Sabtu, 16 Jun 2012

Senja datang, aku terbang

Yargh, aku baru saja tukar gambar intro di atas. Lukis sendiri ya, termasuk dengan background tu sekali. Cis! Aku memanglah sangat amatur dalam mewarna ni.

Untuk versi gambar penuh, sila tekan butang Night Aves C di sebelah kanan ni ha..

Khamis, 14 Jun 2012

Ahmed Romel - Finally With You (SoundLift Remix)


Apa akan terjadi jika Ahmed Romel campur dengan Soundlift? Anda akan dapat trance di bawah ini.

Selasa, 12 Jun 2012

Mirwana & Altimet - Itu Ini Begitu Begini




(INTRO):

Kau membisik, Kau memanggil,
Cuba mengheretku ke ruang fantasi,
Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,
Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

(CHORUS):

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..

(VERSE 1)

Aku merenung ke luar tingkap
Memikirkan masa aku yang kian singkat
Merancang usaha aku yang perlu ditingkat
Terkenang masa lalu yang lebih ringkas.
Pesanan ringkas di alat komunikasi,
Bisik belakang lagi gosip sensasi
Dulu geli hati pernah ku minati
Yang dahulu manis kini aku rasa basi,
Bila diumpankan secebis umpatan,
Yang lebih penting lebih senang dilupakan,
Yang gangsa digilap kita sangka emas,
Kaca dikejar yang berlian lekas terlepas
Nasi yang dikendong senang tercicir
Bila sibuk mengejar madu mengalir dari bibir
Yang dijual murah untuk beli sepah,
Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

(Chorus)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.

(VERSE 2)

Satu masa dulu kita dua sejoli,
di antara hobi, bercerita di kedai kopi
Hingga pukul 2 3 4 5 pagi,
Malam tua tapi kita masih muda lagi
Gerak pantas mulut manis bila ada gadis,
Macam baju tukar laju biar mereka menangis,
Tak heran ada yang lain lain,
Kita saing bukan sukan hanya main main,
Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,
Tapi aku bukan, lelaki itu lagi,
Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,
Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,
Jauh sekali tempat aku mengadili
Tapi aku harap kau pandai membawa diri,
Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,
Jemput ke rumah aku kalau ada masa,

(BRIDGE):

Helah dan dusta punca sengketa,
Menghancurkan segala,
Bawa sengsara dan airmata..

(Chrous X2)

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,
Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,
Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,
Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta

Isnin, 11 Jun 2012

AFA Malaysia 2012


Yargh! AFA Malaysia baru saja melabuhkan tirainya semalam. Apa tu AFA Malaysia? AFA ialah Anime Festival Asia. Dan ia telah melabuhkan tirainya malam tadi di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur. Huhuhu..sebenarnya aku mahu pergi. Tetapi oleh kerana aku telah berpindah ke rumah sewa baru di Bandar Nusaputra ni, aku betul-betul sengkek. Jangankan kata hanya mahu pergi tengok-tengok sahaja dan tidak membeli, wang untuk perbelanjaan ke sana pun tidak ada. Huhuhu..

Harap-haraplah ia diadakan lagi pada waktu akaun bank aku sangat sihat. Hari ni pula  Danny Choo buat aktiviti Culture Japan Nightnya di Pavillion, 5 petang nanti sampai pukul 10 malam. Nak pergi ke tak. Dahlah jalan di Kuala Lumpur ni berselirat. Kalau pandu kereta aku boleh faham lagi jalannya. Tetapi kalau jalan motornya, memang pening. Arghh.. Ke kita naik KLIA Express sahaja?

Misi 10A Plus



Baru saja menghabisi komik ini. Apa yang boleh dikatakan, gandingan Afiq dan Nazry dalam menghasilkan komik memang tidak mengecewakan. Serius, setiap naskhah siri Komik yang dihasilkan oleh mereka membuatkan aku tidak berasa rugi membelinya.

Misi 10A menyambung kisah Aizad dan Zahid di Maktab Rendah Sains Mara Alor Gajah. Kali ini Zahid dan Aizad menghadapi cabaran yang tersendiri, bukan lagi tentang peperiksaan, tetapi dua pertandingan yang berbeza. Zahid akan bertanding di dalam pertandingan kuiz matematik peringkat sekolah, manakala Aizad pula akan menghadapi pertandingan silat. Satu kepintaran otak untuk mendapatkan jawapan, satu lagi memerlukan kekuatan fizikal yang maksimum untuk mendapatkan mata.

Apa yang pasti, kali ini Misi 10 Plus ini menunjukkan banyak kemajuan dan kematangan di dalam lukisan Afiq. Ceritanya pula jangan dicerita, memang layan, memang sempoi (kata orang Kedah) Syabas Nazry! Dalam banyak-banyak komik buatan 100% Malaysia, komik Afiq dan Nazry ini di antara yang berbaloi untuk dibaca berulang-ulang kali. Selain itu, Misi 10 Plus didatangkan dalam bentuk yang bewarna! Tetapi harganya (rega kata orang Kedah) murah saja! RM8.90. Apa? Anda kata mahal? No way man! Ia sangat murah berbanding dengan apa yang anda dapat.

Aku sebenarnya sangat terasa akan kesedihan yang dialami Zack tu, walaupun fiksyen tetapi kisahnya sangat hidup walaupun ia bukan subjek utama Misi 10 Plus ini. Sedih woo...



All right! Kita sambung dengan Ali dan Tuah pula, aku bundle sekalilah review dua-dua komik ini dalam satu pos.


Ali dan Tuah tidak ada kena mengena dengan kisah Tuah dan Jebat. Ali dan Tuah terbit sebelum Misi 10A Plus. Ia mengisahkan...errr..(sekejap nak pi ambil komik dia sat nak 'refresh' balik). Ia mengisahkan Tuah yang telah menyelamatkan sebuah kampung dari kebakaran. Tuah mempunyai kekuatan dan kuasa yang amat dahsyat. Akibat satu peristiwa, dia tidak boleh menggunakan kekuatannya jika ada makhluk hidup yang melihatnya, walaupun seekor cicak.

Di sini dia menemui Ali. Ali menceritakan bahawa kampungnya ini di bawah kuasa sang perompak yang dinamakan Pancakuasa. Lalu dia mencadangkan Tuah untuk menewaskan mereka. Dipendekkan cerita (nanti spoil pulakkan?) Tuah bersetuju. Lalu Tuah dan Ali pun pergi menuju ke tempat Pancakuasa bersemayam. Di dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seekor tikus, sumpah-sumpah, dan seekor anak naga comel. Eh nanti sekejap! Macam cerita Momotaro saja??! Tetapi versi Nusantara.

 Apa yang aku pasti, kalau siri-siri Misi mereka mengingatkan aku Bakuman, Ali dan Tuah  mengingatkan aku tentang One Piece, gaya watak dia pun dah nak sama. Walaubagaimanapun, ia tetap layan! Ali dan Tuah digenrekan sebagai sebuah komik fantasi. Jadi, jangan anda harapkan lojik dalam komik fantasi. Tak usah pening-pening, layan sahaja.

Jumaat, 8 Jun 2012

Hampeh hang Ace!

Hang memang hampeh. Memang nak kena dengan aku. Dulu aku gagah main CnC saja tanpa mempedulikan CoD MW. Hang jugak yang menjebakkan aku dalam ketagihan CoD dah tak pasal-pasal aku terlekat kat dua game lan serentak. Dan dalam masa yang sama aku menahan segala godaan-godaan yang menghasut aku untuk terlibat dalam penyakit DotA. Alhamdulilah aku berjaya. Jadi fulusku hanya mengalir untuk kedua-dua dadah itu sahaja.

Kemudian aku terjebak pula dengan satu lagi penyakit yang akan memakan masa dan duit aku, blogging. Tidak mengapa, itu aku maafkan hang kerana penyakit ini aku sendiri yang cari. Kemudian hang buat hal lagi, dan kali ini hasutan durjana hang dengan budak UIA tu telah berjaya menyebabkan aku dengan rela hati terjebak dalam wabak LoL.  Aduhai, terbang la lagi fulusku.


P/s: Siapa-siapa ada join livechess.com, add la aku. Boleh kita bertanding strategi di atas papan catur.

Khamis, 7 Jun 2012

AS akan terus serang al-Qaeda di Pakistan


NEW DELHI 7 Jun - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta berkata, negara itu akan meneruskan rancangannya menyerang al-Qaeda di Pakistan, selepas pembunuhan pemimpin nombor dua kumpulan militan itu, Abu Yahya al-Libi. Katanya, AS amat jelas dalam perkara itu dan akan terus mempertahankan dirinya. 


 “Kedaulatan Amerika juga diancam oleh kumpulan yang turut berada di Pakistan dalam merancang serangan pada 11 September," katanya semasa lawatan ke India semalam. - AFP