A Bank (Nick Stahl, Erika Christensen). Hampir 90% filem ini hanya melibatkan dialog sahaja, tetapi dialog yang berkualiti.



Jadi apakah akan terjadi jika sebuah filem yang mempunyai skrip dan plot yang bagus dan bertenaga digabungkan dengan aksi-aksi yang boombasstik? Cicakman? Sifu dan Tongga? Rempit? Huh! langit dan bumi!!

Sabtu, 31 Oktober 2009

Tiada tajuk




Gunung Jerai



Bangun tidur lepas subuh dalam pukul 10.30 pagi. (Huh! Dalam dah tahu tidur lepas subuh tu tak elok, buat jugak!) Sesudah puas melayari bahtera mimpi, terus saja layan internet (kawan punya, dah buat macam harta sendiri pulak.) Buka harakahdaily, pastu muat turun gameplay World At War misi Black Cats kat youtube (ni misi kegemaran aku selain eviction). Format HD wo~r, lama jugak la nak muat turun. Sambil tu baca berita-berita terkini dari media kerajaan mahupun pakatan, dan juga media-media atas pagar. Tak ketinggalan juga isu-isu antarabangsa dari yang pro-barat mahupun pro-Islam.

Hmm... sambil-sambil tu, aku juga memantau dunia penulisan dalam negara jika ada karya-karya terbaru yang berupaya menarik perhatian aku. ADA!! Pendekar Lang Surya terbitan PTS. Melihat pada rekaan watak dan warnanya saja sudah mengujakan aku. Tetapi adakah isinya sebaik kulitnya? Jadi aku perlulah membelinya untuk mengetahuinya. Dalam masa yang sama juga aku sibuk bermain mesej dengan Luqmanul Hakim yang sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Manjung menuju ke Sungai Petani . Dia merungut kerana bas baru yang dinaikinya berhenti di banyak tempat sedangkan syarikat bas mengatakan bas itu terus ke Sungai Petani. jadi lambat lagilah ketibaannya di S.P dari yang dijadualkan. Aku hantar mesej kat dia ' Ha..ha..ha! Hav a nice trip!'.

Tak lama kemudian aku terus mencapai motor Honda bulatku dan terus ke Sungai Petani. Oleh kerana lambat lagi ketibaan Luqmanul Hakim nih, aku meronda-ronda bandar Sungai Petani. Aku singgah di sebuah gerai bihun sup dan cendol bersebelahan dengan Petronas. Tanya saja kedai bihun sup atau cendol kat Petronas pada warga S.P, pastinya mereka tahu di manakah ia. Bihun supnya memang terkenal. Aku memesan bihun sup istimewa punya, berpasangan dengan air limau ais. FUH!! Memang sedap tak terkata pabila dijamah pada pukul 12 tengah hari nih. Inilah sarapanku merangkap makan tengah hari sekali.

Ini lah bihun sup dan limau ais yang aku santap itu.



Apabila perut kenyang, hati pun senang. Selepas itu aku membonceng Honda bulatku menuju ke pasaraya Giant. Sekadar melihat-lihat dan menghabiskan masa menunggu Luqmanul Hakim tiba. Setelah menjejakkan kaki ke Giant, aku ke kedai mynews.com melihat-lihat jika ada apa-apa yang patut aku beli. Yaa...! Memang ada! Mula-mulanya aku mencari jurnal Perajurit, jawapannya tak ada. Terus saja aku mengambil majalah Gempak isu 1 Nov dan majalah Libur. Aku suka majalah ni bukan apa, oleh kerana tahap imaginasi aku yang agak tinggi, dengan membaca majalah pelancongan dan percutian begini boleh membuatkan aku melancong secara bayangan maya! Dengan duduk di ruang tamu di rumah sewa aku, aku berupaya melancong ke mana sahaja di dunia ini dengan majalah itu dengan kelebihan khayalan aku yang tinggi ini. (Merapu sungguh!)

Tiba-tiba saja aku terpandang dua buah komik keluaran KOMIK-M, Kad Raya dari Syurga dan KOMIK-M Raya. Apa lagi, terus saja aku menyambar kedua-duanya sekali tanpa memikirkan berapakah fulus yang berada dalam kocekku. Walaupun ini adalah edisi raya aidilfitri yang sudah lepas, tapi takpa, kita guna untuk raya haji pulak. Tiba-tiba bebola mata hitamku tertangkap kepada senaskhah novel terjemahan John Grisham; The King Of Torts juga dari PTS. Harganya dekat-dekat RM 30. Macam mana ni? Nak sambar ke tak? Setelah difikir berulangkali aku rasa hari lainlah aku sambar, memandangkan keadaan fulusku yang tak kukuh. Lama jugak lah aku dok pi mai- pi mai tang tu kat kedai tu dok pikir nak ambik ke tak.




Lepas tu aku terus masuk ke Giant meronda-ronda melihat barang. Tiba-tiba aku ternampak DVD Avalon arahan Mamoru Oshii (Ghost In The Shell, Innocence, The Sky Crawlers). Apa lagi, terus saja aku sambar. Aku dah ada filem ni dulu, tapi disk dia dah rosak. Ni merupakan salah satu filem kegemaran aku sepanjang zaman. Tiba-tiba Luqmanul Hakim menghantar mesej memberitahu bahawa dia sudah turun berdekatan dengan Giant di mana tempat aku berada sekarang. Kemudian aku pergi mengambil dia dan terus pulang ke rumah sewa kami.



Tamat