Hmmm..... dunia ini betul-betul seperti roda. Kadang-kadang kita di atas. Kadang-kadang kita di bawah. Aku sebenarnya sudah lama dengar perumpamaan ini. Sejak dari aku bersekolah rendah lagi. Pada waktu itu pun aku sudah faham apa maksud dunia ini umpama roda. Tapi waktu itu aku masih kecil, aku masih tidak dapat rasa sangat apa rasanya maksud hidup ini umpama roda walaupun aku faham apa maksudnya. Sekarang aku sudah besar, dan aku mengalami sendiri satu demi satu masalah-masalah hidup yang memberatkan. Kini aku dapat faham dengan jelas apa maksud hidup ini umpama roda.
Pada waktu kita di atas, sukar benar mahu mencari tawadhuk. Pada waktu kita di bawah pula, sukar benar mahu mencari redha. Walauapapun, teruslah mencari, walaupun diri penuh dengan dosa. Kerana ia lebih buruk dari kita tidak mencari langsung, kerana itu tandanya Allah sudah menjauhkan diri dari kita. Astaghfirullah.....