
KL 10 Mac 11: Menyamakan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin, adalah menuduh Tok Guru Nik Aziz itu menganut ajaran sesat, yang terkeluar dari Islam atau murtad. Kenyataan menuduh ini amat merbahaya dari sudut agama dan perundangan di Malaysia.
Weblog Ibnu Hasyim menasihatkan supaya penuduh itu menarik balik tuduhan tersebut dan bertaubatlah kepada Allah SWT, sebelum apa-apa tindakan boleh diambil. Hal ini berikutan kenyataan Mufti Kedah, Dato' Sheikh Baderuddin Ahmad menegur sikap seorang pemimpin NGO pro-Umno yang cuba menyamakan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin.
Menurut Sheikh Baderuddin kenyataan tersebut 'tidak betul' kerana kedua-dua peribadi itu jauh berbeza daripada segenap segi.
"Saya sendiri mengiktiraf Nik aziz sebagai tokoh agama dan mempunyai ilmu yang luas. Bagi saya kita mesti mempertahankan ilmuwan Islam yang ada dan bukannya mencerca.
"Tolak politik atau jawatan Nik Aziz sekarang, beliau sememangnya dikenali sebagai tokoh yang memahami al-Quran dan Hadis," katanya kepada Harakah.
Mingguan Malaysia bertarikh 6 Mac lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin yang mengecam Tuan Guru Nik Aziz berhubung beberapa pandangan tokoh ulama itu terhadap Umno dan mufti Perak. (IH)


ri kita lihat pula dari sudut pandang kumpulan anti-Gaddafi. Kebangkitan rakyat ini tidak pernah dilabel oleh mereka sebagai kebangkitan Islam atau Kristian atau kebangkitan perkauman. Tetapi mereka mendakwa ia adalah kebangkitan untuk menentang penyelewengan dan segala macam bentuk penindasan yang diberi nama undang-undang oleh Gaddafi. Dakwaan-dakwaan pasukan penentang ini menyebabkan dakwaan merapu Gaddafi tentang penyebab rusuhan ini seperti Al-Qaeda tergantung diawang-awangan dan tidak berasas. Melihat tindakan kekerasan yang dilancarkan oleh Gaddafi ini, telah membuktikan lagi dakwaan mereka tentang kezaliman Gaddafi.


